Champion 2018Genre : Drama/Sport/Comedy![]()
Kalau korang perasan kebanyakan movies yang aku tengok adalah lakonan Ma Dong-Seok @ Don Lee. Bagi aku lakonan dia memang best, lawak dan real tambah tambah lagi dengan badan dia yang besar tu.
Champion mengenai Mark korean yang tinggal di Amerika selepas emak kandungnya tinggalkan dia di rumah anak yatim. So dari situ dia memang berdikari. Satu bakat yang dia hebat adalah arm wrestling dan satu hari tu ada korean ajak dia balik Korea sebab ada tournament dan dalam masa yang sama Mark ingin cari ibu dia. Cerita ini yang best nya keletah anak saudara dia tu yang comel saja.
No Tears for the Dead 2014Genre : Action/Thriller![]()
Tentang Gon Korean American yang ditinggalkan ibunya selepas ibunya bunuh diri. Dari situ dia jadi seorang pembunuh upahan tapi satu masa tu dia terbunuh seorang budak perempuan kecil. Dari situlah, dia rasa bersalah sangat kerana dia perlu bunuh emak budak itu pula untuk tutup kes ini. Tapi dia tak tergamak dan akhirnya dia belot kepada kumpulan dia demi menyelamatkan emak budak tu.
Be With You 2018Genre : Romance/Fantasy/Comedy![]()
Be With You mengenai seorang budak lelaki yang kehilangan ibunya tetapi dia percaya ibunya akan datang juga apabila tiba musim hujan kerana ibunya sering menceritakan kisah itu sebelum dia tidur. Tanpa disangka impian budak itu menjadi kenyataan malah bapanya juga tidak percaya kewujudan isterinya semula. So mereka sekeluarga ini ambil masa yang ada untuk manfaatkan bersama dan apabila berakhirnya musim hujan, ibunya pon pergi kembali ke kayangan. Cerita ini best sebab budak tu pandai berlakon.
Inseparable Bros 2019Genre : Drama/Comedy![]()
Cerita ini lain dari yang lain mengenai kehidupan sebagai Orang Kurang Upaya yang memerlukan masing masing. Mengenai 2 kawan lelaki, seorang ada mental delay seorang lagi lumpuh 1 badan tapi pandai. Daripada kecil mereka bersama dan tak boleh hidup tanpa each other. Sampailah bila mereka dah besar, rumah kebajikan mereka tu tak ada fund, so mereka terpaksa berpisah dan bila berpisah tulah, salah seorang dari mereka tak boleh hidup. Kwang Soo memang pandai berlakon dan cerita ini kelakar dan sedih, wajib tengok.
Innocent Witness 2019Genre : Drama/CrimeMengisahkan seorang peguam yang perlu pertahankan anak guamannya daripada kesalahan membunuh. Tapi sayangnya saksi yang ada hanyalah seorang perempuan autism yang bercakap benar tetapi statement dia diabaikan atas alasan autism ada mental disability. Peguam tu menang kes ini dan melepaskan anak guamannya yang bersalah. Tiba tiba peguam ini dia rasa perlu untuk mengkaji lagi kes ini dan akhirnya dia buka balik kes ini dan dia menangkan pihak pendakwa raya (kalau ikutkan lawyer tak boleh tak defense kes dia). Cerita ini best sebab budak autism ni memang real, kita dapat belajar cara mereka lihat dengar dan belajar.
Agent Hitman: Jun 2020Genre : Action/Comedy![]()
Jun seorang anak yatim yang sangat sukakan cartoon dan pandai melukis. Satu hari tu, ada NIS datang untuk menjadikan budak budak sebagai agen dan Jun terpilih sebab dia kuat. So dia pon jadi agenlah sampai remaja tapi dia tetap dengan minat melukis tu. Satu hari tu, dia dah tak tahan jadi agen, dia pon pura pura mati masa bertugas dan akhirnya dia gunakan identiti baru untuk hidup, ada family dan menjadi cartoonist. Tanpa disangka, dia tiba tiba mengeluarkan komik mengenai diri dia sendiri semasa dia mabuk dan komik itu menjadi hit, dan terbongkarlah rahsia dia selama ini kepada NIS. Memang kelakar dan best.
Blood and Ties 2013Genre : Thriller![]()
Tentang seorang anak yang curiga mengenai bapanya. Anak dia seorang wartawan dan dari situlah dia siasat kes penculikan dulu dulu dan bukti yang ada kearah bapa dia sendiri. Bapa dia pula memang pandai buat muka innocent dan akhirnya bapa dia mengaku selepas kes ini ditutup. Rupanya bapanya ada sebab mengapa dia culik budak itu sebab ingin selamatkan anak dia dan dia perlukan duit. Tanpa disangka mereka berdua tu sebenarnya bukanlah family sebenar.
The Phone 2015Genre : Thriller/Fantasy![]()
Mengenai seorang peguam yang kematian isterinya akibat dibunuh dan sudah setahun tetap tidak dapat pembunuh sebenar. So masa ulangtahun kejadian isterinya mati, peguam ini dapat panggilan daripadanya isterinya dari tahun lepas dan dari sutulah dia berhubung dengan bininya untuk mencari pembunuh sebenar kerana peguam itu disabitkan kesalahan atas membunuh isterinya sendiri.
Deja Vu 2018Genre : Mystery/Thriller![]()
Berkisarkan seorang pasangan kekasih yang terlanggar seorang budak sekolah. Tetapi lelaki itu tetap bertegas mengatakan mereka hanya langgar seeokor rusa tetapi wanita itu berasa pelik sebab dia selalu dapat bayangan seorang budak sekolah. Untuk mengelakkan wanita ini memberitahu perkara sebenar kepada polis, pakwe dia ni pon bagi dia makan ubat yang macam dia nampak khayalan itu. Seorang pegawai polis datang menyiasat kes ini kerana polis ini curiga sesuatu selepas cop ini kehilangan adik perempuannya kerana langgar lari.
The Chronicles of Evil 2015Genre : Thriller/Drama![]()
Menceritakan seorang ketua polis yang diserang dengan pisau oleh seorang penjahat, tetapi dia berjaya selamatkan diri dan terbunuh lelaki itu. Sayangnya ketua polis ini tidak jujur dan tinggalkan mayat itu macam itu saja sebab nak jaga reputasi dia yang akan dinaikkan pangkat. Tapi esoknya kecoh lelaki yang dibunuh itu tergantung di krane dan polis ini perlu menyiasat kes ini. Polis ini cuba hapuskan bukti secara senyap senyap dan rupanya penjahat sebenar dalam kalangan polis itu juga yang berdendam dengan polis yang menangkap bapa dia yang tidak bersalah. Movie ini best sebab unexpected plot.
Top 5 paling best:
1) Agent Hitman : Jun
2) Inseparable Bros
3) Champion
4) The Chronicles of Evil
5) Innocent Witness
OK Thanks for reading. Pen down :)