Quantcast
Channel: ! acuyuhan
Viewing all 756 articles
Browse latest View live

Cara Hilangkan Panas Lada di Muka

$
0
0

Assalamualaikum

Haritu ada kongsi pasal petua hilangkan pijar di tangan dalam entri ini, dan minggu lepas masa aku nak masak bekal untuk ke pejabat, tiba tiba muka aku pula panas haha.. Lepas potong cili, aku pon basuh muka lepas tu terus rasa panas. Masa aku panas kat tangan dulu, aku akan lumur minyak masak di tangan, tapi dah kalau kat muka takkan nak lumur minyak masak kat muka pulakkan. Aku pon cuba cara dibawah ini cara hilangkan pijar di muka.




1) Aloe vera Soothing Mist

Nasib baik aku ada lagi soothing mist yang beli tahun lepas, masih tahan lagi sebab soothing mist ni jarang guna, just guna masa muka tengah berlengas saja. So bila aku spray soothing mist ni terus rasa tak panas dah muka. Tapi kalau korang ada yang soothing jenis gel tu boleh je guna.




2) Bio Oil Dry Skin Gel

Apa apa gel yang tak harmful korang boleh letak kat muka macam aloevera gel yang famous tu atau macam Bio Oil Dry Skin Gel, bagi aku Bio Oil Dry Skin Gel ini fungsi dia tak memudarkan parut pon macam Bio Oil yang minyak tu. Aku memang akan prepare apa apa gel kat rumah sebab kulit kering kan, so untuk bagi aku pakai dengan disiplin, aku akan letakkan gel ini dalam bekas kecik yang diletakkan dalam beg makeup supaya aku nampak dan pakai.

Sebab kalau bekas besar macam tu memang aku tak pakai. haha




3) Toner

Toner yang tak ada alcohol aku rasa boleh hilangkan panas di muka contoh macam aku guna Simple Toner. Simple Toner ni texture dia sangat light macam air biasa letak di muka, kalau kau tertelan masuk mulut pon tak rasa apa. Tapi Simple Toner ini bukan jenis spray so aku terpaksa letak dalam travel kit untuk senang aku spray kat muka dan lebih jimat.




4) Compressed Mask



Kalau muka tu still rasa panas, aku cadangkan kau guna compressed mask. Compressed mask yang direndam guna toner/soothing mist dan tempek kat muka dalam 10 minit supaya sejuk sikit muka. Compressed mask ni sangat convenience sebab the moment dia serap liquid, dia akan expand dan bila dah expand kita buka jelah mask tu. Compressed mask banyak dijual di Daiso, Miniso dll. Nak lagi mudah beli compressed mask yang dah memang jual sekali dengan cup supaya senang nak tuang liquid. Kalau yang tak ada cup nanti susah pulak nak cari bekas nak rendam mask.
Bagi aku yang paling berkesan adalah Soothing Mist. Thanks for reading :)

Biodegradable Run 2020

$
0
0

Assalamualaikum

Last week, aku participated dalam Biodegradable Fun Run 2020 yang berlangsung di Dataran DBKL. Fun Run ini in conjunction with KL Car Free Morning yang bermula pada pukul 7 pagi hingga 9 pagi larian sejauh 7km. Nak pergi Dataran DBKL ini senang saja just turun di LRT Bandaraya then jalan kaki sikit.




Motif di sebalik Fun Run ini adalah untuk mengelakkan pengguna daripada selalu menggunakan plastik demi masa depan bumi kita. Say No to Plastic dan better guna bekas yang berasaskan biodegradasi yang lebih cepat dihapus. 




Untuk sesiapa yang ingin melakukan riadah sepanjang KL Car Free Morning, bolehlah refer jadual KL Car Free Morning untuk sesi 2020.


Thanks for reading. Pen off

Java Flava Cafe Kuantan

$
0
0

Assalamualaikum

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!

Cuti CNY ni aku dan kakcik balik kampung, so petang tadi lepas makan tengahari kami pon keluarlah adik beradik nak lepak. Tapi macam biasalah banyak cafe tutup dan akhirnya pilihan yang ada Java Flava Cafe yang terletak di Bukit Sekilau Kuantan. 




Cafe ini simple dan cantik.

Memandangkan kami dah lunch, so kami just ordered air dan makanan just kongsi saja 5 orang.

Chips Combo

Order pertama yang sampai adalah Chips Combo lebih awal siap berbanding air. Aku cadangkan patut cuba Chips Combo sebab portion besar dan dalam tu combination of fries and nanchos with cheese/mayo drizzled on it.


Rose Marie Latte (red cup) and Dark Mocha Mint

Aku dan abang pilih untuk minum hot coffee iaitu signature Java Flava. First time aku minum crafted coffee macam ini, pilihan aku adalah Dark Mocha Mint. Rasanya tak macam mocha, sebab dia guna dark mocha a tad bitter dan ada rasa cooling mint. Rose Marie Latte pula atasnya ditabur shredded rose and the moment u sip the coffee, u can smell the rose scent. Ada macam bau sirap sikit.


Salted Caramel Machiato and Roasted Almond Coffee

Kakak aku semua peminat Caramel Almond based Coffee so mereka ordered yang sama. Rasanya agak pahit dan boleh tambah syrup jika mahu tapi tetap rasa pahit walaupun dah banyak tambah. Tapi ok saja sebab kalau too sweet pon, takut hilang pulak aroma kopi kan.


Classic Waffle

Classic Waffle with honey oklah rangup dan lembut cuma butter tu tak sempat nak cair atas waffle tu. Spaghetti Carbonara pula just nice saja, somehow aku rasa macam salty sikit.


Spaghetti Carbonara

Chips Combo = Rm17
Spaghetti Carbonara = Rm20
Classic Waffle = Rm11

Roasted Almond Coffee = Rm13
Peppermint Dark Mocha = Rm12
Rose Marie Latte = Rm11
Regular Coffee Ice = Rm12
Salted Caramel Machiato = Rm11


Dari luar tak nampak macam cafe kan, sebab ini indoor cafe tapi bila masuk dalam cafe ini sebenarnya panjang ke belakang. Mula mula ingat kedai vape ke apa sebab nama "Flava" tu macam misleading sikit and tak nampak "Cafe" dari jauh. Bagi aku cafe ini ok and the only thing needs to improve is the quality of coffee. Harga pon tak overprice sangat.


Thanks for reading. Pen down :)

Tempat Makan Sedap di Kuantan II

$
0
0

Assalamualaikum

Kali ni nak kongsi lagi 6 tempat makan best di Kuantan. Boleh refer Part 1 tempat makan sedap yang aku reviewed tahun lepas. Tempat makan ini merangkumi coffee shop, cafe, dan restoran yang sesuai dimakan bersama keluarga dan kawan kawan.


1) Java Flava Cafe

Java Flava Cafe serves western food, finger foods and coffee. Affordable prices with a great surroundings and free wifi.

Repeat? Yes
Review? Read here pls



B-1786, Lorong Sekilau 30, Perkampungan Bukit Sekilau, 
25300 Kuantan, Pahang
Mon-Wed (10am-11pm) Thurs Closed
Fri-Sun (10am-12am)
09-512 4763


2) Daily Lila Coffee Shop

Daily Lila owned by Lila Wadi and lebih fokus pada sarapan, sarapan banyak dari vendor luar dan sini famous dengan Roti Tita/Roti Kita or whatever u want to call it. The queue here is crazy everyone is dying for Roti Tita and u need to wait up to 15 minutes only for roti bawah ini.

Repeat? Yes
Review? Read here pls


 B16 Lorong IM 5/1, Bandar Indera Mahkota, 
25200 Kuantan Pahang
Open Daily (7am-3pm) except Fri
011-1284 5188


3) Warung Mee Jawa Pok Yeh

Located near to Bukit Panorama Sungai Lembing, aku makan sini after aku hiking dengan family. Mee Jawa sedap dan servis cepat. Selain mee jawa, ada juga aneka mee lain seperti mee kari, mi sup, laksa dll.

Repeat? I want to but this place is quite far from my home
Review? Read here pls


Kampung Jeram Takar, 26200 Sungai Lembing, Pahang
Open everyday (8am-6pm)
011-1994 8770


4) Nasi Kerabu Mek La

This place always packed with people dan jangan risau tempat makan ini besar, servis cepat cuma yang lambat bila nak bayar sebab kaunter 1. Banyak sangat makanan lain selain nasi kerabu, aku suka mango shake dia. 

Repeat? Yes
Review? Read here pls


Jalan Permatang Badak Baru 1, 25150 Kuantan, Pahang
Open daily (730am-10pm) minus Thurs
019-931 3558


5) MiCasa Cafe

Among of all the eateries, Micasa Cafe by the river is the best eatery in term of foods, drinks and atmospheres. This cafe aligned with Mega View Hotel and truly near to Sungai Kuantan.

Repeat? Absolutely
Review? Read here pls


Mega View Hotel, Lot 567, Jalan Pasar, 25000 Kuantan, Pahang
Open day-to-day (11am-11pm) besides Wed
09-517 1888


6) Restoran Tempoa

Aside from MiCase Cafe, Tempoa placed exactly close to Pantai Balok. Here in tempoa i only enjoy their satay sebab ada sate kambing dijual. Malam makan memang best sebab angin sepoi sepoi bahasa dan boleh nampak nelayan tambat perahu kalau bertuah.

Repeat? I have been here for few times lol
Review? Read herepls


Lot 1411, Jalan Kuantan-Kemaman, Kampung Bahagia, 
26100 Beserah, Pahang
Open everyday (2pm-12am) Friday (3pm-12am) Tues closed
014-226 9351
Feel free to suggest me best diner elsewhere you guys think of

Wedding di Kuala Nerus

$
0
0

Assalamualaikum

Semalam ikut parents pergi menghadiri walimah dua pupu ayah di Kuala Nerus. Kami gerak dalam pukul 930 pagi dan sampai 11.30 pagi di sana. Oleh sebab kami sampai waktu orang tak ramai so bolehla kami makan dengan tenang dan ambil gambar semua. Tapi sayangnya aku terlupa nak ambil gambar pengantin.


goodies berupa waffles dan telur

confectionery booth

Sementara menunggu mak ayah menyembang dengan saudara mra, aku pon sempatlah menulis ucapan kepada pengantin dan merupakan orang pertama yang buka buku wedding notes tu. Happy sangat tengok mak ayah jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa, aku pon kenal juga tapi cam muka saja.


dais



Kat sini konsep dia meja memang tak banyak, tapi kerusi memang diletakkan di tepi tepi. So konsepnya makan atas kerusi saja kalau meja tak cukup nasib baiklah cuaca tak hujan dan kami dapat makan atas meja sebab banyak sangat side dishes yang kena cuba semua.

Lauk yang disediakan antaranya gulai daging, ayam masak merah, sayur labu air, acar, ikan masin, yang dimakan bersama nasi minyak/nasi putih. Di sini kuih pula antaranya cara berlauk, bubur pulut hitam, seri muka dll. Air pulak ada 3 jenis iaitu asam boi, sunquick dan sirap.





Tahniah pengantin, 
May Allah showers your marriage with his blessings and granted ur family with kids, longevity and anything that you two wishes for.


cake
Thank you for reading :)

Resepi SHELL OUT untuk 20 orang makan

$
0
0

Assalamualaikum

Cuti CNY tahun ini kami buat lagi SHELL OUT untuk kali kedua. Last kami buat dalam entri Resepi Shell Out untuk 10 Orang Makan pada tahun 2018 masa CNY juga. Kali ini kakak aku cadangkan nak buat lagi so Ahad tu kakak2 aku pergi beli barang semua tapi aku tak pergi sebab teman mak pergi kenduri. So kami masak pada hari Isnin, kali ini masak lebih sikit sebab ada tetamu nak datang bersama. Shell Out kali ini ada tambahan resepi iaitu Udang Masak Buttermilk dan Sotong Masak Salted Egg. Boleh katakan kami kumpul duit seorang untuk 5 beradik lebih kurang Rm80 lebih, last time kami kumpul Rm60 lebih.





Resepi Shell Out makan untuk 15-20 orang. Dulu masa kami buat resepi ambil daripada Blog Masam Manis. Sekarang pon kami refer resepi yang sama. Resepi asal makan untuk 4 orang tapi memandangkan kami makan untuk lebih 10 orang so kami darab 4 semua bahan bahan sukatan masak.

Semua seafood kat atas direbus kecuali udang. Udang kami goreng sehingga bertukar warna merah.


Makanan Laut

Ketam
Udang Galah
Udang biasa
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang


Sukatan makanan laut ini ikut suka asalkan cukup untuk makan 20 orang dan yang penting mesti cukup dengan kuahnya. Makanan laut semua kena basuh dan garas bersih bersih sebab kita nak gaul dengan kuah kan. Dalam satu periuk besar, didihkan air bersama garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Rebus sekejap saja macam celur.. sebab makanan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje sebab nanti nak masak lagi dalam kuah nanti. Dah masak angkat dan ketepikan.


Nasi Jagung (boleh refer gambar 1&2 di bawah)

8 cawan beras
3/4 cup butter
2 cawan jagung
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk menanak nasi





Bahan Rempah 


Bahan A (kisar)

80 tangkai cili kering - buang biji dan rendam lembut 
8 biji bawang besar
60 biji bawang merah kecil
8 labu bawang putih ( 40 ulas )
4 inc halia
4 inc belacan
4 gengam udang kering - rendam lembut


*Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus



Bahan B (tumis)

24 ulas bawang putih - di hiris halus
24 biji bawang merah - di hiris halus
4 inc halia - di hiris halus
20 tangkai daun kari - daunnya sahaja
40 biji cili padi - di hiris halus 
8 batang serai - di titik 
Minyak untuk menumis
4 sudu besar butter / margerine


Bahan C (perasa)

12 sudu besar serbuk kari ikan
12sudu besar sos tiram
12 sudu besar sos ikan
4 sudu teh serbuk lada hitam
4 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa


Cara Cara

3) Panaskan minyak bersama butter dalam kuali. Masukkan bahan bahan tumis (bahan B) dan tumis hingga harum dan garing. Bila dah garing, masukkan bahan kisar (bahan A) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi. Kemudian masukkan bahan perasa (bahan C) Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, 

4) Kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam, kiub ayam dan gula. Kemudian baru masukkan garam (berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin) Biarkan kuah merenih sebentar. Angkat dan ketepikan.

5) Dalam satu kuali lain, cedok 1 senduk besar kuah sambal tadi dan masuk dalam kuali. Panaskan semula (pasang api) dan masukkan bahan bahan seafood tadi satu persatu, masak sebentar ~ contoh masak ketam dulu, angkat dan ambil lagi 1 senduk besar sambal dan masukkan udang pula dan seterusnya. 

6) Yang pasti seafood yang bercengkerang seperti kupang, kerang, lala kami gaul last sekali sebab makanan laut yang ada cengkerang ini akan keluarkan air dia sendiri. Lepas dah gaul semua korang bole letak semua seafood tadi dalam satu bekas yang sama, boleh campur saja yang ada shell sebab nanti nak tuang juga.




Bahan Sampingan

Jagung manis - potong 3
Brocoli - di potong kecil
Kentang (kami beli siap siap yang potato wedges frozen)
Baby Carrot
Ikan Kerapu (optional) kami masak stim saja


Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran. Jagung rebus sampai empuk dan potato wedges frozen goreng saja. Dulu kami guna carrot besar, tapi sebab tak termakan, so kami beli baby saja dan habis cepat.




Resepi Sotong masak Salted Egg


Bahan Bahan untuk goreng sotong. 

1000 gram sotong
4 biji telur
4 cawan tepung jagung
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada hitam

*Sotong kena goreng dulu bersama bahan di atas


Bahan diperlukan untuk sos :

8 sudu besar mentega
12 ulas bawang putih (dicincang halus)
10 biji cili api (dipotong)
8 tangkai daun kari
12 sudu besar Salted Egg from Tepung Bestari
8 cawan susu fresh/ full cream
Garam dan gula secukup rasa
Bancuhan air tepung jagung


Cara-Cara

1) Gaul sotong dengan telur. Campurkan tepung jagung, garam dan serbuk lada hitam sebagai adunan kering. Seterusnya, gaul sotong dengan adunan kering dan goreng sotong sehingga masak

2) ketepikan sotong yang dah goreng dan sejat.

3) Kemudian, masukkan mentega ke dalam kuali, panaskan. Tumis bawang putih, cili api dan daun kari

4) Kemudian masukkan susu sejat, tepung jagung dan air, kacau

5) Masukkan juga serbuk salted egg. Kalau ada telur masin yang betul lagi bagus. Disebabkan kami pakai salted egg segera, so warnanya tak oren sangat. So kami terpaksa campurkan sedikit serbuk kunyit. Salted Egg tepung bestari ini agak pedas sikit ya.

6) Bila kuah dah masak, pekat semua boleh masukkan sotong yang dah digoreng dan gaulkan.




Resepi Udang Masak Buttermilk

Udang besar dalam 30 ekor
Serbuk kunyit/garam
12 batang daun kari (dalam 60 helai)
12 sudu butter/mentega
16 ulas bawang putih-dicincang halus
Bawang besar dihiris dadu (pihan kalau tidak letak)
10 biji cili padi (ikut suka hendak pedas tambah lagi)
2 tin susu cair (nak lebih pun boleh)
Sedikit tepung jagung  (untuk memekatkan kuah)


Cara Cara

1) Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sampai udang masak. Jangan terlalu garing cukup sekadar bertukar warna. Boleh juga nak gaulkan udang sekali dengan tepung jagung kering.

2) Angkat udang dan ketepikan, 

3) Biarkan sedikit minyak goreng tadi dan masukkan butter.

4) Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik bau. Masukkan susu cair, masak sampai kuah pekat. 

5) Kalau tidak pekat letak tepung jagung yang dibancuh dengan air (tidak perlu letak kalau sudah pekat)

6) Bubuh udang, garam dan gula. Sesuaikan rasa,letak banyak sedikit biar ada rasa manis, lemak, masin atau ikut citarasa anda. Jangan masak sampai susu pecah minyak ye!!


SIAP!!!




Memang puas hati sangat makan, kenyang sampai ke malam. Tapi kali ini kami buat tak lah melebih lebih sangat leftover. TQ kakak kakak aku yang bertungkus lumus masak semua nya, aku hanya tolong masak nasi jagung, sediakan bahan, basuh pinggan dan ambil gambar hahha. Tetamu yang datang pon ingat kami beli kat kedai tau, padahal buat sendiri tau.




Thanks for reading. Pen off :)

I Love Bukit Jalil Fun Run

$
0
0

Assalamualaikum

Ahad lepas aku joined I Love Bukit Jalil Fun Run 5km di Bukit Jalil Recreational Park. Ini kali kedua aku run dekat sini, yang pertama untuk SAMH Charity Run pada disember lepas. Walaupun run dalam taman rekreasi tapi tetap mencabar sebab banyak bukit, mula mula aku tak nak join dah run kat sini sebab dah tahu trail macam mana tapi disebabkan baju run kali ini cantik, aku pon join lagilah. Macam biasa sebelum run akan ada zumba atau sesi warm up dulu dan pada pukul 740 pagi barulah kami dilepaskan.




Disebabkan run ini tiada competition dan tiada hadiah so ramai saja yang guna shortcut sebab just fun run kan. Tapi aku tetap run betul betul memang letih gila naik bukit pusing tasik 2 kali dengan pengunjung lain lagi.




medal cute dan ringan

bersama Zu.

Aku macam biasa join sorang saja tapi kat sana baru buat kawan , macam Zue ni aku jumpa dekat LRT so dia approached nak share grab tak. So dari situ kami kenal.


Isotonic drink rasa macam 100plus tapi tak ada gula

Aku biasa lepas run aku terus balik sebab alone kan, tapi sebabkan ada Zue ni kami pon round2 taman dan bergambar di kincir angin bawah ini. Cantik tau!!!



Thanks for reading, next weekend ada 2 run wish me luck :)

M&M's Family Size Peanut Butter and Caramel

$
0
0

Assalamualaikum

Minggu lepas teammates kami, Wani datang KL all the way from Singapore sempena farewell boss kami dan juga handover kerja kat orang baru. So dia pon datang bawak buah tangan sebab dia tahu how much we like to munch. LOL. Wani bawa coklat kesukaan semua iaitu M&M's new flavour memang sedap gila. Rupanya M&M Chocolate Candies dah ada family size so boleh kunyah puas puas. Selama ini aku cuma pernah cuba rasa chocolate and peanut, dan kali ini dapat cuba perisa lain iaitu peanut butter dan caramel.




M&M's Salted Caramel (Limited Edition)

limited edition guys!!!

Memang sedap salted caramel tapi agak manis sikitla dan korang tak boleh gigit sebab keras caramel kat dalam tu. So korang kena hisap sampailah dia lenyap. Boleh beza tau bentuk caramel ini, bentuknya lebih bulat dan besar sikit. Rasa dia macam minum Starbucks Salted Caramel Latte. haha



M&M's Peanut Butter



Yang ini memang top flavour dan bentuknya agak leper berbanding caramel. Beza tau peanut butter and peanut flavour. Peanut butter ni ada rasa masin butter tu. Kalau peanut butter saja dia just letak kacang dalam tu. Aku lagi suka yang ini, sedap rasa dia macam ko makan waffle perisa peanut butter chocolate hahaha.



Antara perisa lain yang terdapat di pasaran adalah Almond, Cookies, Chocolate, mix flavour dan pretzel. Tapi aku tak sure boleh dapat di mana, tapi yang aku tahu korang boleh dapatkan di Shoppee atau Langkawi. 
Thanks for reading. Pen off :)

CNY Office Celebration 2020

$
0
0

Assalamualaikum

Ini kali kedua aku dapat hadiri jamuan CNY di office, CNY tahun ini lagi meriah daripada tahun lepas dalam entri ini. Tapi yang best bagi aku tahun ni makanan lagi sedap dan banyak lebih berbanding last year. Jamuan bermula waktu lunch dan aku dan kawan siap tapau lagi sebab banyak sangat lebih. Antara hidangan ialah egg tart, karipap, popia, carrot cake, tembikai, pasta Aglio Olio dan nasi goreng.




Kami antara yang awal beratur so dapatlah ambil gambar makanan lagi.




Bagi aku yang paling sedap adalah ayam goreng spicy dan popia chips. Yang lain biasa saja, spagheti Aglio Olio pon sedap sebab tu nasi goreng tak laku sangat.






Dalam masa yang sama untuk VVIP ada yee sang disediakan dan ada juga pertandingan mereka tikus sempena tahun tikus menggunakan sampul angpao. Sangat kreatif masing masing tapi aku tak sertai pon.


yang paling kiri ini menang



Thanks for reading. Pen off :)

Team Building di Subang

$
0
0

Assalamualaikum

Ini kali kedua team kami buat team building, tahun lepas kami buat di Langkawi dalam entri ini, dan tahun ini kami buat di The Chic House saja since team building ini diadakan pada 23-24 Januari betul betul sebelum Chinese New Year. Team building ini special sikit sebab team building included dengan birthday dan farewell celebration. Team building kami bermula Khamis after lunch dan berakhir sehingga Jumaat tengahari, so after lunch Jumaat tu dah kena masuk kerja balik. 

Rabu tu kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, ada group kena pergi beli barang dapur dan yang lain decorate rumah. So Khamis tu kami lunch di TGI Friday Sunway Pyramid, then terus bergerak ke Airbnb, sambut birthday Cheryl bertemakan haiwan kesukaannya iaitu unicorn then kami buat aktiviti antaranya Spy Game, Charades, See and Draw, and Scavenger Hunt. Sepanjang berlangsung aktiviti in, kami kena teka siapa spy yang sebenar dan surprisingly tekaan kami semua salah sebab SPY sebenar memang pandai buat muka innocent, kami tak syak langsung dia. huh. Oh ya fyi AirBnB tu adalah platform online yang kita boleh booking homestay, tempat kediaman macam tu.


pink unicorn themed

red velvet cake for Laila's farewell

Rumah ini kami sewa selama 2 hari 1 malam, so sesiapa yang nak bermalam pon boleh tapi aku tak bermalam sebab tak selesa haha. Rumah dua tingkat, memang cantik dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air dan kawasan rumah yang cantik.


Master bedroom memang panjang

So selepas berakhirnya aktiviti kami itu, kami pon mulakan makan malam dengan Yee Sang tossing, fresh homemade oleh lady boss kami mengandungi buah buahan dan crackers saja.


tossing the yee sang

Antara makan malam kami adalah dominos pizza, roti jala, karipap, dan tidbits. Macam biasa lepas makan malam tu budak budak ini suka main Cup Pong. Dari Langkawi lagi memang suka main benda ini dan macam biasa aku juga yang champion haha.. Ingat senang nak aim bola masuk cup???


Cup Pong

Di saat bergembira bergelak ketawa ada juga momen sedih buat kami kerana ada 3 orang yang akan meninggalkan team kami iaitu Laila, Nelson dan Wen Kiat. So malam tu setiap orang kena bagi ucapan. Laila last bulan lepas, Nelson last minggu lepas dan minggu ini Wen Kiat last :(


Speech time

Yang paling sedih sebab big boss kami yang akan pergi iaitu Nelson, dia sangat baik hati dan senang bincang. So ramailah teammates kami yang menangis sebab bagi dorang, boss kami ini antara boss yang best mereka pernah bekerjasama. Dorang siap hantar ke airport semua tau. 


Nelson loves LapSap (sampah) lol


Jumaat lepas merupakan hari last dia bersama kami sebelum dia start kerja di Jerman nanti. So kami pon threw a lunch party di Meja Sunway velocity dengan bertemakan Beer haha.


Bye baby boss, till we meet again ya!!!!
Thanks for reading :)

Pemeriksaan Gigi di SP Dental Bandar Sri Permaisuri

$
0
0

Assalamualaikum

Minggu lepas aku research klinik gigi di area berdekatan rumah so jumpalah Klinik Gigi SP yang terletak berdekatan LRT Salak Selatan. Nak tak nak tahun ini memang aku kena cek gigi sebab tahun lepas aku tak dan nak cek gigi. So disebabkan rumah aku jauh dengan UTC Sentul, aku rasa aku kena pergi private dental. Carila yang harga berpatutan dan dekat sebab aku nak buat scaling dan teeth whitening. Ini first time aku pergi private, last scaling masa 2018 di UTC Sentul, itupon dia just cuci gigi atas, gigi bawah kena pergi lain waktu maklumlah ramai gila orang.

Dental ini best sebab dia buka malam so tak perlulah aku nak ambil cuti kan, so after kerja terus pergi jumpa doktor. Sebelum tu aku dah buat appointment dengan staff tu untuk cek 8 malam. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah buat teeth whitening dan ini first time buat tau haha. Nanti aku bagitahu harga teeth whitening tak sampai Rm500 pon.




Dental ini terletak sebelah Klinik Mediviron dan atas KK Mart, masuk masuk terus rasa tenangnya klinik ini dan sejuk saja dengan alunan muzik yang ringan saja. Aku rasa aku patient last sebab klinik tutup pukul 9 malam. Lepas daftar tu, tunggu 5 minit untuk staff prepare barang dan terus Dr panggil masuk. Dr tu baik dan ramah, jumpa jumpa saja dia greet "Hi, Selamat Datang" haha aku rasa macam check in hotel pula. Oh ya sebelum buat teeth whitening, wajib buat scaling/polishing dulu. 


luas juga klinik, jenis memanjang



Scaling

Scaling memang akan rasa sakit dan nyilu sikit sebab nak buang karang gigi kan. Tapi aku perasan sebelum scaling, dr ada sapu gel dekat gigi dan rasa macam sejuk gigi mungkin untuk kurangkan rasa sakit. Sebelum ini aku buat scaling kat government tak pernah pulak dr sapu tu. Sekejap saja scaling bergantung pada banyak mana karang gigi ko. Masa aku pergi ni ada promotion untuk scaling dan whitening.

Scaling Cost :  Rm100 per each tapi kalau bawak kawan harga jadi Rm150 untuk 2 orang.
Disebabkan aku buat sekali dengan pakej whitening so scaling dia charged Rm70.


Whitening

Lepas scaling terus dia pakaikan pembuka mulut tu, dan kita kena gigit benda tu untuk dia sapu gel dekat gusi dan pakaikan alat warna biru tu di antara celah gigi. Then dia akan set whitening LED timer selama 20 minit, biarlah macam tu sampai habis masa. Sementara menunggu tu, staff adalah terangkan cara penjagaan gigi selepas buat whitening. Kita memang tak boleh nak cakap so angguk geleng saja la, mulut dah kena nganga bawah lampu tu. Tak rasa apa pon masa buat whitening ini cuma aku dapat rasakan yang gigi aku berdenyut sikit. Sebelum sesi whitening mula, dr akan ukur warna gigi dulu untuk bandingkan before and after whitening. Lepas tu dorang ambil gambarla untuk simpanan dorang. Whitening promo bermula dengan harga Rm299.


Ada 2 jenis pakej Whitening:

1 jam = Rm799 (included scaling/polishing)
20 minit = Rm299 (excluded scaling/polishing)


Aku ambil pakej 20min saja sebab ini baru first time aku nak cuba aku nak tahu apa rasa dulu. Beza 2 pakej ini dari segi duration tu, kalau lagi lama lagi putihla gigi. Aku ambik pakej 20 min pon aku rasa lenguh mulut dan nak telan air liur macam susah. Cuba bayangkan kalau 1 jam, tapi jangan risau setiap 20 min, rest, 20 min, and rest lagi, and 20 min last. Oklah walaupun 20 min bagi aku tetap ada perubahan warna dan lebih cerah sikit. So kalau nak lagi putih amiklah yang sejam lagi berbaloi kan. Biasa kalau korang nampak kat mana mana harga whitening Rm700 ke atas tu maksudnya memang full treatment 1 jam. Tak surela ada certain dental included dengan scaling, ada yang tak. Oh ya lepas habis whitening, dia akan bagi mirror kat kita untuk kita tengok perubahan sebelum dan selepas dan dr akan tanya samada nak proceed untuk 1 jam pakej atau pon stop. Kalau korang nak putih lagi sebab tak nampak perubahan ke, boleh saja proceed lagi.


Disebabkan aku datang sorang aku tak ambil gambar pon tapi korang boleh google sendiri whitening process tu macam mana. Lepas scaling dan whitening, macam biasalah kena kurangkan caffein, makanan pewarna dan gula. Nak makan boleh tapi lepas tu terus kumur/berus gigi. Dinasihatkan juga guna ubat gigi yang memang jenis whitening untuk bagi warna gigi kekal lebih lama. Gigi lepas scaling dan whitening, ada rasa nyilu dan sensitif sikit biasalah tu sebab tu dr pon cadangkan guna Sensodyne. Sapu dulu ubat gigi di gigi, biarkan seketika then baru berus. 


Tengoklah gigi aku di bawah ini:


gigi saya dah putih, kini lebih yakin untuk senyum.

Tapi whitening ni takla menjanjikan putih gila gila gigi itu, putih tu sehingga kembali warna asal gigi saja. Tapi kalau korang nak putih gila macam hollywood smile dan macam putih mangkuk tandas tu kenalah buat Veneer. Lagi mahal kosnya dan lagi tahan lama. Bagi aku dental ini bagus sebab dia bagi peluang untuk kita buat whitening walaupun hanya 20 min sebab ada orang lepas buat 20 min, dia dah nampak perubahan dan excited terus ambil 1 jam pakej. 

Jangan lupa grab promotion sekarang ini dan boleh check it out Ig SP Dental :)

KL Balloons Color Run 2020

$
0
0

Assalamualaikum

Sabtu lepas berlangsungnya Kuala Lumpur Balloons Color Run 2020 di Dataran Merdeka. Ini Ballon Run yang kedua aku joined selepas SAMH Charity Balloon Run yang diadakan di Taman Rekreasi Bukit Jalil disember lepas. Macam biasalah dah namanya ballon run mestilah ada belon untuk runner. Run ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu 5km dan 7km, so aku ambil 7km sebab harga sama saja.




Aku sampai awal dah dalam 7 pagi tapi aku kena tunggu kawan aku sebab baju run dekat dia. Dia pulak sampai agak lewat so pergi pergi Dataran Merdeka dah flag off dah, so terus sarung baju dan lari. Bagi aku best juga run kali ini sebab kami pusing KL, naik flyover dan dapat tengok view KL dari atas seperti bawah ini.


lari atas fly over

yeay berjaya habiskan 7km dalam masa kurang sejam.

medal berat sangat

Selain run, ada juga aktiviti zumba yang diadakan di Dataran Merdeka. Memang cantik ambil gambar berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad. 


Patutnya aku pakai tudung plain kan tapi tak tahu pula baju banyak sangat corak :)

Tq Nadhirah :)

Run kali imi best sebab officemates pon joined sekali dengan kawan kawan dia so adalah geng bergambar. Kalau tak, sendu saja sorang sorang berlari.



Thanks for reading. Pen down :)

My Veteran My Hero Charity Run

$
0
0

Assalamualaikum

Lately ni banyak betul post aku berkaitan dengan larian kan sebab itulah cara untuk aku exercise dan habiskan weekend. Ahad lepas berpeluang sertai My Vetereran My Hero Charity Run 2020 yang bertempat di Stadium Bukit Jalil. Ini kali kedua aku joined run di Stadium selepas FITMalaysia 2019. Larian ini sempena menghargai pejuang kita yang mengorbankan nyawa memepertahankan tanah air kita ini. Larian ini ada 3 kategori iaitu 5km, 10km dan 19.33km. Setiap kategori berbeza harga dan aku pilih untuk 10km, fuh dah lama sebenarnya aku tak lari sejauh 10km. Last time universiti dulu so kali ini aku memang nak cabar diri aku untuk join 10km pulak.


zumba selepas habis larian

Malangnya aku sampai lambat 15 min dan 10km sudah flag off, so sampai sampai start line, terus berlari tanpa warm up. Nasib baiklah aku dah warm up kat rumah dan aku dan berlari semalam untuk KL Balloons Color Run. Tapi yang best kalau ambil 10km ke atas ini sebab ko tak stuck bila nak lari, orang tak ramai so kau boleh lari dengan tenang tanpa perlu menyelit.


Pameran kereta kebal. Dah macam PLKN dah aku tengok semua biru ini.

I did it guys!!! Cantik kan baju Army hahah

Alhamdulillah aku berjaya habiskan 10km dalam masa 1jam 15min, agak lari daripada apa yang aku aimed sebab trail dia memang tak boleh bawak bincang. Banyak sangat bukit so aku terpaksa jogging slow2 untuk kekalkan stamina tau. Paling tak boleh bla bukit terakhir 2km before habis, panjang betul bukit dia. Mencabar sangat dengan kereta dekat lane sebelah tu. Huh


Ok lupa nak bagitahu run ini best sebab kita boleh pilih running tee kita design apa sama ada Army/Airforce/Navy version. So semestinya aku pilih Army design sebab aku suka corak askar. Design Navy dan Airforce lebih kurang sama warna biru. Bib no pon customized dengan nama kita. Memang cantik.


Yang paling best medal boleh ukir nama kita, hanya tambah Rm10 saja.

Lepas run OMG aku tak sempat nak ambil air free sebab dah habis orang ramai sangat, so nasib baiklah ada banyak gerai jual air. Lepas habis tu ada persembahan dari abang abang askar di bawah ini. Tapi aku terus balik pukul 930 pagi tu.




cantik uniform dia

Boleh pulak aku terjumpa junior aku lagi bawah ini yang sanggup turun KL dari Pahang semata mata nak join run.


Nizam pilih baju Airforce
Thanks for reading guys!!!

Saloma Bridge

$
0
0

Assalamualaikum

Sabtu malam lepas ajak Ika keluar pergi Saloma Bridge sebab dah lama tak keluar sama dan teringin nak tengok Pintasan Saloma yang baru dibuka awal tahun ini yang menghubungkan Kg Baru dengan KLCC. So tak perlulah nak naik LRT turun di KLCC/Kg Baru kalau nak ke sana walaupun hanya 1 stesen saja sebab dah boleh cross bridge ini saja. Nak pergi Saloma Bridge senang saja, just turun di LRT Kampung Baru dan jalan kaki 1 minit saja sebab bila kau turun exit LRT Kg Baru, just toleh ke kiri sebab dah boleh nampak Saloma Bridge dari LRT.


370m long pedestrian bridge

Kami sampai dalam 730 malam so memang orang dah ramai sebab nak tengok jambatan tu bertukar tukar lampu kan. Dekat LRT Kg Baru ada surau dan tandas so bolehlah solat situ ya. Dalam 30 mint jugalah kami habiskan masa dia jambatan tu dan ambil gambar semua. Kami nak tunggu dia tukar bendera Malaysia tapi tak adalah pulak.


cantik kan!!!

inside the link

Selain LRT Kg Baru korang boleh juga turun di LRT KLCC tapi jalan jauh sikit around 8 minit macam tu lalu ikut Menara Public Bank Jalan Ampang tu sebab Saloma Bidge memang betul betul belakang Menara Public Bank. View Saloma Bridge pon boleh nampak KLCC dan Public Bank. 



panjang tau Saloma Bridge ini, sepanjang bridge ini penuh  dengan flock of people

Saloma Link tak buka 24 jam ya, waktu operasi dari 7am sehingga 12am saja sebab DBKL nak protect jambatan ini daripada homeless people, vandals atau beggar supaya dapat jaga kecantikan Saloma Bridge ini. Lagipon Saloma Link ini berdekatan dengan kubur Islam bawah tu, memang korang boleh nampak terang terang kawasan kubur dari atas jambatan tu.


berlatar belakangkan Menara Public Bank dan KLCC

warna turqoise ini cantik

Public bank and KLCC

Pintasan Saloma, boleh baca untuk tahu sejarah bridge ini

Kenapa nama Saloma Bridge/Saloma Link?
Sebab terletak berdekatan Jalan Saloma, Jalan P Ramlee dan Jalan Ampang.


with Ika, gambar ini semua dia yang captured.

I love Malaysia!!!
Thanks for reading. Pen off :)

Klinik Haiwan Kuantan

$
0
0

Assalamualaikum

Semalam teman kakak bawak kucing dia pergi vaksin di Klinik Haiwan Kuantan. Kami selalu jugalah pergi sini kalau nak hantar kucing boarding atau vaksin semua. Klinik ini terletak di Jalan Haji Ahmad 2, Taman Galing berdekatan dengan Kamdar.


fluffy sangat anjing ini

Rior nak kena vaksin 



Rior ni jantan baru lagi kakak aku bela, sebelum ini kami jenis bela kucing biasa saja tapi ini first time kakak aku nak jaga kucing yang breed ni. Rior ini breed flat face, mata macam juling sikit dan setiap hari kena cuci tahi mata.


anjing kena timbang atas ini, comel anjing ini dia punya takut sampai terkencing sikit. hehe

Klinik ini buka 10 pagi, dan kami orang pertama sampai sebab memanr ramai orang. Dr masuk pukul 1030 pagi. Ada 2 bahagian anjing dan kucing memang tak campur pon. Klinik ini antara srvis yang menawarkan harga lebih rendah berbanding vet lain.
Thanks for reading. Pen off :)

Larian Hari Landskap Negara 2020

$
0
0

Assalamualaikum

1 Mac semalam aku join Larian Hari Landskap Negara di Dataran DBKL. Larian ini sejajar dengan KL Car Free Morning. Flag off sepatutnya pukul 715 pagi, tapi sampai sampai saja LRT Bandaraya pukul 710 pagi aku tengok baru saja flag off. Aku pon teruslah lari bersama sama dengan peserta.




Oklah untuk 7km aku berjaya habiskan dalam 50 minit dan run kali ini aku suka sebab warna baju dia cantik.







Thanks for reading, pen off :)

Brown Sugar Milk Tea

$
0
0

Assalamualaikum

I have posted my reviews on tasting variety of Brown Sugar Milk Tea here and now i am going to share my taste buds on different brands.

1) Tealive

I did not know that Tealive has 2 versions of Brown Sugar Milk Tea which are roasted and regular. I tried the roasted one and i like it because you can taste the smoke tea with brown sugar and it comes with cincau. The regular milk tea with pearl is like a normal drink. You guys should opt the Classic Roasted Milk tea with Grass Jelly.

Classic Roasted Milk Tea with Grass Jelly

Level of sweetness : Nice
Grass jelly : Soft and abundant, u can even suck the cincau with straw, it goes in.
Prices : Rm8.50
Repeat : All time favourite

Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea

Level of sweetness : a bit bitter
Pearl : Soft and chewy
Prices : Rm8.50
Repeat : No

Signature Brown Sugar Milk Tea with Pearl

2) The Alley

I found nothing mind blowing with this drink, it just normal milk tea with pearl but definitely it tastier than tealive signature milk tea.

Level of sweetness : Nice
Pearl : Soft and chewy
Prices : Rm12++
Repeat : No



3) Xing Fu Tang

I like Xing Fu Tang, now i know why do people talk about this brand because it is really good, i ordered it when i was in warehouse and it was so refreshing and fulfilling because the milk tea so milky with creme brulee and vanilla. It really blew my mind and i felt happy after one sip. ^-^

Level of sweetness : Yummy and creamy
Pearl : Soft, chewy and gao
Prices : Rm13++
Repeat : Yes



4) The Black Whale

Sometimes when i am alone at my house, i would have tendency to open GrabFood and order drinks. I was craving something sweet and i ordered The Black Whale. Oklah not bad the milk tea was very gao and good.

Level of sweetness : Nice
Pearl : Soft, chewy and small
Prices : Rm12++
Repeat : No



5) CoolBlog

This was happened yesterday at my house, i finished up my e-wallet only to buy Coolblog Tiger King. At first i was contemplating whether to opt for puding version or milk tea. Ya!! they do have puding version like Tealive. It is only costs you less than Rm10. Then, i opted to have their signature milk tea. It really tasted like Tebeng which u can buy it at any stall with more cheaper prices. Better you choose their puding instead of Milk Tea. lol. But the good one is they put cheese and creme brulee layer on top. 

Level of sweetness : Sweet
Pearl : Soft, chewy and big
Prices : Rm8.80
Repeat : No

they provided us with reusable cup which is good
Which one is your favourite? I like tealive roasted version :)

Hiking Bukit Hatamas

$
0
0

Assalamualaikum

Dah lama sangat tak hiking, last hiking bulan September tahun lepas, Hiking Bukit Panorama Kuantan. Tiba tiba Jumaat lepas Warda officemate ajak pergi hiking sama Sabtu lepas di Bukit Hatamas since bukit itulah yang paling dekat dengan kami. So aku pon on sajalah. Bukit Hatamas ini Bukit Ah Pek orang panggil, so kami bermula di Cheras Awana dan mengambil masa 3 jam hiking Bukit Ah Pek dan Bukit Saga, dua dua bukit ini memang connected sebab tu lama pendakian ya. Ini kali kedua aku hiking di sini, kali pertama dulu tahun lepas bulan Mac juga dalam entri ini.





Kami bermula pukul 745 pagi dan berakhir pada pukul 1045 pagi. Disebabkan bukit ini banyak jalan keluar dan masuk so better korang ingat jalan, balik ikut laluan sama korang masuk. Kalau tak korang memang akan sesat macam kami haha. Ini kali kedua aku pergi sini, kali pertama kami pergi under group so pendakian selama 5 jam sebab kami pergi waterfall Bukit Saga, memang cantik dan curam. Kali ini kami pergi bertiga so kami kena ringan mulut tanya orang sebab takut sesat.





ini dekat station 2

Kat bawah ini puncak bukit masa ini boleh stop kejap ambil gambar dan ambil nafas hahha sebab penat gila.




Nasib baik cuaca tak panas, cuma gloomy saja.



Lepas habis bergambar kami boleh salah masuk laluan dan keluar arah bukan kami masuk. Time tu dah rasa pelik dah sebab tak ada orang, nasib baik kami bumped into uncle bawah ini dan dia suruh kami follow dia. Tak pernah pernah aku lalu kawasan kolam ikan bawah ini.


kawasan ternakan ikan

Walaupun ini kali kedua aku daki sini tapi tetap aku tak dapat pergi tempat yang sama aku pergi dulu. Aku tak singgah pula station 3A, 5 dan 6. Aku cuma singgah station 2 dan station baru yang bawah ini. Station bawah ini ada pool dan boleh mandi, ada mini waterfall. So uncle tu bawak kami ke sini untuk berehat dan ambil gambar. Kemudian kami balik ikut arah yang uncle tunjukkan sebab time tu uncle nak daki tempat atas lagi.




Kat rest stop ini sepatutnya ada orang berniaga tapi kedai tutup banyak.




Balik balik tu memang penat gila sebab kami tak bawak bekal makanan, kami just bawak gula gula dan air. Sepatutnya korang kena bawak light refreshment sebab kita tak tahu berapa lama kita dekat atas, bukit ini bukan macam bukit biasa yang laluan senang. Bukit ini memang mencabar.


kat bawah bawah tu memang ada orang jual buah dan air kelapa

Balik tu kami terus melantak makan nasi lemak, nasi goreng, roti kosong dan roti telur beserta kopi ais dan milo ais. Memang penat dan busuk gila badan haha
Thanks for reading. Pen off :)

Happy International Women's Day!!!

$
0
0

Assalamualaikum

We had an International Women's Day celebration last Monday in office where HR invited 3 external Women Leaders to share with us their leadership journey. Their stories inspire us and give us another perspective on what leadership means. Ladies need to come in with best purple outfit or any purple item be it scarf, belt, brooch etc! But i totally blurred that day and i wore green haha ^-^ I remember last year women got a rose as a token and this year we had a talk which is good.


manis gila

In celebration of the event, we had several activities after the forum to commemorate it. We played a short game where each lady needs to write a positive description of another on the paper pasted on their backs. It was very fun and engaging session. 




My positive feedback from other ladies.. i tahu i friendly haha



Then we had a sing-along session where we all sang Titanium which was about being strong and picking yourself up if someone breaks you down. There's nothing like a group of women banding together to sing a song about empowerment!


Titanium choir aahhaha

in between the activities, we were given this cute purple cupcakes

At the end of the event, the ladies were asked to write down on post-its about how they overcome difficulties and any advice they have for other women. We'll then display these in the chill-out area where everyone can read. I shared about tips to boost yourself whenever we feeling down and useless. Idk whether it works with ladies out there or not.




Photo session. Spot me please!!!
Facts!! International Women's Day (March 8) is a global day celebrating the achievements of women and gender parity.

Nestle Coffee-mate Liquid Pump

$
0
0

Assalamualaikum

Setiap pagi sesampai saja di office memang aku akan grab one cup of coffee to kick my day selalunya yang aku suka adalah mocha tanpa creamer and sugar. Salah satu sebab aku suka Mocha sebab pahit dan aku malas letak gula dan creamer serbuk sendiri. Bulan lepas aku perasan dekat pantri ada Liquid Pump Coffeemate Creamer, first time aku jumpa versi liquid pump besar tu rupanya itu adalah keluaran baru Nestle dan di Malaysia hanya terdapat 3 jenis liquid pump creamer saja iaitu Sweetened Original, French Vanilla dan Hazelnut. Satu pump dah cukup untuk satu cup coffee. 1 botol ni 1.5 liter boleh serves untuk 300 cawan.




Nestle Coffee-mate Sweetened Original

Kami tak ada bangunan sendiri so kami sewa bangunan orang, kami owned 3 floor Level 3A, 5 dan 6. Aku kat level 6 so setiap level diletakkan coffee-mate liquid pump berlainan perisa. Contoh Level 6 diletakkan Sweetened Original bawah ini. Rasa dia macam creamer serbuk tapi versi concentrated creamer, tak manis pon dan creamy. 



Nestle Coffee-mate Hazelnut

Krimer manis berperisa hazelmut ini diletakkan di Level 5 dan Ya Allah cepat gila habis sebab Level 5 ini bahagian Production and Marketing, memang kebanyakakan model akan lepak di sini sambil minum coffee semua. Rasa hazelmut ini sedap juga rasa macam kau order Hazelnut Latte dekat coffee shop. ^-^ Dah banyak dah coffee shop letak hazelnut sebagai menu mereka, so dah biasa.



Nestle Coffee-mate French Vanilla

Paling fave aku adalah perisa vanilla memang sedap dan rasa vanilla tu bila campur dengan mocha wau sedapnya. Aku memang suka vanilla even aku punya cologne pun vanilla scent. French Vanilla creamer ini diletakkan di Level 3A berdekatan dengan Customer Service Department dan Chill area. Aku suka sangat campuran coffee dengan vanilla dan jarang aku jumpa dekat coffee shop variasi macam ini.



Kalau kat US/luar negara dah memang banyak perisa creamer ini dijual antaranya Peppermint Mocha, Pumpkin Spices, Salted Caramel Choc, Vanilla Almond, Gingerbread etc. Tapi kat Malaysia hanya 3 perisa di atas sahaja. Tak silap aku 1 botol ini harga lebih kurang RM30 -RM40 macam tu. Kalau kat rumah mesti tahan 2, 3 bulan tapi kat pejabat 1 bulan saja tahan haha. Ada dijual online dan physical store.
Thanks for reading. Pen off :)
Viewing all 756 articles
Browse latest View live