Quantcast
Channel: ! acuyuhan
Viewing all 756 articles
Browse latest View live

Best Korean Movies IV

$
0
0

Assalamualaikum

Harini nak review lagi 10 korean movies yang menarik minat aku.


Long Live the King 2019

Genre : Drama/Comedy



Mengisahkan seorang ketua gangster yang ingin berubah apabila terjumpa dengan seorang lawyer perempuan. Disebabkan ketua gangster ini ingin berubah maka dia perlu membuat aktiviti kebajikan dengan bergurukan seorang politician yang juga dulu merupakan bekas gangster. Tapi disebabkan masa musim pilihan raya, dan politician tu telah ditikam oleh calon lain, maka politician tu perlukan seorang calon untuk menggantikannya. So nak tak nak ketua gangster itu perlulah menjadi politician kerana ada satu peristiwa dimana ketua ini famous sebab menyelamatkan pemandu bas. Dari situlah bermula perjalanan seorang gangster yang nervous meyakinkan pengundinya dan perlu bijak berkata kata. Movie ini best sebab bermacam macam cara dia buat untuk raih pengundi supaya kampung halamannya tidak dipimpin oleh calon yang salah.


The Accidental Detectives 2 2018

Genre : Comedy/Thriller



Rasanya semua orang tahu movie ini best lagi lagi Kwang Soo berlakon sebagai hacker. TAD 2 lagi best berbanding siri pertama. Siri kedua ini tentang 2 detectives dah buka satu firm sendiri dan agak susah pada mulanya sebab tak ada customer. Tapi ada satu customer ini datang suruh siasat kehilangan suaminya, rupanya kes iti terpalit dengan kes lain yang merupakan kes besar kat tempat itu. Bermacam macam gelagat mereka untuk selesaikan misi itu sebab mereka hanya berdua. Memang kelakar.


The Bros 2017

Genre : Comedy



Tentang 2 beradik yang pulang ke kampung halaman sempena ayahnya meninggal. So dorang kena berkabung selama 2 minggu macam tu tapi sebaliknya mereka berdua ini ada niat lain. Sorang nak cari emas, sorang nak jual tanah situ. Tapi niat mereka di halang oleh seorang perempuan ini yang pelik yang seolah olah tahu tentang semua aspek kampung tu. Movie ini best tapi agak boring sikit sebab lokasinya memang dekat rumah itu sepanjang berkabung. Turned out, perempuan tu sebenarnya bukan manusia.


RV : Resurrected Victims 2017

Genre : Thriller/Mystery



Mengenai mangsa mangsa yang dibunuh tanpa keadilan dibangkitkan semula untuk membalas dendam kepada pembunuhnya jika pembunuh itu masih terlepas. Tentang seorang pendakwa raya ini kehilangan ibunya akibat ditikam semasa dirompak. Lepas beberapa hari, ibunya ada di rumah seperti biasa tiba tiba ibunya menyerang pendakwa raya itu seolah olah menjadikan anaknya sebagai pembunuhnya. Rupanya ada kisah dulu yang berlaku semasa anaknya mabuk dan tak ingat, tapi ibunya punya sayang dekat anak sanggup serah diri demi selamatkan pendakwa raya tu. Ada plot twist rupanya pendakwa raya itu punca segalanya berlaku.


Train to Busan 2016

Genre : Horror/Thriller



Movie ini memang best semua orang tahu kan and akan datang ada siri kedua pula. Yang pasti Train to Busan ini memang membuatkan aku menangis pada hujung ceritanya.


Luck Key 2016

Genre : Comedy/Action



Menceritakan tentang lelaki A yang miskin dan satu hari tu, dia pergi mandi di public bath dan terjumpa dengan lelaki B yang kaya. Lelaki B ini sebenarnya pembunuh dan berlaku satu kejadian lelaki B ini tergelincir masa mandi dan hilang ingatan. So lelaki A ini ambil kesempatan curi barang barang dia manakala lelaki B ini guna identiti sebagai lelaki A. Dari situlah si lelaki A ini terkejut dengan lifetyle lelaki B dan lelaki B ini pula pandai buat duit dengan berlakon. Memang kelakar cerita ini last last rupanya lelaki B ini bukanlah pembunuh seperti yang difikirkan.


The Truth Beneath 2016

Genre : Thriller



Tentang satu keluarga politician ni yang kehilangan anaknya semasa malam bapanya dilantik. Maknya memang tak puas hati bila dapat tahu anaknya diculik dan polis masih tak dapat cari. So maknya senyap senyap menyiasat sendiri dan rupanya anaknya dah mati. Paling tak sangka anaknya mati sebab bapanya yang suruh sebab bapanya ada hubungan dengan cikgu di sekolah anaknya, anaknya tahu  dan ugut cikgu tu. Tanpa mengetahui yang anaknya sendiri yang mengugut cikgu itu, bapanya pon arahkan orang untuk bunuh perempuan yang ugut itu iaitu anaknya.


Gangnam Blues 2015

Genre : Action/Drama



Mengisahkan 2 saudara yang berkawan semasa kecil dan merupakan gelandangan. Satu hari itu, ada gangster datang ke tempat mereka, dan mereka dipaksa untuk jadi gangster dan masa itulah mereka berpisah. Selepas beberapa tahun mereka sudah hidup mewah dan bertemu kembali. Sekali imbas kan, muka Lee Min Ho dan Kim Rae Won memang ada iras tau dengan tingginya. Kandang kadang bosan sebab asyik berlawan.


The Accidental Detectives 2015

Genre : Comedy/Thriller



Siri pertama ini tentang seorang detective tua yang diturunkan pangkat dan terpaksa bekerja dengan juniornya dan seorang bekas detectives yang memang pandai tapi tak boleh jadi polis dah sebab kakinya ada problem. Tapi bekas detective ini tetap menyibuk untuk tahu semua cerita balai dan satu hari tu dia membuatkan detectives tua ini kagum dengan dia dalam selesaikan satu masalah dan akhirnya mereka bekerjasama.


Spellbound 2011

Genre : Romance/Horror



Mengenai seorang perempuan yang boleh melihat hantu. Disebabkan dia boleh melihat hantu so dia memang asingkan diri dari  semua orang sebab dia tak nak orang sekeliling dia diganggu sama. Satu hari itu, dia terjatuh cinta dengan bosnya dan bosnya juga diganggu sama. Akhirnya ada sebab macammana dia boleh melihat hantu dari zaman sekolahnya.


Top 5 yang paling aku suka adalah:

1) The Accidental Detectives 2
2) Luck Key
3) Long Live The King
4) Train to Busan
5) The Accidental Detectives
Selamat berpuasa semua :)

Aidilfitri Kami IV

$
0
0

Assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEMUA!!!

Alhamdulillah raya kali ini raya ketiga kami sedondon dan disebabkan CMCO, kami beraya di rumah sendiri instead of kat kampung, Pagi raya ayah mak aku masak Nasi Beriyani Gulai Daging dan Pulut Bakar bersama rendang ayam. Pagi raya tu kalut jugalah sebab nak hidang makan dulu sebelum solat raya kat rumah sampaikan tak terambil gambar juadah raya.




Disebabkan hanya raya pertama saja boleh ziarah, so family kakak dan abang aku sajalah yang mai rumah. Kami pon tak keluar beraya sebab tak berani, just tukar tukar juadah dengan jiran dan saudara mara sahaja. Macam biasa lepas solat raya, kami siap siap pakai baju raya untuk literally for bergambar, baju ni pon kami beli last minit nasib baik sempat sampai 3 hari sebelum raya.




Kuih raya semua kakak aku yang buat antaranya semperit susu, mazola, makmur, popia nestum, popia simpul, bangkit, cornflakes dan mama carey. Serious dah lama tak makan mama carey memang favourite kuih tu.





So How's your Raya peeps!!! Thanks for reading :)

Best English Movies II

$
0
0
Assalamualaikum

Kali ini nak review lagi 10 English Movies yang aku tengok bulan lepas. Untuk review English Movies sebelum ini boleh tekan link bawah:



Shazam! 2019

Genre : Action/Comedy


First aku dengar nama title ini aku macam stiff, shazam?? macam tak best macam movie hindistan macam tu tapi aku pelik kenapa ramai recommend this movie rupanya Shazam ini best.

Mengisahkan Shazam yang ingin mencari pewaris kerana dia sudah tua so nak cari itu bukan mudah dia perlukan budak yang suci hatinya. Antara calon yang dicari ada seorang yang masih dendam kenapa dia tidak dipilih so budak tu pon membebaskan 7 devil. Shazam lama sempat cari pewarisnya dan dari situlah Shazam baru dan orang jahat tu berlawan untuk selamatkan dunia dari devils. Movie ini best sebab watak Shazam yang baru tu, Shazam tu budak 14 tahun saja tapi bila bertukar kepada Shazam, dia akan jadi dewasa. Sebab tu kita nampak superhero ni macam childish sikit.


Fighting with My Family 2019

Genre : Sport/Comedy


Movie ini aku baru tengok semalam di HBO based on true story of Paige. Paige ini ex wrestler. Mengisahkan Paige dan abangnya yang bertungkus lumus berlatih untuk dipilih ke Florida untuk menempatkan diri di WWE. Tapi rupanya hanya Paige yang dipilih, abangnya tidak. Dari situlah Paige bawak diri ke Florida seorang diri tapi dia rasa fed up sebab sunyi dan jauh dari family. Dia hampir putus asa sebab american selalu cari pasal dengan Paige sebab Paige ini British, warna kulit putih dan accent pon berbeza. Tapi Paige gagahkan diri untuk bangkit dan berjaya blend in dengan american dan akhirnya dapat fight dengan AJ Lee.


Pokemon Detective Pikachu 2019

Genre : Family/Mystery


Bila aku tengok Pikachu ini tiba tiba aku teringat dulu aku pernah diejek Pikachu oleh kawan kawan sebab nama aku "acu" haha. Aku ingat Pikachu ini semua tentang kartun tapi rupanya manusia yang berlakon. Movie in best sebab jalan cerita di masa hadapan manusia dan pokemon bekerjasama. Setiap manusia akan ada pokemon tak kisahla spesis apa. Movie ini tentang Detective Pikachu yang menyiasat mengenai kematian tuannya sendiri bersama anak tuan dia. Banyak sangat spesis Pokemon yang korang akan react "comelnya dorang ini"...


A Star is Born 2018

Genre : Romance/Musical


Dalam movie ini korang boleh tengok muka Lady Gaga tanpa heavy makeup. Mengisahkan Lady Gaga seorang pelayan restoran yang mempunyai bakat menyanyi. Bakatnya dicungkil bila dia menyanyi di bar dan masa itu ada seorang artis datang untuk cari pelapis. Dari situlah mereka kenal, bercinta dan kahwin. Tapi sayangnya laki itu ada depression dan alcoholic, struggle untuk cari jalan hidup dia. OST movie ini semua best dan suara Lady Gaga memang power.


Instant Family 2018

Genre : Comedy/Drama


Instant Family ini mengenai sepasang suami isteri yang tiada anak dan mereka merasa something is lacking in their life. So mereka decided nak adopt seorang remaja ini. Tapi sayangnya masa mereka berkenan dengan girl ini, mereka sedar yang mereka perlu adopt sekali dengan her siblings. So terpaksalah bawak 3 orang sekali balik rumah dan jaga. Sebenarnya bukan mudah untuk mereka adopt sebab 3 budak tu Spanish dan ibu mereka masih ada untuk fight her custody. Tapi bila mereka dah sayang, suami isteri ini sanggup buat apa saja untuk jaga 3 orang budak tu.


Game Night 2018

Genre : Comedy/Mystery


Tentang sekumpulan kawan kawan ini yang terlalu taksub dengan game, setiap malam mereka akan berkumpul di salah sebuah rumah dan main game. Apa apa game : board game, card game. Tapi ada satu malam tu mereka main game lain dan game tu melibatkan penjenayah sebenar yang datang ke rumah mereka dan culik salah seorang daripada mereka. They did nothing sebab mereka ingat that was a part of game. Tapi akhirnya mereka berjaya selamatkan kawan mereka itu. Kelakar dan best cerita ini.


Baby Driver 2017

Genre : Action/Thriller


Movie ini best tentang Baby seorang driver yang sangat hebat, disebabkan driving skill dia yang memang gila dia bekerja dengan perompak untuk rompak bank dan tak pernah sekalipon kantoi. Dia perlukan duit sebab dia ada crippled grandpa to look after. Semuanya berubah bila dia terjumpa dengan seorang awek dan dia rasa ingin berubah. Dia dah stop kerja tu tapi sayangnya dia tak boleh lari dari kerja itu sebab dia diugut. So on his last heists, he determined he wants to escape.


47 Meters Down 2017

Genre : Thriller


Macam biasa film ini tentang shark yang memburu 2 gadis yang terperangkap di dasar laut. 2 gadis ini terperangkap dalam cage sebab cage dia terlepas. Macam mana mereka berada dalam cage? Dekat oversea kan ada aktiviti bersama shark dimana korang boleh masuk dalam cage dan cage akan dijatukan di dalam laut, then dorang akan throwing chum into the water to attract shark dan korang boleh lah tengok shark dengan mata kepala sendiri dan selfie So mereka berdua ini struggle untuk selamatkan diri dengan bantuan oxygen yang tak cukup semua. Akhirnya salah seorang dari mereka perlu mengalah.


The Heat 2013

Genre : Comedy/Action


Sandra Bullock kalau berlakon memang kelakar. Mengisahkan seorang anggota FBI ditugaskan untuk meyiasat tentang kegiatan dadah di Boston. Di Boston dia perlu bekerjasama dengan detective chubby ini kerana detective ini lebih kenal selok belok Boston. So bermacam gelagat 2 pegawai ini untuk mencari dalang di sebalik keldai dadah.


Parental Guidance 2012

Genre : Family/Comedy


Movie ini tentang suami isteri yang perlu outstation dan mereka perlukan bantuan ayah dan mak mereka untuk jaga anak mereka 3 orang. Pada mulanya ayah mak mereka tak nak disebabkan mereka masih bekerja tetapi demi untuk merapatkan hubungan dengan cucu mereka sanggup menjaga cucu mereka walaupun cucu mereka agak dingin sekejap. Movie ini kelakar terutamanya part atuk melayan cucu lelaki nya yang banyak kerenah.

Bagi aku paling best adalah:
1) Game Night
2) Baby Driver
3)  Fighting with My Family
4) Pokemon Detective Pikachu
5) Shazam
Thanks for reading. Pen off :)

Aiskrim Potong Kings

$
0
0

Assalamualaikum

Antara aiskrim yang tak pernah jemu makan adalah aiskerim potong sebab aiskrim ini memang evergreen walaupun dah bertapak lama tapi bentuk dan perisa dia tetap sama kan. Tambahan pula sekarang ni bukan saja aiskrim potong kacang merah yang ada, malah perisa lain juga ada seperti Onde-Onde, Pulut Hitam, Durian, Mango dan Black Sesame. Baru baru ini dapatlah rasa 3 perisa Potong Signature King's.

Onde Onde

Antara perisa yang sedap dan unik bagi aku adalah Buah Melaka sebab dalam tu ada fillings gula melaka. Memang sedap dan rasa lemak gula merah tu. Mula mula aku ingat aiskrim ini akan ada kelapa diluar seperti onde onde tapi tak ada, yelah nanti keraslah kelapa kat luar kan. 



Pulut Hitam

Ini yang paling aku suka sebab bila gigit tu dapat rasa pulut hitam tu dan bila makan rasa macam makan bubur pulut hitam.
Kacang Merah

Ini paling legend sekali kan, memang sedap dan memang sama je rasa aiskrim potong dulu. Kacang merahnya pon dikisar halus sedap sangat makan waktu panas panas kan/
Apa perisa kegemaran korang?? Thanks for reading :)

Agar Agar Mangga

$
0
0

Assalamualaikum

Kelmarin ayah beli mangga banyak sangat sebab lelong mangga murah 3kg Rm10, semua mangga dah masak pon. So sebab ada lagi 2 paket agar agar tali, so buatlah harini Agar Agar Mangga menggunakan agar agar tali. 




Bahan Bahan

4sb susu pekat
3sb gula pasir
1 paket agar agar tali
2 1/2 biji mangga masak
1 liter air masak untuk masak agar agar
500 ml air/susu cair untuk kisar bersama mangga




Cara Cara

1,2) Kupas mangga, potong kecik dan blend 2 biji mangga bersama susu pekat+500ml air/susu cair.
3) Masak agar agar tali bersama 1 liter air, masak sampai mendidih masukkan gula pasir.
4) Bila agar agar dah larut, masukkan air mangga susu tadi dalam agar agar dan boleh adjust ikut manis, biar mendidih dan tutup api.
5,6) Setengah lagi mangga tu boleh potong dadu dan letak dalam mold sebelum tuang agar agar tu seperti di bawah. Nak lagi permukaan agar agar cantik, boleh tapi sebelum tuang. Sejukkan dan boleh masuk dalam peti.




Untuk acuan ini dapatlah 3 bekas, tapi tadi agar agar aku macam kurang susu pula, macam tak lemak sangat. So nak lagi sedap gunalah susu cair instead of water. Bila potong mangga tu pastikan urat urat mangga tu buang ye sebab nanti akan menggangu kita nak makan dengan nikmat. Oh ya in case kalau korang terlebih air pon tak apa sebab average 1 paket agar agar tali guna air sebanyak 2500 ml max. So jangan risau agar agar confirm akan keras punya.

SIAP!!!


Thanks for reading. Selamat Hari Raya!!!

Good Virtues Co.

$
0
0

Assalamualaikum

Sejak tahun lepas memang dah berazam nak guna body care yang less chemical, kalau boleh yang tak harmful pada badan kita. So aku pon cuba Good Virtues & Co sebagai permulaan, first product aku cuba adalah shampoo. Products kat bawah ini antara item yang aku pernah cuba be it shampoo, shower cream dan hygiene wash. Skincare tak pernah cuba lagi, maybe one day.


- it has Halal logo
- it comes with 150ml, 300ml and 700ml
- infused with Organic Habbatus Sauda Oil 
- free from Triclosan, and Sythetic Colourants
- NO Parabens, SLES, ALES & animal-derived ingredients
- the best fact is it is a local product (i mati mati ingat oversea product) founded by Puan Farzana


SHAMPOOS

Clarifying Hair & Scalp Shampoo for Oily Hair


Happy & Heavenly for All Hair Types



CONDITIONER

Healthy Hair & Scalp Conditioner for All Hair Types


Aku tak plan pon nak beli perapi rambut, niat asal nak beli shampoo tapi entah macam mana aku terambil conditioner mungkin sebab aku suka packaging dia kot. Then bila kat rumah masa nak shampoo rambut baru perasan eh kenapa shampoo ni tak buih, hahah rupanya bila baca balik, conditioner rupanya.


SHOWER CREAM

Anti Aging & Hydrating 


Anti Bacterial & Hydrating



HYGIENE WASH

Soothing Feminine Hygiene Wash


Antara product yang aku suka adalah female hygiene wash sebab botol dia memang mudah pegang, dan flap cap. Nak buka smooth je rasa taklah ketat sangat. I tak tahu nak describe macammana sebab flap cap dia tak macam flap cap brand lain. Antara sebab aku Good Virtues and Co sebab it presented in sleek bottle and design cantik.


Sekarang dah tak perlu buang botol kalau habis guna sebab kita boleh beli refill. Senang dan menjimatkan, refill packaging ini datang dengan 550ml/600ml.
Thanks for reading, korang pernah cuba? lagipon, mencari yang halal tu fardhu bagi kita kan =)

Best English Movies III

$
0
0

Assalamualaikum

Happy Long Weekend!!!

Kalini nak review 10 English Movies yang aku suka:

Spectre 2015

Genre : Action/thriller


Movie ini tentang James Bond yang dihantar ke Mexico City untuk misinya di sana dan bertemu dengan janda cantik untuk membongkar kegiatan jenayah satu organisasi ini yang dikenali sebagai Spectre. Memang best penuh dengan aksi yang hebat.


Learning To Drive 2014

Genre : Romance/Dram


Mengenai seorang wanita yang baru saja bercerai dengan suaminya kerana suaminya menyukai wanita lain. Janda ini ada seorang anak perempuan dewasa dan tinggal berjauhan darinya. Sayangnya janda ini tak ada lesen nak pergi melawat anak dia so dia pon ambil lesen dengan seorang lelaki Pakistan. Mereka mula rapat tapi mereka tahu mereka tak boleh lebih dari cikgu dengan pupil sebab laki tu dah nak berkahwin. Slow sikit movie ini tapi ada mesej disebaliknya.


Rattlesnake 2019

Genre : Horror/thriller


Kalau korang tak suka ular, tak payah tengoklah movie ini sebab aku pon tengok takut takut sebab aku geli sikit haiwan ini. Tentang seorang wanita bersama anak perempuannya yang ingin berhijrah ke tempat lain. Tapi sayang dalam perjalanan ke sana, kereta dia ada masalah dan anaknya pula dipatuk ular. Kebetulan ada pondok disitu dan dia pon mintak tolong orang disitu dan akhirnya anaknya sembuh tapi ada syarat tak masuk akal yang dikenakan oleh orang itu.


The Platform 2019

Genre : Sci-Fi/Horror


Ini cerita in Spanish tapi aku include juga sebab orang cakap movie ini best tapi biasa saja. Best sebab jalan ceita dia kreatif tapi agak seram sebab ada adegan makan/bunuh orang sebab nak survive kan. Tentang penjara yang memiliki 313 tingkat so bila waktu makan tiba semua orang berebut dan bila sampai ke tingkat 50 ke atas makanan sudahpon habis, so dari situ mereka start bersaing untuk hidup.


The Queen of Sin/Dangerous Seduction 2018

Genre : Thriller


Tentang seorang lelaki yang akan mengorat wanita cantik dengan niat untuk dibawa kepada bos dia yang psycho dimana bos dia akan cucuk dadah untuk berseronok dan akhirnya semua wanita yang dicucuk akan mati kerana overdose. Satu haritu lelaki tu jatuh cinta pada seorang perempuan ini dan kemudian perempuan terpaksa diberi kepada bos dia dan akhirnya lelaki itu protes demi selamatkan perempuan tu dan ada tragedi disebaliknya.


Beauty and The Beast 2017

Genre : Musical/Romance


Confirm semua orang tahu kn storyline movie ini. Best sebab pemandangan dan graphic dia cantik cuma aku banyak skip part dorang menyanyi sebab movie ini lama nearly 3hours. Emma Watson memang anggun sangat dalam movie ini.


Are We Done Yet 2007

Genre : Family/Comedy


Tentang satu family yang baru saja beli mansion dari agen hartanah yang bernama Chuck. Tapi mansion tu terlalu lama dan perlukan banyak renovation dan setiap kali laki tu nak call construction agent/inspector agent mesti Chuck yang datang. So dia rasa annoyed sangat dengan Chuck tu even bila wife dia nak delivers twin, Chuck juga yang jadi midwife. Movie ini memang best boleh katakan Chuck ni memang serba boleh.


Dora and The Lost City of Gold 2019

Genre : Family/Adventure


Heroin ini memang cute dan petite sebab tu dia jadi Dora. Watak Dora ini memang happy go lucky sampaikan semua orang tak suka dia sebab dia jenis tak tahu malu dan pandai sangat sebab dia homeshooled by her parents yang merupakan professor. Bila Dora dah besar, parents dia hantar dia ke city untuk dia adapt dengan kehidupan bandar. Macam macam aksi Dora yang mencuit hati dengan backpacknya yang penuh dengan suvival things eg shovel, torchlight, maps, etc.


Aladdin 2019

Genre : Family/musical


Movie ini pon sama saja dengan storyline asal dan aku pon banyak skip sebab banyak menyanyi. Yang paling best watak adalah Jin yang dilakonkan oleh Will Smith memang kelakar dan Aladdin ini pon pandai berlawak dengan jin dia.


Mom's Night Out 2014

Genre : Comedy


Menceritakan 3 working mom yang rasa penat sangat dengan kehidupan mereka sebagai ibu bekerjaya so satu haritu mereka berpakat dengan suami masing masing untuk mereka berparti sebagai orang muda dan suami mereka harus menjaga rumah dan anak mereka. Tapi sepanjang suami dorang jaga, macam macam aksi berlaku yang membuatkan 3 working mom ni tak senang nak enjoy.

Bagi aku yang paling best adalah:

1) Spectre
2) Are We Done Yet
3) Dora and The Lost City Gold
4) Aladdin
5) The Platform
Korang dah tengok yang mana? Feel free to suggest me any other movies :)

Zalora Essential Supplies

$
0
0

Assalamualaikum

Apa yang ada kat fikiran korang bila sebut pasal Zalora??

Mesti semua orang akan cakap mainly fashion, yap memang Zalora lebih pada fashion, appearances dan kecantikan. Tapi sekarang ni Zalora dah ada vary items from fashion it blooms to baby, kids supplies and now dah ada essential supplies. So korang boleh ambil masa tengok dulu barang keperluan yang berminat. Sebab ramai tak tahu dah boleh shopping essential items from Zalora, siapa yang die hard zalora memang tahu la sebab akan dapat notifications.


Boleh klik ZMART for more detail

Macammana i nak tengok barang keperluan apa yang ada kat Zalora?

Very easy, just heads on to Zalora app/website first page dah nampak "Shop Essential Supplies safe from home". So boleh tekan saja page tu and ia akan bawak korang kat detail bawah ini ataupun click on Zmart.


ZMART ini ada pelbagai: 

1) Household
- Kitchen/toilet/floor/multipurpose cleaners
- Dishwashing/laundry detergent
- Air freshner

2) Foods
- Dry food/rice/snacks/baking/seasoning
- Milk/beverages

3) Health
- Face mask/sanitizer/disinfectant
- Personal/oral care
- Supplements/nutrition

4) Electronics
- Kitchen/household appliances
- Mobile/camera/tablet
- Accessories

5) Baby supplies
- Baby gear/toys/bath
- Milk/foods

6) Pet Supplies
- Foods/accessories

7) Cosmetics

8) Wine & spirits (21 above and NON MUSLIM only)


Contoh face mask bawah ini memang menarik dengan pastel color dan design yang cantik. Face mask price starts from RM15. Face shield pon ada ye.


Selain itu, kalau korang nak contribute something to support our frontliners pon boleh dengan buat donation via Zalora serendah Rm20 up to Rm1000. Ini kolaborasi bertween Zalora and Mercy and Unicef.


very easy to do good deeds kan

Do check out their website now peeps!!!

Zoo Negara - Adopt Our Animals

$
0
0

Assalamualaikum

Dear Animal Lovers and Zoo Lovers, musim Covid-19 ini telah menjejaskan sedikit kehidupan binatang binatang di Zoo Negara akibat tak ramai pengunjung yang datang ke Zoo Negara maka, inilah masa terbaik untuk kita semua take initiative to Adopt an Animal virtually untuk memastikan bekalan makanan dan penjagaan mereka mencukupi. Sebab haiwan ini macam manusia lah kalau duduk terperap tak kawan dengan orang, pon boleh rasa stress macam kita manusia kan. 



Ada 19 jenis haiwan yang boleh adopt antaranya :

- Harimau belang
- Harimau bintang
- Harimau putih
- Burung kenyalang
- Orang utan
- Cimpanzi
- Beruang
- Zirafah
- Singa
- Gajah
- Panda
- Tapir
- Katak
- Penguin
- Kumbang

dan banyak lagi spesis lain.....

aren't they adorable?? 

Berapa bayaran untuk adopt seekor haiwan?

Harga bermula serendah Rm25 sehingga Rm500. Untuk Rm25 package, kita akan dapat e-certificate saja manakala untuk pakej atas Rm50 akan dapat Zoo Negara voucher + acknowledgement in the Zoo Negara website + juga sedikit goodies dari Zoo Negara, boleh refer below for more detail.


Guys, guess what animal i chose?

Aku pilih untuk adopt tapir sebab dalam hidup aku, hanya sekali saja pernah jumpa tapir dulu. Masa jumpa tu dia mati kena langgar pula so kesian sangat tengok tapir tu terbaring tepi jalan.

Hi Jessy i am so glad to adopt you!!!

Cara nak adopt (donate) :

1) Go to this link Ticket2u
2) Sign up (log in dengan FB pon boleh)
3) Click "Buy Ticket Now"
4) Choose your animal dan pakej mana
5) Scroll down click "Buy Ticket Now" again
6) It will bring you to the payment and fill up personal infos (email/phone no/name/address)

DONE!!!


Dah siap boleh view e-certificte dengan cara: 

1) Lepas donate, akan dapat payment proof di email. So buka email untuk dapat QR code.
2) Buka link tadi and click " E-Certificate" as above and letak QR code di column seperti di bawah.


E-Certificate as below :

Thanks for reading. Pen off :)

Aktiviti sampingan sepanjang MCO

$
0
0

Assalamualaikum

What are you up to today during this MCO???

MCO ini ada yang still kerja masuk office, ada yang kerja dari rumah, ada yang diberi cuti dan ada yang cuti tapi still kena standby. So macam macam situasi yang ada kan. Macam aku dari start MCO memang aku kerja dari rumah up till now, so tak tahu lagi bila office nak panggil masuk balik. Disebabkan aku kerja dari rumah, so masa aku fleksibel dan aku boleh buat kerja anytime tapi make sure time meeting kena on time sebab meeting setiap hari.

Tapi bukan semuanya indah bila kerja dari rumah lagi lagi katil sebelah deskwork dan dapur pula sebelah bilik. So memang rasa nak cari makan dan tidur saja kalau bosan buat kerja. Jadi salah satu cara untuk take my mind off from those thingy, i kena buat something iaitu PUZZLES:


Aku tak tahu macam mana boleh ada puzzles books ini di rumah, mungkin kakak kakak aku beli masa dapat baucar buku dulu. Ada 3 jenis Education Books yang aku suka buat :

SUDOKU

Ada 2 jenis buku sudoku "Super Sudoku" dan "Sensational Sudoku", jangan tanya apa beza bagi aku sama saja semua nombor. 


Sudoku ada 4 level : 

a) Kids stuff
b) Easy
c) Medium
d) Difficult
e) Expert

Walaupun ada 2 buku Sudoku tak bermakna aku dapat selesaikan semua level ye. Cuma dapat siapkan kids stuff dan easy level saja. Kalau aku buat medium level, aku akan curi curi tengok jawapan di belakang =)


AMAZING CROSSWORD PUZZLES

Kalau aku dah menyampah sangat tengok nombor, aku akan beralih ke English Crossword pula. Crossword puzzles ini tak ada level tapi bagi aku, first crossword pon aku rasa susah sebab tak tahu ayat english selain daripada ayat yang kita biasa guna. Kalau korang nak deep down to English words/literature, sesuailah untuk buat benda ini. Kena tahu banyak synonyms, antonyms, poems, celebrity names, English sayings and quotes.


Contoh crossword:

postpone = adjourn
silently agree = nod
...... Holm, actor = Ian
spicy mexican sauce = salsa
slippery as an ........, saying = eel

Tip: 
Tak payah pening kepala, tengok saja jawapan belakang. Belajar dari situ. haha


CARI KATA TERSEMBUNYI

Bila otak dah jammed, yang paling best buat malay crossword la confirm dapat buat sebab easy peasy lemon squeezy.

senang saja tapi sometimes pinar jugalah mata kan
Spend your time wisely, my readers!!!

Listerine Mouthwash

$
0
0

Assalamualaikum

Mouthwash antara benda yang aku guna sejak cabut gigi dulu, dentist cadangkan aku guna sebab yelah memberus saja tak mencukupi kan. Pernah saja guna brands lain tapi yang biasa guna Listerine sebab boleh katakan semua pasaraya ada jual. Listerine ini memang terkenal dengan Oral Care yang terbaik, so far di Malaysia Listerine hanya ada mouthwash, ada 11 jenis mouthwash. Tapi aku tahu ramai anggap Listerine terlalu kuat, pedas dan intense sangat kan. 

Pencuci mulut Listerine ada 2 jenis iaitu Intense dan Less Intense:


INTENSE RANGE

- Original
- Total Care
- Cool Mint
- Fresh Burst
- Tartar Control
- Healthy White


LESS INTENSE RANGE (0% ALCOHOL)

- Total Care Less Intense
- Kayu Sugi Less Intense
- Gum Care Less Intense
- Cool Mint Less Intense
- Natural Green Tea Less Intense


Yang biasa aku guna cool mint saja. Original memang kuat aku guna bila gusi aku berdenyut denyut. Bagi aku cool mint yang paling sentimental dan rasa selesa bau mint. 


Apa beza mouthwash Listerine dengan yang lain?

Bagi aku, lepas kau kumur tu kau akan rasa mulut tahan lama segar berpanjangan berbanding dengan mouthwash lain. Kau akan rasa beza bila sentiasa guna. 

Jenis apa yang paling terbaik?

Aku cadangkan guna Total Care sebab memang fully care for total mouth care (prevent cavities and bad breath germs)


Listerine ada pelbagai saiz iaitu 750ml/250ml/100ml/80ml.

250ml

80ml


80 ml saiz dah jarang jumpa sebab digantikan dengan NEW 100ml size bawah ini:

100ml

So kalau korang baru nak guna, feel free to try the mini size ya. Untuk 100ml bottle aku letak kat office sebab senang nak kumur lepas minum kopi/lepas lunch. Kadang kadang terlupa juga nak guna bila sibuk. Tengoklah semua mouthwash aku dah nak habis tau!!!
Thanks for reading, pen off :)

Brew and Butter Cafe

$
0
0

Assalamualaikum

Semalam pergi lepak kejap kat Brew and Butter Cafe di Jalan Bukit Ubi Kuantan bersama dengan kakaks dan anak buah. Aku pon baru tahu Brew and Butter dah ada second branch iaitu di Jalan Bukit Ubi, yang pertama di Swiss Garden Residence, aku ada buat review dalam entri ini

Apa beza 2 branches ini??

Brew & Butter 1st branch serves cakes, pastries and coffees only
Brew & Butter 2nd branch serves western foods, heavy meals, cakes, pastries and coffees



Musim covid ini, macam biasa kena pakai mask, tulis nama, suhu diambil sebelum masuk even kids pon pakai mask ye. 


Masuk masuk saja Mawaddah dah kat bahagian kek terus nak kek warna warni ni.


Maka, kateh aku pon belilah kek vanilla ini untuk adah walaupun sempena Happy Fathers Day.


Mawaddah ini memang eksited kalau bab birthday, 10 orang birthday, 10 tu lah birthday dia jugak. Kami pon tak faham berapa kali birthday dia dalam setahun

Hi saya adah makan kek dan air cekelat

Kek ini harga terkejut jugalah RM23 for a mini round cake, tapi nasib baik sedap, lembut, tak kering, dan just nice saja manis dia. Serious sedap!!!


Mac and Cheese

Kami makan pasta dan macaroni beserta coffee, tapi tak ingat sangatla exact prices.

Spicy Mac and Cheese Spicy Beef = Rm15
Garlic Mac and Cheese Beef = Rm15
Spaghetti White Sauce Beef = Rm15
Spaghetti Rose Seafood = Rm20

Chocolate Ice = Rm11
Caramel Ice = Rm9
Mocha Ice = Rm11
Latte Ice =  Rm9


Makanan yang paling sedap bagi aku adalah Mac and Cheese, untuk Spagheti Rose pon sedap seafood banyak dan segar. Coffee pula ok pekat tapi kalau korang sweet tooth boleh request more syrup, caramel ice paling sedap rasa macam coconut shake.


Cafe ini cantik lebih luas dari first branch, dan aku suka white wall yang simple yet sentimental with the plants alongside the corner.


Thanks for reading ye :)

10 Gram Cafe Kuantan

$
0
0

Assalamualaikum

Sabtu lepas kami keluar beli barang dan lepas tu menuju ke 10 Gram Restaurant untuk makan tengahari. First time pergi cafe ini atas saranan kakak yang pernah pergi dulu. Restoran ini cantik terletak di lot tepi dan windy saja tempat dia.


open area


menu

Dekat sini menghidangkan asian dan western cuisines, coffees dan cakes.

tempat ini besar luas dan tak ramai pon


Air kami minum 

Oreo Shake = Rm11.90
Lemon Coke = Rm 5.90
Salted Caramel Latte Ice = Rm10.90


Makan pula

Mac n Cheese = Rm14.90
Ground Beef Cheese Fries = Rm9.90
Aglio Olio with Chicken Breast = Rm12.90
Gochujang Fried Chicken with Fries = Rm16.90


Menu dekat sini affordable bagi aku, yang paling sedap aku rasa Aglio Olio dan Ground Beef Cheese Fries. Yang lain just nice. 

Lama jugalah kami lepak sini sebab tempat dia best tengoklah gambar bawah ini:

pinggan diy jadi lampu




sister's talk =)

Thanks for reading :)

Best English Movies IV

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ini nak review 10 movies yang best biasa aku tengok di Astro On Demand/HBO/Netflix. Kalau tengok movie aku lagi suka tengok di TV/Laptop sebab lebih puas dan tak perlu nak menunduk kalau tengok kat phone kan even Netflix pon tengok di laptop sambil sambil buat kerja.

Maleficent: Mistress of Evil 2019
Genre : Fantasy/Adventure


Mengisahkan anak angkat Maleficent ingin berkahwin dengan putera dari kerajaan sebelah tapi ditentang oleh Maleficent sebab mereka adalah manusia. Mereka berdua memang saling mencintai dari Maleficent 1 lagi tapi kali ini mereka ingin berkahwin sekaligus ingin menyatukan 2 kerajaan ini. So mak putera itu jemputlah Maleficent dan puterinya untuk makan malam tapi sebenarnya mak putera itu tak suka spesis bukan manusia eg pari pari. Niat mak putera itu memang ingin menyatukan kerajaan tapi dengan syarat untuk menghapuskan semua kewujudan bukan manusia. Maleficent memang melawanlah dan akhirnya dia dibantu oleh spesis lain untuk menyelamatkan kerajaan Maleficent.


Gemini Man 2019
Genre : Action/Sci-Fi


Cerita ini best mengisahkan Henry seorang pembunuh upahan yang ingin bersara tapi tiba tiba dia diekori oleh seorang assassin yang boleh meramal pergerakannya ketika berlawan. Senang kata mereka berdua ini sama sama hebat sebab ada satu persamaan iaitu mereka berdua adalah sama. Dalam kata lain, Henry ini punya hebat sehinggakan bos dia klon seorang sebiji dia tapi versi muda untuk bunuh Henry ini. Tapi walau sehebat manapon klon, tetap takkan dapat melawan yang asli. Kat sini korang boleh tengok Will Smith versi muda memang pandai dia lakonkan 2 watak dalam movie ini.


Hitman: Agent 47 2015
Genre : Action/Thriller


Cerita ini pon best aku tengok sebab Korea pun ada juga versi Hitman tapi comedy genre, Agent Hitman: Jun dalam entri ini. Movie ini tentang agent bernama 47 yang memburu agent 46 untuk mencari profesor yang mencipta mereka. Agent agent ini DNA mereka dikuatkan dan menjadi kebal sebab itu ramai orang mencari profesor ini untuk membiakkan lagi spesis ini tapi perbuatan ini dihentikan. Agent 46 adalah anak kepada profesor tu sebab tu menjadi target untuk agent agent mengumpan profesor tu.


Tomb Raider 2018
Genre : Action


Tentang Lara yang menyambung kembali pencarian misteri yang dilakukan bapanya yang tak sempat siap. So dia bersama bapanya pergi ke sebuah tempat berbahaya yang penuh dengan jerat dan riddle dalam membongkar kebenaran. Rupanya ada pengembara yang lagi awal ingin mengkaji dan menggunakan Lara untuk sampai ke tempat itu. 


We Bought a Zoo 2011
Genre : Family/Comedy


Menceritakan seorang bapa tunggal yang ingin mencari ketenangan dalam membesarkan 2 anaknya. So dia mencari rumah yang aman tanpa gangguan dari orang disebabkan hidup di bandar membuatkan anaknya menjadi liar dan dia takut jika anaknya menjadi liar. Diapon quit dan cari rumah tanpa disangka rumah yang dia suka adalah sebuah tinggalan zoo. Sesiapa yang ingin membeli rumah itu perlulah menjaga sekali haiwan haiwan di zoo itu. Nak tak nak dia terpaksa jaga sebab anak bongsunya sukakan tempat tu. Lama lama dia jadi sukakan haiwan dan dia decided untuk buka balik zoo dan membaik taraf kemudahan di tempat itu.


The Terminal 2004
Genre : Comedy/Romance


Cerita ini mengenai seorang lelaki non USA yang terkandas di airport USA sebab time tu ada peperangan so identiti lelaki ini perlu disahkan sebelum kembali ke negara asal. Bayangkan lelaki ini tidak tahu langsung English tapi dia belajar English dengan cara memerhati keadaan sekeliling dia. Cerita ini macam sedih sikit bila kau tengok laki ini rasa macam kesian sangat sebab stranded seorang diri di airport bukan negaranya tapi dia berjuang untuk belajar dan survive dan akhirnya dia berjaya balik ke negara asalnya. Aku suka part dia cari kerja untuk dapat duit dan makan di airport itu. 


The Bounty Hunter 2010
Genre : Comedy/Action


Tentang sepasang suami isteri yang sudah berpisah tapi bertemu kembali sebab lelaki ini merupakan pemburu upahan (bounty hunter) so dia akan dapat duit jika dia bawa bekas isteri dia ke penjara. Bekas isteri dia ini memang wanted sebab selalu tak pergi kes mahkamah. Tapi bukan senang nak bawak bekas isteri dia ini so banyak benda berlaku sepanjang pencarian yang membawa kepada pendamaian mereka berdua.


The Knight before Christmas 2019
Genre : Romance/Comedy


Aku baru habis tengok movie ini semalam. Ok jugalah tentang seorang kesatria yang dicampak ke dunia nyata untuk mencari Quest yang dicari selama ini. Untuk kembali ke dunianya dia perlu mencari quest dan tempoh yang ada hanyalah sehingga Christmas Eve. Di dunia nyata, dia bertemu Brooke seorang wanita yang pemurah dan menjaga lelaki kerana dia sangka lelaki ini hilang ingatan tapi tak. Rupanya Brooke adalah benda (quest) yang dia cari selama ini.


Lucy 2014
Genre : Thriller/Action


Siapa peminat Marvel mesti kenal perempuan ini kan. Lucy hanya seorang wanita biasa tapi tiba tiba dia ditangkap oleh drug dealer dan dihantar ke negara lain dan dipaksa menjadi keldai dadah. Sebelum Lucy dibawa ke negara lain, perut dia dibedah dan dimasukkan sepaket dadah untuk lepas dari imigresen check. Malangnya dadah dalam badannya pecah akibat ditendang oleh penjenayah dan menyebabkan dadah itu diserap ke dalam sistem badannya. Dari situ dia mendapat kebolehan lain secara tiba tiba seperti berlawan, meramal etc. So dia gunakan kelebihan itu untuk berkas drug dealer dan akhirnya dia lenyap, menjadi invisble.


Ghostbusters 2016
Genre : Comedy/Fantasy


Ghostbusters merupakan kumpulan penangkap hantu yang dianggotai oleh seorang profesor, penulis, jurutera dan pengawal keselamatan. Mereka memang percaya akan kewujudan hantu tetapi mereka selalu diabaikan sebab masyarakat sekarang tak percaya hantu ini. Sampailah satu masa tu mereka dapat panggilan untuk halau makhluk makhluk ini dan akhirnya kerjaya mereka diiktiraf kerana menyelamatkan bandar NY daripada gangguan mistik.

Bagi aku yang paling best adalah:
1) Gemini Man
2) Hitman : Agent 47
3) Lucy
4) The Terminal
5) The Bounty Hunter
Thanks for reading. Pen down :)

Best Korean Movies V

$
0
0
Assalamualaikum

Harini nak review 10 lagi korean movies yang best ditengok, ada antaranya aku dah tengok lama ada yang baru saja habis.

Crazy Romance 2019
Genre : Drama


Movie ini tentang Kim Rae Won yang kecewa sebab majlis perkahwinannya cancel 1 hari sebelum majlis, dia memang susah nak percaya wanita lepas tu. Tiba tiba muncul pula Hyo Jin yang baru saja berkerja di company laki tu. Hyo Jin ini dia tak suka commit dalam perhubungan, senang cerita tak pernah serius sebab perangai Hyo Jin ini yang sambil lewa. Tapi bila mereka berdua bertemu mereka rasa mereka compatible untuk bersama dan laki ini yakinkan perempuan tu yang dia serius bukan main main. 

A Werewolf Boy 2012
Genre : Romance/Fantasy


Berkisar tentang seorang perempuan ini tinggal di sebuah cottage, tanpa disedari ada budak lain yang tinggal di situ iaitu serigala jadian. Dari situ perempuan tu ajar budak tu bercakap, menjadi seorang manusia sempurna sehingga dia besar. Sedih part bila lelaki tu dah mula rasa sayang kat owner dia dan susah nak tinggalkan cottage itu.

Money 2019
Genre : Thriller/Crime


Mengenai seorang lelaki yang bekerja di bursa saham di sebuah syarikat terkemuka dan dari situ dia belajar untuk membeli dan menjual saham demi mendapat komisyen yang tinggi. Komisyen sampai berjuta juta sehingga menyebabkan pihak berkuasa pelik dan hairan macammana dia boleh dapat customer hebat. Rupanya ada dalang dan dari situ lelaki ini cuba untuk umpan dalang tu dan berkas. Cerita ini akan buat kau rasa wau mudahnya buat duit juta juta, tip dan trick jual beli saham.

A Taxi Driver 2017
Genre : Action/Drama


Pada tahun 1980, seorang wartawan mat salleh datang ke Korea untuk buat liputan mengenai kekecohan antara student dan tentera yang berlaku di Gwangju. Untuk ke sana dia perlu naik cab dan kesemua can driver tolak untuk ke sana kecuali seorang lelaki ini yang memang perlukan duit. Sepanjang perjalanan di sana, mereka nampak apa yang berlaku di sana dan dia berjumpa beberapa orang yang eventually mengajar mereka nilai kemanusiaan sebab berita ini tak diketahui oleh dunia luar so mereka perlu sokong mat salleh ini untuk tunjukkan apa yang berlaku.

Miracle in Cell No.7 2013
Genre : Drama/Comedy


Rasanya movie ini semua orang dah pernah tengok kan sehinggakan Turkey pon dah keluarkan cerita ini versi mereka di Netflix. Memang sedih dan best.

Familyhood 2016
Genre : Drama/Comedy


Tentang seorang artis yang ada segalanya tapi disebabkan oleh satu kejadian dia berkurung di rumah dan dalam masa yang sama dia ingin mencari publisiti dengan cara dapat anak, so dia pon adopt seorang teenager ini yang sedang mengandung. So dia bayar lah perempuan tu, tapi sepanjang dia jaga remaja tu, dia belajar erti kasih sayang antara manusia. Oklah cerita ini tapi lembap sikit.

Love Sling 2018
Genre : Drama/Comedy


Berkisarkan sebuah family yang ada pusat tinju. Owner pusat tinju ini ada anak lelaki dan anak lelaki dia sukakan jiran sebelah mereka tu tapi sayangnya jiran sebelah tu sukakan owner yang tua tu. So macam tarik tali sikit la tapi cerita best juga sebab kelakar terutama bila part perempuan tu nak perhatian laki tua tu sebab laki tua tu memang rapat dengan semua orang.

Fashion King 2014
Genre : Romance


Menceritakan Kim Myung seorang pelajar yang selalu dibuli dan bila dia berpindah ke sekolah lain dia decided untuk ubah sikap dan dia tersuka seorang perempuan hot di sekolahnya. Lepas tu dia memang nak ambil hati perempuan tu dan dia berguru dengan seorang stylist untuk ubah gaya dan dari situlah dia bersaing dengan boyfriend perempuan tu untuk tawan hati wanita idaman.

The Outlaws 2017
Genre : Action/Crime


Tentang sekumpulan gangster Korean Chinese yang berleluasa kegiatannya meminta duit dari orang yang berniaga. Gangster ini memang ganas sebab dia suka main kapak so lepas dia bunuh dia akan potong kaki tanganlah. Ganas mereka ini sampaikan polis terpaksa bekerjasama dengan gangster lain untuk umpan mereka ini dan berkas terutamanya ketua mereka iaitu Dragon.

Miss Granny 2014
Genre : Comedy/Fantasy


Mengisahkan seroang nenek tua yang tiba tba dia berada dalam badan seorang wanita berusia 20 tahun selepas dia mengambil gambar di sebuah kedai gambar misteri. Dari situ dia mendapat perhatian semua orang kerana gayanya yang macam nenek tetapi masih muda. Yang bestnya nenek ini memang pandai menyanyi dan konsert dia memang tiket sold out disebabkan gaya dan suara dia yang unik.

Top 5 bagi aku ialah:
1) Miss Granny
2) Miracle in Cell No.7 
3) A Werewolf Boy
4) A Taxi Driver
5) Money
Thanks for reading. Pen off :)

Roots by Kebun Kota

$
0
0

Assalamualaikum

Semalam kami makan malam di Roots by Kebun Kota yang terletak di Jalan Air Putih Kuantan. Ini adalah sustainability lifestyle cafe and serves you wide range of organic and all natural products, from farm to table dan mereka ada farm mereka sendiri. Cafe ini besar dan orang pon tak ramai. Masuk masuk cafe ini memang akan terdengar bunyi muzik sentimental dan bau cafe yang best.


Sambil sambil korang menjamah makanan, boleh  tengok handmade booth di hujung tu banyak jenis barang kraftangan yang boleh dibeli.

handmade corner
disebabkan besar so kami duduk tengah tengah ini

menu

Cafe ini tutup pukul 7 malam dan kami sampai dalam pukul 6 petang so disebabkan kami agak lewat banyak makanan not in the menu, jadi kami makan apa yang cepat dan mudah.

Moringa Latte

Drinks

Moringa Latte = Rm12
Chocolate Latte = Rm12
Spiced Chocolate = Rm12

Shashuka di makan bersama roti

Foods

Mee Sua = Rm12
Shashuka = Rm12
Nasi Lemak Basmathi Ayam = Rm15


Bagi kami makanan dan minuman dia sedap dan berpatutan. Kat sini famous dengan Moringa so ada jual Moringa Cookies dan Moringa Coffee. Bagi aku Moringa Latte ini rasa macam susu campur dengan serbuk matcha yang dikisar tu.

handmade mural
this cafe fits for alone and aloof person


Memang cantik cafe ini tak puas dok sekejap macam kat rumah kan tapi kami tak sempat lepak lama sebab dah nak maghrib


Tak silap aku dapur di bawah so bahagian atas hanyalah dapur kering, bijak kan sebab tak adalah bau masakan/pencemaran bunyi bila customer lepak kat cafe ini.

antara bahan bahan tanaman dijual


Thanks for reading. Feel free to stop by this cafe if you are around here okay!!!

Kopi Hang Tuah

$
0
0
Assalamualaikum

Antara kopi yang kami sekeluarga biasa minum adalah Kopi Hang Tuah tapi kopi Hang Tuah ini tak semua pasaraya jual dan biasanya kami beli di kedai tertentu, sekali beli memang banyak sebab susah jumpa kan. Bagi kami kopi keluaran Hang Tuah ini sedap, pekat, halus dan beraroma. Kalau buat kopi susu memang sedap. Packaging dia ada banyak warna biru/hijau/oren/coklat dll dan aku tak tahu ada beza ke tak sebenarnya. Hang Tuah Coffee ini kilangnya bertempat di Pulau Pinang dan merupakan keluaran bumiputera.


Kopi Hang Tuah ini dihasilkan dari 3 jenis coffee beans iaitu Arabica, Liberica dan Robusta. Kopi Hang Tuah ini ada banyak jenis ada kopi O, instant coffee, teh tarik dan lain lain. Tapi kami selalu beli jenis Kopi O Liberica dan Robusta saja di bawah ini.

Robusta Beans


Selain kopi serbuk kami juga beli 2 in 1 Black Coffee with sugar sebab senang nak bancuh kalau kalut kan. Antara Liberica dan Robusta yang paling sedap bagi aku adalah Robusta. 


Liberica Beans



Salah satu sebab kami suka Hang Tuah sebab dia kaw dan tak payah tapis bila nak minum sebab memang halus dan kalau kau terminum serdak dia pon tak mati pun kita. Haha.
Apa favorite kopi korang? Happy Weekend :)

Koko Cafe & 90 Degrees Cafe

$
0
0
Assalamualaikum

Rasanya ini kali kedua aku pergi Koko Chocolate Cafe dan 90 Degrees Cafe, both cafes literally next to each other. Kali pertama pergi sini masa 2017 dalam entri ini dan ini. Kami memang nak makan kat Koko tapi mungkin sebab ada something yang membuatkan pelanggan kena makan di 90 Degrees Cafe tapi boleh order menu Koko. Kedua dua cafe ini can tolerate each other sebab last time kami pergi pon boleh order mana mana menu even ada pintu khas connected these two cafes.

Kali ini kami makan di belakang more hidden and less distraction.



back seating


Smoked Duck Aglio Olio with Hot Americano = Rm17.90
Turkey Carbonara = Rm16.50
Beef Bolognese = Rm15.50

Brown Sugar Boba Milk Creme = Rm9.90
Koko Dark Ice = Rm12


Salted Egg Croissant = Rm8.50


Spagheti semua sedap bagi aku especially Smoked Duck Aglio Olio, minuman pula Boba memang best dan Dark Koko sangat menyegarkan. Salted Egg Croissant sedap dan croissant rangup, dalam tu bila potong akan keluarlah salted egg.


Dulu cat putih now pink!!!


Kalau nak tengok lagi keadaan 2 cafes ini boleh tekan link di atas masa tu aku posted pasal 2 cafe ini
Thanks for reading. Pen off ^-^

Best English Movies V

$
0
0
Assalamualaikum

Antara nak dibandingkan English Movies dan Korean Movies kan, aku lagi suka English Movies sebab tak bosan walaupun jalan cerita tu slow tapi aku tak rasa bosan menunggu. Tapi kalau Korean Movies nak tunggu puncak movie tu rasa macam lama sangat nak nak Korean kan lebih kurang sama muka dan bahasa dia boleh buat aku mengantuk.

Ready Or Not 2019
Genre : Horror/Thriller


Ready Or Not ni memang wajib tengok, ramai dah buat review movie ni best. Movie ini memang gila bagi aku tak sangka ada lagi kepercayaan karut dalam kalangan western people. Cerita ini mengenai Grace yang baru berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Lelaki ini sayang Grace dan tak nak berkahwin sebab dia tahu apa akan berlaku nanti tapi Grace memang nak kahwin. 

Lelaki ini keluarga kaya yang mendapat kekayaan daripada permainan so setiap malam perkahwinan pengantin baru perlu main game sebagai tradisi mereka. Banyak jenis kad untuk pelbagai game tapi Grace tersalah pilih kad Hide and Seek. So Grace perlu menyorok dalam rumah agam tu yang dikunci dan ditutup lampu manakala ahli yang lain perlu mencari Grace dan membunuhnya sebelum subuh. Kerana jika tak bunuh, akan ada peristiwa buruk yang bakal belaku kepada keluarga itu dan sememangnya memang terjadi pada akhir cerita ini. 

Best dan suspen dan lawak!!!

John Wick Chapter 3 - Parabellum 2019
Genre : Action/Thriller


John Wick ni tak adalah best sangat tapi sebab aku dah follow dari season 1 lagi so aku pon tengoklah yang latest. Agak bosan sikit sebab boleh katakan 80% adegan adalah berlawan sebab semua orang memang memburu John ini kerana mereka akan dapat habuan so John memang kena sorok dan lari dalam masa yang ditetapkan.

Trauma Center 2019
Genre : Action/Thriller


Tentang seorang perempuan yang memang fobia dengan hospital sebab dulu dia memang duduk hospital jaga mak dia sampai mak dia meninggal. So haritu dia terlibat dengan satu tembak menembak dan peluru terkena kaki dia so dia dikejarkan ke hospital. Penembak tu pula memang nak cari perempuan tu sebab dia merupakan saksi dan dalam hospital tu juga kejadian tu berlaku sebab penembak tu menyamar sebagai polis. Cerita ini best jugak sebab perempuan tu survive dengan kaki yang ada peluru lagi dan dia pandai gunakan semua alat hospital untuk defend.

Inside Man : Most Wanted 2019
Genre : Crime/Thriller


Cerita ini tentang rompakan emas yang berlaku di bank melibatkan seorang perempuan yang dikenali sebagai Most Wanted. Perompak ini hebat sebabnya dorang tahu dorang tak boleh bawa keluar jongkong emas yang banyak tu apa yang mereka buat adalah mereka leburkan emas dan mold dalam bentuk panjang yang macam pagar. So lepas tu mereka blow the bank then FBI pon tak perasan emas hilang sebab emas yang dalam new shape tu dah macam serpihan letupan. Kemudian perompak tu menyamar sebagai cleaning agent dan kutip semua serpihan letupan termasuk emas tu. Tapi cerita akan ada sambungan lain.

The 5 year Engagement 2012
Genre : Comedy/Drama


Mengenai pasangan ini yang tunang terlalu lama sebab masing masing mengejar impian mereka dan mereka putus tunang sebab masing masing ada partner lain. Tapi mereka masih sayang dan mereka get back together dan paling best ending sebab mereka kahwin tanpa pengetahuan laki tu atas rancangan perempuan tu sendiri. Perempuan tulah bride, perempuan tulah wedding planner. So masa kat wedding tu semua orang ada, dan akhirnya mereka kahwin. 

Angel Has Fallen 2019
Genre : Action/Thriller


Cerita ini sequel daripada Olympus Has Fallen dan London Has Fallen. Tentang Mike yang diperangkap sebagai pembelot atas kematian Secret Service yang lain. Masa kejadian tu semua mati kecuali President dan Mike, president pula koma so tak ada orang boleh backup Mike. Mike pula menjadi buruan polis dan terpaksa cari jalan untuk semua orang percaya. Tapi Mike bijak sebab Mike ada ayah yang hebat dan mereka berdua ada strategi untuk selamatkan presiden.

Charlie's Angels 2019
Genre : Action/Comedy


Macam biasalah cerita Secret Angel cuma kali ini watak lain oleh pelakon berbeza. Lawak dan aksi.

Overboard 2018
Genre : Drama/Comedy


Menceritakan tentang orang kaya yang memiliki yacht sendiri, satu hari tu ada cleaning lady perlu bersihkan yacht tu dan terjumpa dengan laki kaya yang berlagak dan menyebabkan lady tu kehilangan kerja. Pada satu haritu orang kaya tu terjatuh dalam laut sebab mabuk dan bila sedar dia hilang ingatan so lady ini pon berpura pura menjadi isteri dia sebab dia nak balas dendam dan buli laki tu buat kerja rumah dan jaga anak. Laki ini pula walaupun dia tak tahu buat kerja rumah tapi dia berusaha untuk belajar dan akhirnya dia disukai oleh anak anak perempuan tu akhirnya kahwin dengan perempuan tu even after he regained his memories.

Ready Player One 2018
Genre : Action/Scifi


Gamer memang suka ceita ini sebab menceritakan tentang budak ini yang pandai gaming dan menang treasure hunt. Disebabkan laki ini pandai so dia diburu oleh kumpulan gamer yang lain sebab semua orang nak menang pertandingan tu. Cerita ini memang advances, boleh katakan semua orang main game dan mereka macam ada 2 identiti iaitu virtual dan reality.

The Art of Racing in the Rain 2019
Genre : Drama/Comedy


Berkisarkan seorang car racer yang adopt seekor anjing dari kecil. Anjing ini memang rapat sehingga racer ini bawa anjing even ke litar. Satu masa tu racer ini ada pasangan, kahwin dan ada anak tapi tetap setia dengan anjing ini. Tapi pertengahan cerita ini isteri dia mati sebab kanser dan dia pulak hilang penjagaan anaknya so masa tu dia hanya ada anjing dia saja. Car Racer ini tak ada duit dah sebab dia tak boleh keluar berlumba sebab ada kes mahkamah dan nasib dia baik, dia memang kes tu dan dapat jaga anaknya dan mereka berpindah ke Itali, tapi sayangnya anjingnya mati. Sedih cerita ini tapi best.

Paling Best adalah :

1) Ready Or Not
2) The Art of Racing in the Rain
3) Overboard
4) Angel has Fallen
5) The 5 Year Engagement
Thanks for reading. Pen off :)

Happy Birthday Malek

$
0
0
Assalamualaikum

Ini kali pertama kami sambut birthday Malek kat rumah sebab tahun lepas Malek kat Selangor. Alhamdulillah Malek dah 2 tahun pada Sabtu lepas so seminggu sebelum tu kakak aku dah sibuk tempah kek Didi and Friends perisa Red Velvet, dulu kakak dia pon Didi & Friends dalam post ini. Kek kami tempah daripada orang area rumah juga ArtiqBakers.


Birthday Boy


Malek,
Happy birthday budak bertuah. Mashu doakan awak membesar dengan sihat dan menjadi soleh!! Sentiasa dalam jagaan Allah dan menjadi insan berguna...

dia bukan nak potong sangat, dia tak sabar nak ambil patung atas tu tau

Malek ini susah sangat nak ambil gambar, semua gambar tak ada satu pon yang pandang kamera tau.


Decorations semua kakak aku beli kat DIY.

bersama Zara dan Mawaddah


Selain kek, kami tempah satay, abang tempah KFC dan kakak goreng nasi serta spiral.

syok main baru ingat nak makan
Thanks for reading Pen off :)
Viewing all 756 articles
Browse latest View live