Quantcast
Channel: ! acuyuhan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Best Korean Movie

$
0
0

Assalamualaikum

Kali ini aku nak review 10 lagi movie korea yang best. kebanyakan genre adalah crime/thriller/comedy/action. Kalau love story aku kurang sikit. Untuk movie yang pernah aku review boleh tengok sini.


The Five 2013


The Five mengisahkan satu family Eun-A dibunuh oleh serial killer, tapi hanya Eun A saja yang terselamat tetapi lumpuh 1 badan. So dia ini memang nak sangat balas dendam kat pembunuh tu sebab dah bunuh anak dan suaminya. Disebabkan Eun A ini lumpuh dan terhad pergerakan so dia perlukan bantuan daripada orang orang yang memerlukan organ, sebagai balasan dia akan bagi organ dia. So dia pon kumpulkan la 5 orang termasuk Eun A yang terdiri dari polis, hacker, gangster, dan semestinya doktor. Paling best cara Eun A ini bunuh serial killer tu menggunakan tactic domino sebab dia ini dulu bekerja berkaitan domino theory.


Seoul Searching 2015



Ini satu satunya korean movie in English sebab berkenaan tentang korean yang tinggal di serata dunia dan pulang ke Korea untuk hadiri summer camp di Korea. Pelbagai adegan mencuit hati oleh setiap korean dari setiap berlainan negara yang memang sukakan parti, cari keluarga sebenar dan sebagainya.


The Gangster, The Cop, The Devil 2019



Movie ini berkisarkan seorang pembunuh bersiri yang suka suka hati saja nak bunuh orang. Taktik dia adalah langgar kereta orang, dan tiba tiba tikam orang tu. Polis dah lama dah cari orang ini sampailah polis ini terpaksa bekerjasama dengan ketua gangster untuk berkas devil ini. Sebab satu malam tu pembunuh ni silap sebab dia langgar kereta ketua gangster dan cuba bunuh tetapi gagal. So ketua gangster tu satu satunya mangsa yang hidup dan merupakan saksi. Devil ni silap cari pasal dengan gangster sampai ke jail gangster ini cari.


The Odd Family : Zombie on Sale 2019



Cerita zombie paling best dan jalan cerita menarik pernah aku tengok. Mengisahkan ada 1 zombie ini masuk kawasan keluarga Park dan telah menggigit ayah mereka. Tapi ayah mereka tidak bertukar menjadi zombie malah menjadi makin muda dan kuat. Dari situlah semua penduduk mula inginkin zombie ini gigit mereka untuk jadi muda lagi. Tapi sebaliknya berlaku pada pengakhiran cerita dimana semuanya menjadi zombie kecuali bapa mereka saja. So mereka pon pelik dan ada plot twist kan situ.


The Divine Fury 2019



First time aku tengok movie Korea yang berpegang teguh pada ajaran Catholic. Tentang Yong Hoo seorang fighter yang dulu pernah percaya pada tuhannya tapi sejak bapanya meninggal dia sudah tidak percayakan Tuhan. Tetapi Yong Hoo ini diberi anugerah untuk membuang devil dalam badan manusia. So dia pon terpaksa jumpa paderi kerana dia sering mengalami gangguan dan tangannya berdarah, dari situlah dia tahu devil yang bunuh bapanya.


Hit and Run Squad 2019



Siapa yang sukakan Fast n Furios or Evolusi KL Drift memang patut tengok cerita ini sebab skill memandu mereka memang gila. Berkenaan tentang Jae Cheol seorang businessman yang mempunyai F1 sendiri tapi satu malam tu dia telah langgar lari kereta lain dan buang bukti semuanya. Ada seorang police officer ini ditugaskan untuk merungkai kes ini sebab kes ini dah tutup disebabkan tak ada bukti yang cukup dan orang orang berkaitan di rasuah.


Swing Kids 2018



Swing Kids ini adalah musical movie mengisahkan tahanan di Korea Utara beserta dengan askar US. Satu hari tu James seorang tap dancer perlukan penari untuk membuat persembahan sempena christmas, so bermacam adegan cuit hati sepanjang audition sebab tak semua pandai translate English to korean. Tapi akhirnya dia berjaya kumpulkan kumpulannya dan persembahkan pada malam tu cuma adegan sedih pula selepas persembahan tu.


The Witch Part 1 : The Subversion 2018



Movie ini best dan tak sabar nak tunggu Part 2, memang lain dari yang lain. Mengisahkan budak budak disuntik oleh gene yang berlainan untuk hasilkan budak budak yang ganas dan kuat. Tapi hanya ada 1 saja budak yang berjaya larikan diri dan dari situlah dia diburu oleh kerajaan kerana dia antara hasil ciptaan yang hebat, tapi budak itu ingin balas dendam keatas orang orang yang telah jadikan dia macam tu.


Ordinary People 2018



Ataupun dikenali sebagai The Villagers. Seorang cikgu ditugaskan untuk mengajar di sebuah kampung ini. Tapi dia hairan sifat tenaga pengajar ini yang tak peduli mengenai pelajar mereka yang hilang. So dari situ dia mula menyiasat dengan bantuan kawan pelajarnya yang hilang tetapi mereka tak dapat kerjasama dari pihak polis, so dari situ mereka bongkar sendiri rupanya ada kaitan dengan pemilik sekolah itu.


Wonderful Ghost 2018



Dikenali juga sebagai The Soul-mate. Menceritakan tentang seorang pegawai polis yang dipukul oleh penjenayah sehingga koma. Sepanjang koma, orang yang boleh nampak dia adalah seorang Judo instructor. Judo instructor ini memang tak suka polis ini sebab polis ini selalu nak saman dia. Judo instructor ini ada anak perempuan yang memerlukan jantung untuk hidup. So polis ini terpaksa deal dengan lelaki ini untuk cari penjenayah tu dan sebagai balasan dia akan bagi jantung tu sebab polis tu tahu dia akan mati. Kelakar dan sedih movie ini.

Yang paling best bagi aku adalah
1) The Witch Part 1: The Subversion
2) The Odd Family: Zombie On Sale
3) The Five
4) Hit and Run Squad
5) The Gangster The Cop The Devil
Thanks for reading. Pen off :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 756