Assalamualaikum
Kadang kadang bila dah bosan tengok korean movies, aku pun beralih kepada English Movies yang genre comedy/action/suspense. Antara yang best pernah tengok adalah di bawah ini:
Crawl 2019
Genre : Thriller
![]()
Grand Daddy Daycare 2019
Genre : Comedy
![]()
Genre : Thriller

Salah satu movie berkenaan predator yang lain dari yang lain. Biasa kita tengok kita pergi tempat dia dan haiwan tu akan serang kita tapi Crawl ni dia pulak yang datang tempat kita disebabkan satu tempat ini ada taufan beserta banjir yang menyebabkan habitat alligator ini dihanyutkan ke kawasan perumahan. Bukan satu alligator tetapi banyak alligator dan semua alligator mengepung 2 beranak yang berada di bawah rumah. Banyak gila adegan suspense dan akhirnya mereka berdua berjaya selamatkan diri sebab 2 beranak ini merupakan swimmer yang handal. Tapi korang kena tengok macam mana cara mereka selamatkan diri dan bunuh alligator ini.
Grand Daddy Daycare 2019
Genre : Comedy

Movie ini lebih kurang macam Daddy Day Care, berkenaan seorang penulis buku yang tinggal bersama ayah mertuanya. Tapi mereka tak sehaluan dan susah untuk lelaki ini menghabiskan siri bukunya dalam masa yang sama perlukan duit segera. So tiba tiba dia dapat idea untuk kumpulkan semua orang orang tua di rumahnya dan berkawan dengan his FIL supaya bapa mertuanya tak bosan. Tiba tiba dia dapat idea untuk tubuhkan pusat jagaan orang tua secara legal, so dari situlah hubungan penulis itu dan bapa in lawnya berbaik untuk menyelamatkan rumah jagaan orang tua itu.
Birdbox 2018
Genre : Horror/Sci Fi
![]()
Genre : Horror/Sci Fi

Mengisahkan seorang ibu tunggal bersama 2 anaknya berhijrah dari bandar ke pinggir bandar demi menyelamatkan diri dalam keadaan mata tertutup kerana bandar itu didatangi makhluk ghaib yang bila kita tengok kita akan bunuh diri. So memang kena blindfolded, paling mencabar bila dia mendayung sampan dalam keadaan mata tutup selama 2 hari atas sungai dan berjaya harungi deras air semua. memang hebatlah ibu ni, tapi macam tak logik pon ada. Tapi makhluk ghaib ni memang tak nampak rupa tapi hanya ada bisikan bisikan yang memanggil kita untuk bunuh diri.
Oceans Eight 2018
Gnere : Comedy/Heist
![]()
Gnere : Comedy/Heist

Aku memang suka lakonan Sandra Bullock memang kelakar dan best. Sandra ini seorang bekas banduan yang telah dipenjara selama 5 tahun sebab ditipu oleh teman lelakinya. So bila Sandra ini keluar, dia memang dah plan untuk balas dendam kat ex bf dengan cara merompak rantai berlian yang bernilai tinggi dengan bantuan 7 orang kawannya iaitu masing masing ada kepakaran sendiri dan meletakkan semua kesalahan tu pada bekas teman lelakinya
.
Crazy Rich Asian 2018
Genre : Romance/Family
![]()
Genre : Romance/Family

Crazy Rich Asian dia pubya visual memang cantik, penuh dengan warna warni dan menunjukkan gaya hidup orang kaya gila. Mengisahkan seorang pensyarah perempuan, Chinese American yang bercinta dengan lelaki Chinese Singapore dan satu haritu lelaki tu ajak perempuan ini balik Singapore untuk kenalkan kepada familynya tetapi macam biasa ada tentangan keluarga sebab Asian people ini memang conservative sikit, semua benda ada adat dan budaya. Tapi perempuan ini berjaya buktikan yang cinta itu lagi penting dari segalanya sebab perempuan ini tak kaya, tak ada ayah dan dia berjaya yakinkan mak lelaki itu.
The Meg 2018
Genre : Thriller/Sci Fi
![]()
Genre : Thriller/Sci Fi

Tadi review pasal buaya kan, kali ini pasal shark pula. Megaladon merupakan singkatan dari Meg iaitu spesis jerung yang paling besar sekali. Cerita ini menarik sebab peralatan laut dia memang futuristik, dengan kapal selam kecik, jet selam semua. Meg ini berasal dari dasar laut tapi sekali itu dia naik ke permukaan laut sebab nak cari mangsa. So ada kumpulan penyelidikan cuba untuk bunuh meg ini sebab spesis ini memang membahayakan sebab dia boleh memusnahkan pangkalan saintis saintis ini.
Second Act 2018
Genre : Romance/Comedy
![]()
Genre : Romance/Comedy

JLo ni merupakan seorang assistant manager yang dah lama kerja tetapi tak dinaikkan pangkat disebabkan dia tiada degree. So masa birthday dia, anak kawan dia hadiahkan dia dengan identiti baru tanpa JLo sedar. Tiba tiba esoknya Jlo dapat panggilan temuduga dan berjaya dapatkan kerja di company yang hebat. Dari situlah dia berjaya tarik perhatian semua orang dan terjumpa dengan anaknya yang dah lama hilang. Tapi bila semua dah okay, JLo rasa dia perlu bagitahu semua orang perkara sebenar dan bermulalah episod duka kat situ.
Dont Breath 2016
Genre : Thriller/Heist
![]()
The Martian 2015
Genre : Sci-Fi/Survival
![]()
Genre : Thriller/Heist

Menceritakan tentang sekumpulan budak budak remaja yang suka pecah masuk rumah orang. Satu masa tu mereka tersalah langkah sebab mereka rompak rumah orang buta. Tanpa mereka sedar mereka tak boleh keluar daripada rumah itu dan seorang demi seorang dari mereka di bunuh. Orang buta ini memang dapat hidu setiap pergerakan orang walaupun nafas korang sebab dia merupakan bekas anggota askar yang terlatih. Memang best cerita ini.
The Martian 2015
Genre : Sci-Fi/Survival

The Martian merupakan cerita aerospace yang aku suka sebab lain dari yang lain. Mengisahkan sekumpulan angkasawan membuat kajian di planet marikh, tetapi satu saat tu ada angin kencang yang menyebabkan salah seorang kawan dia tersasar jauh daripada kawasan kajian dan dalam masa yang sama sekumpulan angkasawan perlu pulang untuk selamatkan diri. So tinggallah dia seorang diri survive di Marikh selama lebih 2 tahun menanti next spaceship datang. Nasib baiklah dia ini merupakan seorang pelajar botani yang tahu bercucuk tanam menggunakan apa yang ada di pangkalannya.
Blended 2014
Genre : Comedy/Family
Adam Sandler dan Drew Barrymore memang pelakon yang hebat dan terbaik. Mengisahkan seorang janda dan duda yang pernah keluar dating tetapi mereka tak suka masing masing. Tapi disebabkan satu kejadian dorang bertemu kembali bersama anak anak di Afrika, dan dari situlah mereka mula rasa keserasian dan akhirnya bercinta. Cerita ini kelakar gila sebab anak anak mereka yang mencuit hati masa percutian mereka di Afrika.
Paling best yang aku suka adalah:
1) The Martian
2) Oceans Eight
3) Second Act
4) Blended
5) Dont Breathe
Thanks for reading. pen off :)