Assalamualaikum
Harini nak kongsikan cara buat Agar Agar Milo menggunakan agar agar tali, kami biasa memang buat agar agar guna yang tali sebab lagi senang larut dan boleh buat banyak. Semalam kakak aku suruh buat Agar Agar Milo so aku pon buatlah sebab pernah buat Agar Agar Vico dalam entri ini dulu dan Agar Agar Gula Merah dalam entri ini.
Bahan Bahan
1 paket agar agar kering
1/2 tin susu pekat
Gula (in case kalau susu pekat tak cukup/tak manis)
1.5 liter air kosong
5 sudu besar milo
Cara Cara
1) Rebus agar agar tali bersama 1.5 liter air. kalau guna agar agar tali ini, memang kena tambah air around 1.5 liter-2 liter.
2) Bancuh air milo bersama susu pekat sebanyak 500ml, sebab kita nak cukupkan jumlah cecair yang guna adalah 2L.
3) Bila agar agar dah betul betul larut, boleh campurkan bancuhan tadi dan rasa. Kalau kurang gula boleh tambah gula. Macam kes aku ni, aku kurangkan susu pekat so aku tambah gula pasir 3 sudu.
4) Bila dah betul betul mendidih, barulah tutup api dan boleh curah dalam bekas acuan masing masing. Kami memang guna loyang saja sebab tak ada mole yang pelbagai bentuk. Biarkan di luar kejap, bila dah sejuk sikit barulah masukkan dalam peti ais.
![]() |
tip nak bagi cepat sejuk, letak mole dalam talam yang ada air sejuk |
Ready to Serve!!!
Oh ya make sure bila dah campurkan bancuhan milo dalam agar agar tu, kena guna api sederhana/ kecil sebab nanti akan melimpah melimpah sebab ada susu kan. Jangan pulak ko tinggal kejap, pergi buat kerja lain pula tiba tiba masuk dapur tengk periuk dah kering, dapur pulak yang kenyang makan agar agar tu hahah
![]() |
makan sejuk memang tak puas |
Thanks for reading. Pen down!!!