Assalamualaikum
Tahun lepas aku ada cuba Maggi Ghost Pepper dalam entri ini memang pedas gila tau. Tahun ini pula Mister Potato ada keluarkan chips baru perisa Ghost Pepper dan banyak dikeluarkan di 7Eleven, aku pon tak terkecuali untuk membelinya. Patutlah packaging kecik sebab memang makan tak terhabis tau harga Rm3.50 satu balang kecik tu.
![]() |
kecik saja tapi rasanya membunuh |
Macam biasa warna memang asli hitam sepertimana warna maggi tu. Rasanya sama dengan maggi ghost pepper, memang pedas kebas. Satu chips tu pon dah buat aku garu kepala.
Oh ya haritu aku pergi myNews.com dan aku terperasan Mamee Maggi dah ada perisa spicy noodles baru iaitu Habanero Spicy Chicken (dry) dan Habanero Kimvhi Jigae (soup) bawah ini.
![]() |
ok kalau aku beli nanti aku review ya. |
Thanks for reading, stay indoors ya =)