Assalamualaikum
Kalau korang nak tahu kali terakhir aku tampal gigi adalah tahun 2017 dalam entri ini masa tu dekat UiTM Sg Buloh. Disebabkan dah 4 tahun tak tampal gigi, so bila aku pergi cek gigi bulan Oktober lepas doktor kata ada 4 lubang kena tampal; 2 atas dan 2 bawah. Jadi aku pon tampal 2 gigi di UIA Kuantan dalam entri ini dan 2 lagi di Klinik Beserah.
Macam biasa kalau klinik kerajaan, pertama kali datang akan cek gigi saja dan bayar Rm2 untuk pendaftaran. Nak datang pon kena booking online di sini. Kemudian kalau ada rawatan nak buat pihak sana yang akan tetapkan tarikh dan kita akan diberi kad pink. Tak lama pon tunggu untuk dapatkan slot tampal gigi contoh haritu aku cek gigi pertengahan november kemudian doktor suruh datang balik awal disember dalam 2 minggu macam itu.
Yang bestnya kat Klinik Kesihatan ini sebab doktor akan buat sekaligus 2 batang gigi dan sekali dengan cuci gigi. Setengah jam juga tempoh rawatan itu dan alhamdulillah lepas tampal gigi, aku tak rasa sakit pon dekat tempat tampalan itu setakat ini. Doktor pon memang cuci gigi aku betul betul sampai aku tak nampak dah karang gigi kat gigi.
Kos rawatan
Tampal 1 gigi = Rm2
Cuci gigi = Rm2
Jadi total untuk gigi aku hanya Rm6 saja.
Masa aku pergi itu akan ada seorang doktor bertugas dan buka booth atas ini untuk menjawab segala pertanyaan tentang gigi kita dan kadang kadang kat sana ada buat talk tentang kanser mulut dan lain lain.
Thanks for reading. Have a nice day!!!