Assalamualaikum
Rabu lepas aku cuti separuh hari sebab ada appointment dengan doktor gigi petang itu. Lepas habis appointment kami pon pergi cari makan, ingat nak makan dekat Batu Hitam tapi kedai banyak tutup. Kami pon pergi Tasik Pelindung jalan jalan nampak Restoran De Kebayan, masuk sajalah sebab dah lapar.
Cantik restoran ini konsep dia berasaskan container. Kat sini memang banyak kucing yang dijaga dan kalau korang tak suka kucing, bolehla makan di tingkat atas.
Masa kami pergi ini restoran baru buka dan pengunjung masih belum ramai lagi.
Banyak sangat tempat makan dan pelbagai jenis tempat makan pon ada contoh bersila di bawah ini.
Kat sini famous dengan western food, masakan panas tak banyak pilihan sangat. Tapi kami ambik masakan panas saja, bagi aku sedap jugalah.
Mak ayah order mi goreng mamak, dan aku order kueytiow sup.
Mi goreng mamak pedas gila sebab dorang letak cili api, kesian pulak mak ayah makan pedas pedas. Aku tak tahu pula mi goreng mamak ada cili api, setahu aku cuma cili besar saja. Yang penting kami semua makan habis sebab semua sedap.
Harga sini oklah dengan tempat makan yang selesa cantik ini. Kami makan 3 orang total dalam Rm35.
Thank you for reading. Have a good day!!!