Assalamualaikum
Enjoy my reviews!!!
Start-Up 2019
Genre : Drama/Comedy
Mengisahkan seorang dropout school yang berhijrah ke tempat lain untuk membuktikan kepada mak dia yang dia boleh berdikari dan cari kerja tanpa perlu pergi sekolah. Kat tempat baru tulah dia bekerja sebagai penghantar makanan dan dari situ dia berkenalan dengan pekerja pekerja disitu. Rupanya setiap daripada mereka ada kisah hidup sendiri yang berakhir di restoran itu untuk startup sebagai orang baru.
Cheer up Mr Lee 2019
Genre : Family/Comedy
Tentang Mr Lee yang merupakan seorang lelaki normal dari luaran tapi sebenarnya dia ada masalah mental, dan nak dijadikan cerita satu haritu dia diculik oleh seorang mak cik perempuan dan dibawa ke hospital. Di hospital rupanya terbongkar yang dia ada anak sebelum ini dan anak dia perlukan penderma dan Mr Lee ini ni memang tak tahu apa apa lah. So pada satu haritu budak tu ajak dia jalan jalan rupanya budak itu ingin larikan diri dari hospital dan sepanjang perjalanan "lari" itu mereka berdua develop hubungan rapat sebagai anak dan bapa.
I Can Speak 2017
Genre : Comedy/Drama
Mengenai seorang nenek yang selalu ambil tahu pasal keadaan kawasan perniagaan mereka dan selalu failkan komplain kepada seorang pekerja awam. Nenek ini ada impian untuk belajar english sebab dia ingin berkomunikasi dengan adiknya yang berada di US dan dari situ dia approach pekerja ini untuk ajar dia english. Selain itu diakhir cerita rupanya ada kisah kenapa nenek ini ingin belajar english kerana dia merupakan satu satunya mangsa kekejaman askar jepun pada ketika dulu dan ingin memberitahu kepada hakim dunia untuk mendapatkan kemaafan. Sedih diakhir cerita ini.
Always 2011
Genre : Romance/DramaCerita ini sedih sangat, mengenai seorang bekas boxer yang ingin hidup normal setelah terlibat dengan jenayah. Sehinggalah dia jatuh hati dengan seorang gadis buta yang peramah. Dia ingin kembali berlawan untuk mendapatkan duit demi permbedahan mata perempuan itu tapi dengan syarat dia perlu pergi Thailand untuk berlawan. Kesan dari perlawanan itu dia tempang dan perempuan itu pon boleh lihat semula tapi laki itu tak munculkan diri sebab dia malu. Tapi segalanya terbongkar sebab anjing mereka berdua yang dijaga oleh perempuan itu masih lagi ingat akan tuan dia.
Granny's Got Talent 2015
Genre : Family/Drama
Tentang seorang nenek yang sangat hebat mencarut dan join satu pertanding mencarut dan akhirnya menang.
Oh! My Gran 2020
Genre : Family/Comedy
Mengenai seorang lelaki yang ingin mencari driver yang telah melanggar anak dia sehingga koma. Saksi yang ada hanyalah emak dia dan anjingnya tapi emaknya ada masalah dementia. Nak tak nak dia perlu layan mak dia demi menyiasat bukti bukti accident itu kerana mak dia ada masa akan ingat tiba tiba, rupanya orang yang dia kenali yang langgar anak dia.
The Thieves 2012
Genre : Action/Drama
Berkisarkan 10 orang pencuri licik yang bekerjasama untuk mencuri rantai diamond di China. Rupanya setiap seorang dari mereka ada niat sendiri dan licik untuk belot.
The Terror Live 2013
Genre : Action/Thriller
Tentang seorang pembaca berita yang diturunkan pangkat ke deejay dan satu hari itu dia mendapat panggilan dari terrorist yang telah bom sebuah jambatan di Seoul. Dari situ dia bekerjasama dengan terrorist untuk ketahui lebih lanjut mengenai kejadian itu secara live demi mendapatkan rating tertinggi untuk stesen tv itu. Tapi akhirnya semua mati.
No Mercy 2019
Genre : Action/Thriller
Tentang seorang bodyguard yang baru saja dibebaskan dari penjara, dan dia memang ingin habiskan masa bersama adiknya yang ada masalah terencat sedikit. Tapi sayang satu hari itu adik dia tak balik rumah, so dia pergi siasat sendiri kemana adik dia pergi yang seterusnya membongkarkan kisah yang adik dia selalu menjadi mangsa rogol beberapa orang lelaki sebabkan adik dia tak normal. Kakak dia memang bengang dan pergi cari semua orang itu dan belasah mereka semua.
Intruder 2020
Genre : Thriller
Menceritakan tentang seorang lelaki yang kehilangan bininya dalam sebuah kemalangan. Beberapa bulan lepas itu, dia dapat panggilan dari rumah anak yatim yang adik dia yang dah lama hilang telah berjaya ditemui. Maka adiknya pon duduk sekali dengan keluarga lelaki itu tapi lelaki itu tetap tak dapat rasakan yang itu adalah adik dia. Adik dia ini seolah olah telah jampi semua ahli keluarga mereka dan rupanya ada niat jahat sebalik itu kerana dia ingin menjadikan anak lelaki itu sebagai ritual.
Paling best adalah:
1) Oh My Gran
2) Always
3) Intruder
4) No Mercy
5) The Thieves
Thank you for reading, pen down!!!