Assalamualaikum
Sabtu lepas kami pergi DOFI yang terletak berdekatan dengan area Kuantan Parade nak beli donat untuk anak buah sebab Kateh aku dah janji dengan dia, so budak budak kan jenis ingat janji so kami pon singgahlah Dofi setelah sekian lama tak singgah. Rasanya last pergi dulu tahun 2017 dalam entri ini, masa tu Dofi baru lagi dan banyak lagi kurang. Sekarang kualiti donat dah makin bagus dan makin banyak pilihan yang membuatkan kita rambang mata nak pilih tau.

Dofi ni kedai dia warna purple so boleh spot dari jauh kot.
Masuk masuk kan terus aku ternampak donat Cookie Monster bawah ini, sangat catchy dan aku pon tertarik sekali.
Paling minimum korang boleh beli adalah 4 biji, so kami pilih 10 donat. Harga donat disini bermula dari Rm2.50 sehingga Rm3.90. Donat yang bentuk petak di bawah ini adalah Hot Flavor sebab ada filling dan topping sekali.
Time kami pergi tak ramai pon, tapi bila keluar saja kedai terus ramai orang datang. Kedai dia pon dah cantik dan lebih kemas. Kat sini pon ada dijual minuman seperti soft drink/fast coffee.
Cookie Monster donat itu sedap terutamanya bahagian mata dia sebab bahagian mata itu adalah white chocolate.
Kami beli 6 ketul atas ini untuk anak buah dan 4 ketul bawah ini untuk kami sekeluarga.
Paling sedap bagi aku yang Hot Flavour Bitter Sweet dan Berry Cheese. Bitter Sweet tu sedap sebab kombinasi pahit serbuk coklat di atas dan manis coklat di dalam. Cheese dan Berry Jam pula, ada rasa masam keju parut di atas dan manis berry tu di dalam. So tak adalah korang makan donat rasa manis saja kan.
Filling pon banyak macam bawah ini
Donat Dofi ini even letak dalam peti pon tetap lembut makan sejuk macam itu. Bagi aku donat Dofi ini lagi sedap berbanding Sedo, Sedo pon sedap tapi tak sesedap Dofi aku rasa. Entah kalau kakak aku, dia prefer Sedo pula, tapi bagi aku dua dua ada kelebihan sendiri dan paling favourite adalah Krispy Kreme.
Thank you for reading guys!!!