Quantcast
Channel: ! acuyuhan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Best English Movies IV

$
0
0
Assalamualaikum

Hari ini nak review 10 movies yang best biasa aku tengok di Astro On Demand/HBO/Netflix. Kalau tengok movie aku lagi suka tengok di TV/Laptop sebab lebih puas dan tak perlu nak menunduk kalau tengok kat phone kan even Netflix pon tengok di laptop sambil sambil buat kerja.

Maleficent: Mistress of Evil 2019
Genre : Fantasy/Adventure


Mengisahkan anak angkat Maleficent ingin berkahwin dengan putera dari kerajaan sebelah tapi ditentang oleh Maleficent sebab mereka adalah manusia. Mereka berdua memang saling mencintai dari Maleficent 1 lagi tapi kali ini mereka ingin berkahwin sekaligus ingin menyatukan 2 kerajaan ini. So mak putera itu jemputlah Maleficent dan puterinya untuk makan malam tapi sebenarnya mak putera itu tak suka spesis bukan manusia eg pari pari. Niat mak putera itu memang ingin menyatukan kerajaan tapi dengan syarat untuk menghapuskan semua kewujudan bukan manusia. Maleficent memang melawanlah dan akhirnya dia dibantu oleh spesis lain untuk menyelamatkan kerajaan Maleficent.


Gemini Man 2019
Genre : Action/Sci-Fi


Cerita ini best mengisahkan Henry seorang pembunuh upahan yang ingin bersara tapi tiba tiba dia diekori oleh seorang assassin yang boleh meramal pergerakannya ketika berlawan. Senang kata mereka berdua ini sama sama hebat sebab ada satu persamaan iaitu mereka berdua adalah sama. Dalam kata lain, Henry ini punya hebat sehinggakan bos dia klon seorang sebiji dia tapi versi muda untuk bunuh Henry ini. Tapi walau sehebat manapon klon, tetap takkan dapat melawan yang asli. Kat sini korang boleh tengok Will Smith versi muda memang pandai dia lakonkan 2 watak dalam movie ini.


Hitman: Agent 47 2015
Genre : Action/Thriller


Cerita ini pon best aku tengok sebab Korea pun ada juga versi Hitman tapi comedy genre, Agent Hitman: Jun dalam entri ini. Movie ini tentang agent bernama 47 yang memburu agent 46 untuk mencari profesor yang mencipta mereka. Agent agent ini DNA mereka dikuatkan dan menjadi kebal sebab itu ramai orang mencari profesor ini untuk membiakkan lagi spesis ini tapi perbuatan ini dihentikan. Agent 46 adalah anak kepada profesor tu sebab tu menjadi target untuk agent agent mengumpan profesor tu.


Tomb Raider 2018
Genre : Action


Tentang Lara yang menyambung kembali pencarian misteri yang dilakukan bapanya yang tak sempat siap. So dia bersama bapanya pergi ke sebuah tempat berbahaya yang penuh dengan jerat dan riddle dalam membongkar kebenaran. Rupanya ada pengembara yang lagi awal ingin mengkaji dan menggunakan Lara untuk sampai ke tempat itu. 


We Bought a Zoo 2011
Genre : Family/Comedy


Menceritakan seorang bapa tunggal yang ingin mencari ketenangan dalam membesarkan 2 anaknya. So dia mencari rumah yang aman tanpa gangguan dari orang disebabkan hidup di bandar membuatkan anaknya menjadi liar dan dia takut jika anaknya menjadi liar. Diapon quit dan cari rumah tanpa disangka rumah yang dia suka adalah sebuah tinggalan zoo. Sesiapa yang ingin membeli rumah itu perlulah menjaga sekali haiwan haiwan di zoo itu. Nak tak nak dia terpaksa jaga sebab anak bongsunya sukakan tempat tu. Lama lama dia jadi sukakan haiwan dan dia decided untuk buka balik zoo dan membaik taraf kemudahan di tempat itu.


The Terminal 2004
Genre : Comedy/Romance


Cerita ini mengenai seorang lelaki non USA yang terkandas di airport USA sebab time tu ada peperangan so identiti lelaki ini perlu disahkan sebelum kembali ke negara asal. Bayangkan lelaki ini tidak tahu langsung English tapi dia belajar English dengan cara memerhati keadaan sekeliling dia. Cerita ini macam sedih sikit bila kau tengok laki ini rasa macam kesian sangat sebab stranded seorang diri di airport bukan negaranya tapi dia berjuang untuk belajar dan survive dan akhirnya dia berjaya balik ke negara asalnya. Aku suka part dia cari kerja untuk dapat duit dan makan di airport itu. 


The Bounty Hunter 2010
Genre : Comedy/Action


Tentang sepasang suami isteri yang sudah berpisah tapi bertemu kembali sebab lelaki ini merupakan pemburu upahan (bounty hunter) so dia akan dapat duit jika dia bawa bekas isteri dia ke penjara. Bekas isteri dia ini memang wanted sebab selalu tak pergi kes mahkamah. Tapi bukan senang nak bawak bekas isteri dia ini so banyak benda berlaku sepanjang pencarian yang membawa kepada pendamaian mereka berdua.


The Knight before Christmas 2019
Genre : Romance/Comedy


Aku baru habis tengok movie ini semalam. Ok jugalah tentang seorang kesatria yang dicampak ke dunia nyata untuk mencari Quest yang dicari selama ini. Untuk kembali ke dunianya dia perlu mencari quest dan tempoh yang ada hanyalah sehingga Christmas Eve. Di dunia nyata, dia bertemu Brooke seorang wanita yang pemurah dan menjaga lelaki kerana dia sangka lelaki ini hilang ingatan tapi tak. Rupanya Brooke adalah benda (quest) yang dia cari selama ini.


Lucy 2014
Genre : Thriller/Action


Siapa peminat Marvel mesti kenal perempuan ini kan. Lucy hanya seorang wanita biasa tapi tiba tiba dia ditangkap oleh drug dealer dan dihantar ke negara lain dan dipaksa menjadi keldai dadah. Sebelum Lucy dibawa ke negara lain, perut dia dibedah dan dimasukkan sepaket dadah untuk lepas dari imigresen check. Malangnya dadah dalam badannya pecah akibat ditendang oleh penjenayah dan menyebabkan dadah itu diserap ke dalam sistem badannya. Dari situ dia mendapat kebolehan lain secara tiba tiba seperti berlawan, meramal etc. So dia gunakan kelebihan itu untuk berkas drug dealer dan akhirnya dia lenyap, menjadi invisble.


Ghostbusters 2016
Genre : Comedy/Fantasy


Ghostbusters merupakan kumpulan penangkap hantu yang dianggotai oleh seorang profesor, penulis, jurutera dan pengawal keselamatan. Mereka memang percaya akan kewujudan hantu tetapi mereka selalu diabaikan sebab masyarakat sekarang tak percaya hantu ini. Sampailah satu masa tu mereka dapat panggilan untuk halau makhluk makhluk ini dan akhirnya kerjaya mereka diiktiraf kerana menyelamatkan bandar NY daripada gangguan mistik.

Bagi aku yang paling best adalah:
1) Gemini Man
2) Hitman : Agent 47
3) Lucy
4) The Terminal
5) The Bounty Hunter
Thanks for reading. Pen down :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 756