Assalamualaikum
Harini nak review 10 lagi korean movies yang best ditengok, ada antaranya aku dah tengok lama ada yang baru saja habis.
Crazy Romance 2019
Genre : Drama
Movie ini tentang Kim Rae Won yang kecewa sebab majlis perkahwinannya cancel 1 hari sebelum majlis, dia memang susah nak percaya wanita lepas tu. Tiba tiba muncul pula Hyo Jin yang baru saja berkerja di company laki tu. Hyo Jin ini dia tak suka commit dalam perhubungan, senang cerita tak pernah serius sebab perangai Hyo Jin ini yang sambil lewa. Tapi bila mereka berdua bertemu mereka rasa mereka compatible untuk bersama dan laki ini yakinkan perempuan tu yang dia serius bukan main main.
A Werewolf Boy 2012
Genre : Romance/Fantasy
Berkisar tentang seorang perempuan ini tinggal di sebuah cottage, tanpa disedari ada budak lain yang tinggal di situ iaitu serigala jadian. Dari situ perempuan tu ajar budak tu bercakap, menjadi seorang manusia sempurna sehingga dia besar. Sedih part bila lelaki tu dah mula rasa sayang kat owner dia dan susah nak tinggalkan cottage itu.
Money 2019
Genre : Thriller/Crime
Mengenai seorang lelaki yang bekerja di bursa saham di sebuah syarikat terkemuka dan dari situ dia belajar untuk membeli dan menjual saham demi mendapat komisyen yang tinggi. Komisyen sampai berjuta juta sehingga menyebabkan pihak berkuasa pelik dan hairan macammana dia boleh dapat customer hebat. Rupanya ada dalang dan dari situ lelaki ini cuba untuk umpan dalang tu dan berkas. Cerita ini akan buat kau rasa wau mudahnya buat duit juta juta, tip dan trick jual beli saham.
A Taxi Driver 2017
Genre : Action/Drama
Pada tahun 1980, seorang wartawan mat salleh datang ke Korea untuk buat liputan mengenai kekecohan antara student dan tentera yang berlaku di Gwangju. Untuk ke sana dia perlu naik cab dan kesemua can driver tolak untuk ke sana kecuali seorang lelaki ini yang memang perlukan duit. Sepanjang perjalanan di sana, mereka nampak apa yang berlaku di sana dan dia berjumpa beberapa orang yang eventually mengajar mereka nilai kemanusiaan sebab berita ini tak diketahui oleh dunia luar so mereka perlu sokong mat salleh ini untuk tunjukkan apa yang berlaku.
Miracle in Cell No.7 2013
Genre : Drama/Comedy
Rasanya movie ini semua orang dah pernah tengok kan sehinggakan Turkey pon dah keluarkan cerita ini versi mereka di Netflix. Memang sedih dan best.
Familyhood 2016
Genre : Drama/Comedy
Tentang seorang artis yang ada segalanya tapi disebabkan oleh satu kejadian dia berkurung di rumah dan dalam masa yang sama dia ingin mencari publisiti dengan cara dapat anak, so dia pon adopt seorang teenager ini yang sedang mengandung. So dia bayar lah perempuan tu, tapi sepanjang dia jaga remaja tu, dia belajar erti kasih sayang antara manusia. Oklah cerita ini tapi lembap sikit.
Love Sling 2018
Genre : Drama/Comedy
Berkisarkan sebuah family yang ada pusat tinju. Owner pusat tinju ini ada anak lelaki dan anak lelaki dia sukakan jiran sebelah mereka tu tapi sayangnya jiran sebelah tu sukakan owner yang tua tu. So macam tarik tali sikit la tapi cerita best juga sebab kelakar terutama bila part perempuan tu nak perhatian laki tua tu sebab laki tua tu memang rapat dengan semua orang.
Fashion King 2014
Genre : Romance
Menceritakan Kim Myung seorang pelajar yang selalu dibuli dan bila dia berpindah ke sekolah lain dia decided untuk ubah sikap dan dia tersuka seorang perempuan hot di sekolahnya. Lepas tu dia memang nak ambil hati perempuan tu dan dia berguru dengan seorang stylist untuk ubah gaya dan dari situlah dia bersaing dengan boyfriend perempuan tu untuk tawan hati wanita idaman.
The Outlaws 2017
Genre : Action/Crime
Tentang sekumpulan gangster Korean Chinese yang berleluasa kegiatannya meminta duit dari orang yang berniaga. Gangster ini memang ganas sebab dia suka main kapak so lepas dia bunuh dia akan potong kaki tanganlah. Ganas mereka ini sampaikan polis terpaksa bekerjasama dengan gangster lain untuk umpan mereka ini dan berkas terutamanya ketua mereka iaitu Dragon.
Miss Granny 2014
Genre : Comedy/Fantasy
Mengisahkan seroang nenek tua yang tiba tba dia berada dalam badan seorang wanita berusia 20 tahun selepas dia mengambil gambar di sebuah kedai gambar misteri. Dari situ dia mendapat perhatian semua orang kerana gayanya yang macam nenek tetapi masih muda. Yang bestnya nenek ini memang pandai menyanyi dan konsert dia memang tiket sold out disebabkan gaya dan suara dia yang unik.
Top 5 bagi aku ialah:
1) Miss Granny
2) Miracle in Cell No.7
3) A Werewolf Boy
4) A Taxi Driver
5) Money
Thanks for reading. Pen off :)