Assalamualaikum
Weekend minggu lepas agak penat bagi aku sebab aku ada 2 run kena sertai, sabtu dan ahad. So means aku kena bangun awal tau.
Setia Colorful Fun Run
Run pertama iaitu Setia Colorful Fun Run yang berlangsung di Alam Damai Sales Gallery. Race Kit Collection pada hari Jumaat pukul 10 pagi hingga 7 malam, so nak tak nak Jumaat tu aku terpaksa masuk lambat sikit kerja sebab nak ambil race kit, nak ambil after work takut tak sempat. Nak pergi Alam Damai Sales Gallery ini senang saja ambil MRT turun di MRT Taman Connaught Pintu C then ambil grab dalam RM6 macam tu. Bas pon ada bas MRT T412 tapi bas cuma berhenti jauh sikit, tak masuk kawasan Alam Damai Sales Gallery tu, kena jalan kaki sikit, Aku sarankan korang naik grab saja sebab kawasan situ memang sibuk dengan construction nya agak bahaya kalau nak jalan kaki.
![]() |
lucky draw tapi rezeki tak berpihak padaku |
Sabtu tu aku bangun 5.15 pagi tau tapi aku tetap sampai dalam 715 pagi ke sana haha, dan sampai sampai diorang dah start race dan terpaksalah suruh grab driver tu berhenti di tepi jalan dan aku terus lari bersama diorang sebab grab driver tak boleh masuk dalam dah sebab jalan dah tutup.
Ini pertama kali aku join Colorful Fun Run dan memang best sebab penuh dengan warna warni. Fun Run ini anjuran SP Setia dan harap harap aktiviti ini diadakan setiap tahu sebab best. Selain itu terdapat juga lucky draw berupa barangan elektrik seperti tv, kitchen ware dan Iphone X. Emcee pon best tau sangat engaging dengan peserta.
![]() |
Happening sangat run ini!! |
![]() |
serbuk warna untuk lebih exciting |
![]() |
medai paling ringan pernah aku dapat dan aku suka sebab tak berat. |
![]() |
habis satu muka kena warna |
Ultron Healthy Run 2019
Run esoknya adalah Ultron Healthy Fun Run 2019 yang berlangsung di Padang Merbok. So lepas habis Setia Colourful Run, terus aku bergerak ke Padang Merbok untuk collect race kit. Nak pergi Padang Merbok ini senang saja, turun di LRT Bandaraya then ambil grab ke Padang Merbok dalam RM6 juga. Nak jalan kaki pon boleh dalam 20 minit macam tu. Masa aku pergi collect tu aku jalan kaki sebab aku ingat dekat tapi jauh jugalah nak kena lintas lagi. So ambil grab sajalah.
Ahad tu aku bangun 530 pagi tapi aku sampai LRT Bandaraya dalam pukul 715 pagi dan masa tu aku pon book grab, tapi aku pelik kenapa semua grab cancel rupanya aku lupa yang Ahad tu ada KL Car Free Morning dan banyak sangat run event lain seperti Kami Caring Run dan Mouth Cancer Awareness Run so jalan area LRT Masjid Jamek dan Bandaraya tutup sehingga 930 pagi.
Time tu aku dah buntu dah nak pergi macam mana, kalau ikutkan aku malas dah dan nasib baik aku teringat yang LRT Bandaraya ada pertukaran stesen di KTM Bank Negara so aku pon jalan kaki pergi KTM Bank Negara then dari situlah aku ambil grab. Btw Padang Merbok lagi dekat dengan KTM Bank Negara, So masa aku naik grab tu aku dah nampak 10km race dah flag off, so aku sampai sampai Padang Merbok 5km race baru saja flag off, so aku terus join lari. Dramatic sangat aku pagi tu, nasib baik berjaya habiskan run.
Sangat mencabar both running event sebab banyak bukit bukau dan it was tiring and now my feet are killing me haha. OK Thanks for reading :)