Assalamualaikum
Ahad lepas aku balik kampung sebab aku joined Damansara Unity Run 3.0, ini dah kali ketiga Damansara mengadakan Damansara Fun Run tapi tahun ni baru berkesempatan untuk menyertai sekali. Hadiah yang ditawarkan memang lumayan, ada lucky draw berupa basikal, motor, barangan elektrik seperti air fryer, mesin basuh dll. Tapi bukan rezeki aku untuk menang semua itu haha. Majlis berakhir pada pukul 11 pagi dan lepas tu terus balik rumah segarkan badan dan pukul 2 naik bas balik KL.
Majlis bermula pukul 7 pagi tapi aku sampai lambat sikit dan tak sempat untuk join warm up session di bawah ini, macam biasa run event ini organised by KRT Bandar Damansara Kuantan and event partner oleh ABC. TQ KRT BDK sebab sangat sangat membantu peserta semua. Yang bestnya ABC ini sebab gambar setiap orang mesti akan ada walaupun gambar candid tau. Walaupun aku seorang diri join gambar aku pon kira banyak tau.
![]() |
yeay ada gambar aku tengah lari 5km |
Alhamdulillah selesai juga 5km selama 30 minit lari di area kawasan perumahan saja.
![]() |
medal paling cantik pernah dapat setakat ini |
Sementara menunggu peserta 10km habiskan larian, ada aktivti dan pameran dijalankan seperti aktiviti mewarna, pameran kesihatan, ptptn, sspn etc. Sepatutnya kali ini aku berlari bersama kakak aku tapi atas sebab kaki dia bengkak, so aku sorang saja dapat join.
![]() |
pertandingan mewarna anjuran PTPTN untuk kanak kanak berumur 4-6 tahun |
Yang paling best sebab ada van milo dan van 100 plus, so 2 tempat inilah aku dok ulang alik hilangkan dahaga.
This week aku ada 2 fun run Sabtu dan Ahad ni. Wish me luck :)