Assalamualaikum
Mengantuk sangat tengah kerja ni so salah satu cara nak elakkan mengantuk adalah dengan membuat benda lain sebab aku bukan jenis yang suka pakai earphone time kerja. Aku tak suka dengar lagu sebab aku rasa benda tu macam distracted, lagi satu sakit telinga aku bila pakai earphone. So salah satu cara yang dapat elakkan aku bosan adalah dengan pergi shredding kertas, maklumlah banyak p&c bila kerja HR ni, kadang kadang tersalah print, terover print lah.
Rasa macam nak share tip mencari rumah atau bilik sewa sebab bagi aku penting kita mencari bilik/rumah yang selesa sebab kita duduk setiap masa kan. Masuk kali ini dah 3 kali aku tukar bilik sewa bukan sebab bilik tak ok, tapi sebab tukar tempat kerja. First sewa dekat Sentul even time tu kerja di Ampang jauh juga tapi tak apalah sebab dah bayar deposit dan tak tahu aku dapat branch mana. Bila aku sebut bilik sewa tu maksudnya kita sewa sekali dengan rumah tu tapi kita bayar per kepala untuk sewa bilik.
Second sewa dekat Petaling Jaya, tempat kerja pon senang saja just jalan kaki ke office. Memang jimat dan boleh bangun lambat tapi sewanya agak mahalla. Third yang sekarang ni dekat Bukit Jalil, oklah pergi kerja Cuma naik bas saja. Semua bilik sewa yang aku cari adalah daripada Mudah.my sebab bagi aku itu je app yang senang dan cepat nak nak aku ni memang jenis cerewet pilih bilik, jenis banyak tanya.
![]() |
ibilik pon ok, tapi mostly mahal |
![]() |
biasa guna mudah saja |
Antara faktor yang aku tekankan masa nak pilih bilik sewa ialah:
1) Working Distance
Dekat Mudah App senang sangat nak cari bilik sewa, Cuma filter kan saja nak kawasan mana, range berapa dan fully furnished/not. Dan yang paling penting kita boleh bookmark dan save searches so bila next time nak cari, tak payah susah susah nak filter semula. Jarak rumah sewa dengan tempat kerja pon penting sebab kita pergi kerja setiap hari, so tak nak rumah sewa tu jauh sangat, penat wei pergi balik dengan transportation cost lagi. So better amik yang dekat lagi efficient. Contoh sekarang aku kerja dekat Bukit Jalil so jarak dari office ke rumah sewa Cuma 15 minit saja.
2) Bajet
Bajet sangat penting bila kita nak pilih bilik sewa sebab tak kan senang senang saja nak amik bilik yang mahal kan, kita pon ada budget planning jugak kan, tak sanggup la aku nak habiskan gaji saja ke rumah sewa. So bajet bilik sewa untuk aku memang dah tetapkan maksimum RM250 sebulan including utility bills. Kalau dapat yang lagi murah lagi ok
3) Dealing with Owner
Lepas aku dah dapat rumah yang bawah bajet, aku akan cuba wasap orang yang iklankan bilik sewa tu. Sebab aku lebih suka deal dengan owner instead of tenant sebab aku tak suka cari replacement aku bila aku nak keluar rumah tu. Biasanya kalau tenant yang cari pengganti mesti sebab dia nak dapatkan balik deposit rumah, macam aku malas nak cari replacement so better aku deal dengan owner sendiri, so nanti bila nak keluar owner tu akan pulangkan balik deposit kita. Lagipon aku jenis banyak tanya so lagi suka deal dengan owner.
4) Access to public transport
Kenapa aku lebih suka deal dengan owner adalah sebab aku suka banyak tanya kat owner tu berkenaan dengan cara nak ke tempat kerja guna public transport. Kalau rumah sewa tu betul betul walking distance dengan lrt/ktm tak apalah, boleh berjalan. Tapi kalau kena naik bas mestilah kena survey dulu kawasan tu bas rapid lalu tak. Aku lebih suka rumah sewa tu dekat dengan lrt sebab tak payah tunggu lama. Macam bas ni kena ikut waktu bas kadang kadang on time kadang kadang hampeh. Macam rumah sewa aku dulu di PJ bas rapid memang lalu selang 15 minit weekday, weekend pula selang 30 minit oklah dan ada bus stop, so bolehlah kita berteduh daripada hujan dan panas. Macam rumah sewa aku sekarang ni di Bukit Jalil, bus stop dah la tak ada, tunggu sajalah tepi tepi jalan tu, lepas tu bas pulak selang sejam tak ke naya kalau terlepas bas. Tapi tak apalah semua tempat ada pro and con kan.
5) Fully Furnished
Ini pon penting bagi aku, bila aku dah dapat bilik dalam range yang sesuai, aku akan tengok pula whether bilik tu fully furnished/semi furnished/not furnished. Disebabkan aku asal Pahang, so memang jenis malas nak mengangkut barang dari rumah, so better aku pilih rumah yang dah siap semua , kita just bawak baju saja. Senang nak pindah dan barang pon tak banyak
6) Utility bills
Aku agak teratur orangnya, disebabkan teratur maka aku lagi suka kalau sewa aku tu termasuk sekali dengan bil api dan bil air, sebab tak sukalah nak catu penggunaan lepastu nak divide sesame tenant. Masa aku sewa dekat Sentul dulu, sewa bilik exclude dengan utility bill. Sewa bilik time tu RM180 tapi kami bayar setiap bulan around RM200-RM210, bil api + air lebih kurang RM20-RM30 seorang.
7) Deposit
Satu lagi bab deposit. Ada yang aku jumpa berkenan, sewa ok, bilik cantik tapi bila tanya deposit berapa mak oi mahalnya. Ok lagi kalau 2 + 1 / 1 + 1, ini ada yang deposit saja lagi mahal dari sewa bulanan. 2 + 1 tu maksudnya 2 bulan deposit + 1 bulan sewa sekarang contoh sewa bulanan rm150. So deposit korang kena bayar adalah rm150 + rm150 = rm300, sewa sekarang rm150. So korang kena bayar total adalah rm450. Biasanya deposit tu owner akan pulangkan balik bila kita nak keluar nanti. Owner just nak pegang takut ada apa apa berlaku contoh kita lari ke.
Ada pula yang macam ni 2 + 1 + rm100, biasa rm100 tu untuk utility, tu biasa yang sewa including utility bill. Tapi biasanya deposit boleh bayar ansur ansur. Ada rumah yang tak ada deposit langsung lagi bagus kan, tapi risiko lah mungkin owner jenis yang tak bertanggungjawab dengan kelengkapan rumah ke.
8) Bilangan tenant
Bilangan tenant pon penting dalam satu rumah supaya taklah macam tin sardine sangat. Dekat Sentul, memang tak berapa nak selesa duduk menyewa sebab satu bilik share 4 orang (katil double decker) lepas tu bilik pula ada 6 so bayangkan lah kami share 1 rumah lebih kurang 20 tenant, memang crowded tapi best juga menyembang ramai ramai. Bilik air pula ada 4 tu pon berebut juga pagi pagi pergi kerja. Tapi bertahan sajalah sebab ada wifi rumah tu haha. Bilik sewa kat PJ dan sekarang ni oklah rumah apartment dan kami sewa 5 orang 1 rumah.
9) Tengok rumah
Lepas dah dapatkan bilik sewa yang berkenan di hati step terakhir sebelum nak booking bilik ialah tengok rumah dulu. Macam aku jenis yang malas nak tengok rumah sebelum masuk, so aku lebih suka mintak gambar rumah dekat owner, lagi bagus kalau datang tengok kan. Dan please mintak gambar updated.
10) Info tambahan
Ada juga rumah sewa yang memang provided sekali dengan wifi/unifi itu memang best, best kalau lajulah. Tapi kalau tak ada pon tak apa sebab masing masing ada data sendiri kan, Cuma kena catu jelah. Tapi bagi aku, aku lebih prefer rumah tu ada astro sebab aku jenis tengok tv, suka tengok tv berbanding tengok fon. Lantaklah cerita tak menarik pon, tetap aku tengok.
Satu lagi sebelum bayar deposit tu kenalah tanya owner tu, kawasan situ selalu kena gangguan elektrik atau bil api tak. Tapi biasanya owner ada yang tak jujur sangat kan, bila dah bayar deposit baru kita diberitahu tentang kawasan tu macam mana. Macam aku sewa kat Sentul dulu, ya Allah boleh kata setiap minggu air selalu tak ada, bayangkan nak pergi kerja pagi pagi, siapa yang bangun lambat tu memang kena mandi kat ofis ataupun mandi dekat UTC Sentul. Itupon nasib baik UTC ada air, kalau tak ada habis satu LRT bau kepam sebab sorang tak mandi. Hahaha
_________________________________________________________________________________
Mostly rumah yang aku sewa semua apartment dan nasib baik tak dapat floor yang tinggi sangat, penat wei nak tunggu lif semua. Dan yang paling penting boleh memasak sebab aku ni jenis cepat lapar, so kalau lapar boleh masak walaupun masakan tak sedap mana tapi telan sajalah dah makan sorang kan.
Erm itu baru masuk bab nak pilih rumah sewa, belum masuk lagi adab sewa ramai ramai, seriously korang akan jumpa bermacam macam jenis housemate bila kita sewa. Ada yang ok tu oklah ada pula yang tak ok tu memang rasa nak penampar saja. Yang pasal tip nak handle housemate/roommate tu aku share kemudian haha sebab macam macam jenis perangai aku jumpa.
OK Pen Off, Thanks for Read :)