Assalamualaikum
Ahad lepas kami pergi makan di Lena Cafe yang terletak di Jalan Besar. Penat juga mencari cafe ini sebab buka waze/maps mesti tak jumpa cafe itu sampaikan kami terpaksa call Lena Cafe dan dia pon bagi location. Kami ingat Lena Cafe ini area Kotak Kalam/Tjantek, rupanya Lena Cafe ini sebelum tu lagi dan bersebelahan dengan kedai komputer TGA Computer Sale and Service. Then kepala korang kena melilar lilar sikit cari cafe warna putih Lena Cafe. 5 kali kami pusing area ini tau sampailah jumpa akhirnya.
Masa kami pergi itu orang pon tak ramai dan kami makan kat area depan saja. Kat sini menu tak banyak pilihan tak ada kopi brew.
Kami minum:
Coklat Ais = Rm8
Kopi Disember Ais = Rm10
Kopi Disember tu macam kopi susu cuma dia guna fresh milk.
Kami makan :
Balado Chicken with Butter Rice = Rm15
Aglio Olio Spaghetti = Rm25
Macam nasi ayam penyet cuma nasi dia nasi butter. Nasi sedap, pedas just nice dan ayam senang makan sebab dah potong siap siap dan ada tempe garing. Aglio Olio pula sedap juga cuma kat sini portion dia tak banyak sangat so lepas makan sini, kami pergi McD pulak haha.
Dekorasi dan hiasan cafe sini cantik macam kat rumah pula.
![]() |
kena ingat entrance ini sebab senang nak cari Lena Cafe nanti |
Thank you for reading. Pen down!!!