Quantcast
Channel: ! acuyuhan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Hiking Bukit Pelindung via Teluk Chempedak

$
0
0
Assalamualaikum

Kali ketiga hiking di Bukit Pelindung baru berjaya ikut trek Teluk Chempedak maksudnya bermula di kawasan perumahan Pelindung dan berakhir di Teluk Chempedak. Aku mula daki pukul 7 pagi, then 7.40 pagi aku dah siap turun, memandangkan masih awal lagi so aku pon cuba trek Teluk Chempedak tapi aku tunggu orang lain dulu masuk then baru aku masuk sebab aku sorang saja dan first time ikut trek tu jadi aku perlukan orang untuk bertanya. Jadi aku pon ikut kakak 2 orang kat bawah ini. Boleh tengok entri ini untuk laluan biasa Bukit Pelindung.


Kat bawah ini pintu masuk ke Teluk Chempedak, korang boleh cycling juga kat sini sebab ada laluan cycling di buat. Bagi aku trek Teluk Chempedak ini oklah macam trek dekat bukit lain tapi memandangkan aku seorang tak berteman so mencabar bagi aku sebab 45 minit juga kita terokai laluan ini dan orang tak ramai so kita seorang kena hati hati lah. Laluan TC lagi lama berbanding laluan Bukit Pelindung, Bukit Pelindung dalam 1.4 km tapi TC lebih kurang 2.7 km.


Sebelum masuk boleh tengok map bawah ini sebelum korang buat keputusan nak masuk ke tak nak. Better masuk waktu pagi dan dalam keadaan orang ramai. Trek TC ini senang saja just ikut laluan yang orang biasa lalu, lagipon situ sini memang ada signboard.


Mula mula korang akan jumpa tangga bawah ini, kemudian akan jumpa batu besar so kena berpaut sikitlah. Dalam trek TC ini yang aku perasan banyak sangat batu batu besar sebab dekat area pantai kan.




Tempat rehat pon ada macam atas ini


Kreatif batu bawah ini, dilukis seperti bentuk ikan jerung


Ada Hiking Trail dan Cycling Trail.


Bila kau dengar saja bunyi pantai, menandakan kita dah nak ke garisan penamat dan rasa macam happy gila sebab dah nak habis. So aku pon terus call kakak aku supaya pickup dekat TC sebab aku dah penat gila nak patah balik, bukan nya dekat tau hampir sejam juga. Bawah ini bila nampak jambatan atau sinaran matahari sambil dengar bunyi pantai dan angin kuat maksudnya dah nak habis dah trekking.


Kemudian korang bolehlah enjoy pemandangan pantai dan main main di area sini. Tapi masa ini aku memang cepat cepat nak balik sebab lapar gila.


Matahari pon baru nak naik. Perjalanan aku hiking daripada Bukit Pelindung sehingga ke TC adalah selama 1 jam 44 minit.


Oh ya jangan lupa alang alang dah kat TC, semadikan gambar anda bersama signboard bawah ini. Signboard baru letak tau aku pon baru perasan "Sayangi TC Utamakan Kebersihan"

Thanks for reading Pen down :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Trending Articles


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


From Male to Female


Arbol genealogico para colorear


Sapos para colorear


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.4 by Vimeo Inc


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


Top 100 Tagalog Love Quotes Collections Online


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.