Assalamualaikum
Semalam tolong mak kat dapur alang alang belajar sekali buat Serunding Ikan yang mudah dan cepat. Memang puas hati makan serunding ikan ini sebab ikan banyak tak macam jual kat luar yg kurang ikan kan. Rupanya ada banyak versi buat serunding, ada letak santan, letak kelapa. Tapi kali ini aku nak kongsikan resepi Serunding Ikan tanpa santan dan kelapa tapi sedap dan mudah.
Bahan Bahan
A (blend)
- 1 labu bawang putih
- 1 1/2 kg bawang holland/besar
- 1 inci halia
B (rebus dan blend)
1 mangkuk cili kering
C (rebus dan perisi)
3kg ikan selayang/kembong/lolong atau lain lain
1 sb garam
2 sb gula
Cara Cara
Blend hancur bahan A, kemudian rebus cili dan blend juga. Dalam masa yang sama siang ikan, rebus dan perisikan ikan. Tulang jangan ambil ye.
1) Panaskan multi cooker dengan minyak yang banyak, kemudian masukkan bahan tumis A. Kelebihan kalau letak banyak bawang ini nanti serunding akan jadi lebih manis daripada bawang tu dan tak perlu nak letak msg lain.
2) Selepas itu, tak tunggu garing pon tak apa terus masukkan bahan kisar B. Kacau sebati
3) Kacau bila 2 bahan tu agak kering sikit boleh masukkan isi ikan tadi dan kacau. Kemudian masukkan garam dan gula.
4) Part ini lama sikit sebab kena tunggu so better just letak medium heat saja. Selang 10 minit kena kacau sampai serunding kering. Dah kering dan sejuk bolehlah blend kasar serunding tu untuk serunding nampak lebih halus dan gebu.
SIAP!!!
![]() |
Masa ni tak blend lagi serunding. so nampak besar besar isi kan |
Kat bawah ini dah siap blend halus. Nak masak serunding memang lama so better guna multicooker, sebab kalau masak atas periuk/kuali korang penat kena tunggu. Kalau rajin boleh buat popia simpul atau makan saja dengan roti kan atau pulut/ketupat.
Thanks for reading. Pen off :)