Quantcast
Channel: ! acuyuhan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Hiking Bukit Hatamas

$
0
0

Assalamualaikum

Dah lama sangat tak hiking, last hiking bulan September tahun lepas, Hiking Bukit Panorama Kuantan. Tiba tiba Jumaat lepas Warda officemate ajak pergi hiking sama Sabtu lepas di Bukit Hatamas since bukit itulah yang paling dekat dengan kami. So aku pon on sajalah. Bukit Hatamas ini Bukit Ah Pek orang panggil, so kami bermula di Cheras Awana dan mengambil masa 3 jam hiking Bukit Ah Pek dan Bukit Saga, dua dua bukit ini memang connected sebab tu lama pendakian ya. Ini kali kedua aku hiking di sini, kali pertama dulu tahun lepas bulan Mac juga dalam entri ini.





Kami bermula pukul 745 pagi dan berakhir pada pukul 1045 pagi. Disebabkan bukit ini banyak jalan keluar dan masuk so better korang ingat jalan, balik ikut laluan sama korang masuk. Kalau tak korang memang akan sesat macam kami haha. Ini kali kedua aku pergi sini, kali pertama kami pergi under group so pendakian selama 5 jam sebab kami pergi waterfall Bukit Saga, memang cantik dan curam. Kali ini kami pergi bertiga so kami kena ringan mulut tanya orang sebab takut sesat.





ini dekat station 2

Kat bawah ini puncak bukit masa ini boleh stop kejap ambil gambar dan ambil nafas hahha sebab penat gila.




Nasib baik cuaca tak panas, cuma gloomy saja.



Lepas habis bergambar kami boleh salah masuk laluan dan keluar arah bukan kami masuk. Time tu dah rasa pelik dah sebab tak ada orang, nasib baik kami bumped into uncle bawah ini dan dia suruh kami follow dia. Tak pernah pernah aku lalu kawasan kolam ikan bawah ini.


kawasan ternakan ikan

Walaupun ini kali kedua aku daki sini tapi tetap aku tak dapat pergi tempat yang sama aku pergi dulu. Aku tak singgah pula station 3A, 5 dan 6. Aku cuma singgah station 2 dan station baru yang bawah ini. Station bawah ini ada pool dan boleh mandi, ada mini waterfall. So uncle tu bawak kami ke sini untuk berehat dan ambil gambar. Kemudian kami balik ikut arah yang uncle tunjukkan sebab time tu uncle nak daki tempat atas lagi.




Kat rest stop ini sepatutnya ada orang berniaga tapi kedai tutup banyak.




Balik balik tu memang penat gila sebab kami tak bawak bekal makanan, kami just bawak gula gula dan air. Sepatutnya korang kena bawak light refreshment sebab kita tak tahu berapa lama kita dekat atas, bukit ini bukan macam bukit biasa yang laluan senang. Bukit ini memang mencabar.


kat bawah bawah tu memang ada orang jual buah dan air kelapa

Balik tu kami terus melantak makan nasi lemak, nasi goreng, roti kosong dan roti telur beserta kopi ais dan milo ais. Memang penat dan busuk gila badan haha
Thanks for reading. Pen off :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.