Assalamualaikum
Minggu lepas aku research klinik gigi di area berdekatan rumah so jumpalah Klinik Gigi SP yang terletak berdekatan LRT Salak Selatan. Nak tak nak tahun ini memang aku kena cek gigi sebab tahun lepas aku tak dan nak cek gigi. So disebabkan rumah aku jauh dengan UTC Sentul, aku rasa aku kena pergi private dental. Carila yang harga berpatutan dan dekat sebab aku nak buat scaling dan teeth whitening. Ini first time aku pergi private, last scaling masa 2018 di UTC Sentul, itupon dia just cuci gigi atas, gigi bawah kena pergi lain waktu maklumlah ramai gila orang.
Dental ini best sebab dia buka malam so tak perlulah aku nak ambil cuti kan, so after kerja terus pergi jumpa doktor. Sebelum tu aku dah buat appointment dengan staff tu untuk cek 8 malam. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah buat teeth whitening dan ini first time buat tau haha. Nanti aku bagitahu harga teeth whitening tak sampai Rm500 pon.
Dental ini terletak sebelah Klinik Mediviron dan atas KK Mart, masuk masuk terus rasa tenangnya klinik ini dan sejuk saja dengan alunan muzik yang ringan saja. Aku rasa aku patient last sebab klinik tutup pukul 9 malam. Lepas daftar tu, tunggu 5 minit untuk staff prepare barang dan terus Dr panggil masuk. Dr tu baik dan ramah, jumpa jumpa saja dia greet "Hi, Selamat Datang" haha aku rasa macam check in hotel pula. Oh ya sebelum buat teeth whitening, wajib buat scaling/polishing dulu.
![]() |
luas juga klinik, jenis memanjang |
Scaling
Scaling memang akan rasa sakit dan nyilu sikit sebab nak buang karang gigi kan. Tapi aku perasan sebelum scaling, dr ada sapu gel dekat gigi dan rasa macam sejuk gigi mungkin untuk kurangkan rasa sakit. Sebelum ini aku buat scaling kat government tak pernah pulak dr sapu tu. Sekejap saja scaling bergantung pada banyak mana karang gigi ko. Masa aku pergi ni ada promotion untuk scaling dan whitening.
Scaling Cost : Rm100 per each tapi kalau bawak kawan harga jadi Rm150 untuk 2 orang.
Disebabkan aku buat sekali dengan pakej whitening so scaling dia charged Rm70.
Whitening
Lepas scaling terus dia pakaikan pembuka mulut tu, dan kita kena gigit benda tu untuk dia sapu gel dekat gusi dan pakaikan alat warna biru tu di antara celah gigi. Then dia akan set whitening LED timer selama 20 minit, biarlah macam tu sampai habis masa. Sementara menunggu tu, staff adalah terangkan cara penjagaan gigi selepas buat whitening. Kita memang tak boleh nak cakap so angguk geleng saja la, mulut dah kena nganga bawah lampu tu. Tak rasa apa pon masa buat whitening ini cuma aku dapat rasakan yang gigi aku berdenyut sikit. Sebelum sesi whitening mula, dr akan ukur warna gigi dulu untuk bandingkan before and after whitening. Lepas tu dorang ambil gambarla untuk simpanan dorang. Whitening promo bermula dengan harga Rm299.
Ada 2 jenis pakej Whitening:
1 jam = Rm799 (included scaling/polishing)
20 minit = Rm299 (excluded scaling/polishing)
Aku ambil pakej 20min saja sebab ini baru first time aku nak cuba aku nak tahu apa rasa dulu. Beza 2 pakej ini dari segi duration tu, kalau lagi lama lagi putihla gigi. Aku ambik pakej 20 min pon aku rasa lenguh mulut dan nak telan air liur macam susah. Cuba bayangkan kalau 1 jam, tapi jangan risau setiap 20 min, rest, 20 min, and rest lagi, and 20 min last. Oklah walaupun 20 min bagi aku tetap ada perubahan warna dan lebih cerah sikit. So kalau nak lagi putih amiklah yang sejam lagi berbaloi kan. Biasa kalau korang nampak kat mana mana harga whitening Rm700 ke atas tu maksudnya memang full treatment 1 jam. Tak surela ada certain dental included dengan scaling, ada yang tak. Oh ya lepas habis whitening, dia akan bagi mirror kat kita untuk kita tengok perubahan sebelum dan selepas dan dr akan tanya samada nak proceed untuk 1 jam pakej atau pon stop. Kalau korang nak putih lagi sebab tak nampak perubahan ke, boleh saja proceed lagi.
Disebabkan aku datang sorang aku tak ambil gambar pon tapi korang boleh google sendiri whitening process tu macam mana. Lepas scaling dan whitening, macam biasalah kena kurangkan caffein, makanan pewarna dan gula. Nak makan boleh tapi lepas tu terus kumur/berus gigi. Dinasihatkan juga guna ubat gigi yang memang jenis whitening untuk bagi warna gigi kekal lebih lama. Gigi lepas scaling dan whitening, ada rasa nyilu dan sensitif sikit biasalah tu sebab tu dr pon cadangkan guna Sensodyne. Sapu dulu ubat gigi di gigi, biarkan seketika then baru berus.
Tengoklah gigi aku di bawah ini:
![]() |
gigi saya dah putih, kini lebih yakin untuk senyum. |
Tapi whitening ni takla menjanjikan putih gila gila gigi itu, putih tu sehingga kembali warna asal gigi saja. Tapi kalau korang nak putih gila macam hollywood smile dan macam putih mangkuk tandas tu kenalah buat Veneer. Lagi mahal kosnya dan lagi tahan lama. Bagi aku dental ini bagus sebab dia bagi peluang untuk kita buat whitening walaupun hanya 20 min sebab ada orang lepas buat 20 min, dia dah nampak perubahan dan excited terus ambil 1 jam pakej.
Jangan lupa grab promotion sekarang ini dan boleh check it out Ig SP Dental :)