Assalamualaikum
Minggu lepas teammates kami, Wani datang KL all the way from Singapore sempena farewell boss kami dan juga handover kerja kat orang baru. So dia pon datang bawak buah tangan sebab dia tahu how much we like to munch. LOL. Wani bawa coklat kesukaan semua iaitu M&M's new flavour memang sedap gila. Rupanya M&M Chocolate Candies dah ada family size so boleh kunyah puas puas. Selama ini aku cuma pernah cuba rasa chocolate and peanut, dan kali ini dapat cuba perisa lain iaitu peanut butter dan caramel.
M&M's Salted Caramel (Limited Edition)
![]() |
limited edition guys!!! |
Memang sedap salted caramel tapi agak manis sikitla dan korang tak boleh gigit sebab keras caramel kat dalam tu. So korang kena hisap sampailah dia lenyap. Boleh beza tau bentuk caramel ini, bentuknya lebih bulat dan besar sikit. Rasa dia macam minum Starbucks Salted Caramel Latte. haha
M&M's Peanut Butter
Yang ini memang top flavour dan bentuknya agak leper berbanding caramel. Beza tau peanut butter and peanut flavour. Peanut butter ni ada rasa masin butter tu. Kalau peanut butter saja dia just letak kacang dalam tu. Aku lagi suka yang ini, sedap rasa dia macam ko makan waffle perisa peanut butter chocolate hahaha.
Antara perisa lain yang terdapat di pasaran adalah Almond, Cookies, Chocolate, mix flavour dan pretzel. Tapi aku tak sure boleh dapat di mana, tapi yang aku tahu korang boleh dapatkan di Shoppee atau Langkawi.
Thanks for reading. Pen off :)