Assalamualaikum
Semalam ikut parents pergi menghadiri walimah dua pupu ayah di Kuala Nerus. Kami gerak dalam pukul 930 pagi dan sampai 11.30 pagi di sana. Oleh sebab kami sampai waktu orang tak ramai so bolehla kami makan dengan tenang dan ambil gambar semua. Tapi sayangnya aku terlupa nak ambil gambar pengantin.
![]() |
goodies berupa waffles dan telur |
![]() |
confectionery booth |
Sementara menunggu mak ayah menyembang dengan saudara mra, aku pon sempatlah menulis ucapan kepada pengantin dan merupakan orang pertama yang buka buku wedding notes tu. Happy sangat tengok mak ayah jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa, aku pon kenal juga tapi cam muka saja.
![]() |
dais |
Kat sini konsep dia meja memang tak banyak, tapi kerusi memang diletakkan di tepi tepi. So konsepnya makan atas kerusi saja kalau meja tak cukup nasib baiklah cuaca tak hujan dan kami dapat makan atas meja sebab banyak sangat side dishes yang kena cuba semua.
Lauk yang disediakan antaranya gulai daging, ayam masak merah, sayur labu air, acar, ikan masin, yang dimakan bersama nasi minyak/nasi putih. Di sini kuih pula antaranya cara berlauk, bubur pulut hitam, seri muka dll. Air pulak ada 3 jenis iaitu asam boi, sunquick dan sirap.
Tahniah pengantin,
May Allah showers your marriage with his blessings and granted ur family with kids, longevity and anything that you two wishes for.
![]() |
cake |
Thank you for reading :)