Assalamualaikum
Jumaat malam yang lalu kami satu team pergi makan di luar lepas kerja sempena menyambut birthday Lawrence. Birthday Lawrence sepatutnya 28 Dec, tapi memandangkan ramai sangat cuti waktu lepas Christmas sehingga new year, so kami decided nak celebrate awal. So dorang pon pilih nak makan di Sukiya Mytown, Sukiya ni macam Seoul Garden la tapi lagi berbaloi Sukiya berbanding Seoul Garden kot. Sukiya ni memang sentiasa ramai dengan orang, so kami kena walk in untuk booking 10 orang kami. Ini first time aku makan di Suki-Ya sedap juga dan puas hati.
![]() |
so boleh pilih bahan untuk dimasak |
Sukiya ni buffet ye so for adult Rm41.80, berbeza dengan lunch, lunch lebih murah iaitu Rm34.80. Untuk kids pula 5-11 yo adalah half prices dari adults. Tapi kalau korang makan waktu weekend atau public holiday, harga kena tambah RM3 sebab peak times kan.
![]() |
ada manual untuk first timer yang diletakkan atas meja |
Makanan di sini memang fresh, dan staff mereka sentiasa topup bahan bahan dan kuah. Servis agak cepat dan mereka pon sentiasa alert dengan suasana di restoran.
![]() |
aneka sos dari yang tak pedas sehinggalah pedas berasap |
Bila teammates pilih bahan bahan, aku sibuk nak ambil gambar makanan sebab excited banyak gila makanan tau. Frozen foods yang aku paling suka adalah cheesey fish ball dan kerang.
![]() |
sushi dan gimbap pon ada |
Daging yang dihidangkan adalah beef, chicken and lamb yang memang disediakan atas meja customer. Tapi contoh kalau korang tak makan lamb, boleh mintak tukar yang lain. Nipis saja daging yang dipotong untuk memudahkan daging cepat masak dan senang digigit. Selain meat slices, mereka juga hidangkan meat balls di atas meja iaitu chicken ball dan meat ball.
![]() |
sebelah kanan sup tomato dan sebelah kiri sup kimchi. daging dihidangkan dalam stack tu. |
Kuah pula ada 3 jenis yang dihidangkan iaitu sup kimchi, sup tomato dan sup sukiyaki. Yang paling sedap bagi aku adalah sup kimchi sebab lebih pedas dan tak masam, sup tomato pula rasa plain tak pedas pon manakala sup sukiyaki rasa macam kicap manis macam tu.
![]() |
sup sukiyaki yang berwarna hitam tu |
Bila dah jemu makan steamboat, boleh bangun untuk ambil pencuci mulut seperti aiskrim dan buah. Ais krim sedap sangat dah macam family mart, soft icecream ada 2 perisa iaitu Sea Salt dan Chocolate, paling sedap adalah mixed dua perisa tu. Boleh makan dalam kon atau dalam cup dan boleh letak topping seperti nata de coco, chocolate rice dan cornflakes. Air pula ada banyak perisa antaranya lemon tea, coke dan green tea.
![]() |
Mixed flavor icecream |
Lepas dah kenyang tu, boleh jalan jalan nearby store dan masuk balik untuk sambung makan hahha. Kenyang sangat makan dan seluruh pakaian bau steamboat.
![]() |
Our havoc styles hahha |
Thanks for reading, Pen off