Quantcast
Channel: ! acuyuhan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Tempat Menarik di Ho Chi Minh

$
0
0

Assalamualaikum

Berakhir sudah entry berkaitan HCM dan kali ini aku nak summarize tempat tempat yang perlu dilawati jika anda di HCM. Kalau ikutkan kami nak pergi Dalat sekali tapi tak sempat sebab jadual packed.


1) War Remnant Museum



Tiket masuk 40k VND dan muzium ini menarik sebab ada 5 tingkat tak silap dan setiap tingkat menceritakan tentang peristiwa yang berlainan. Boleh baca sini untuk lebih detail tentang aktiviti kami di sana.


2) Saigon Zoo and Botanical Garden




Tiket masuk 50k VND, sayangnya kami pergi waktu flora baru ditanam dan tak banyak pokok untuk bergambar. Tempat ini besar dan tak sempat nak masuk semua sebab rushing.


3) Notre Dame Basilica Church




Aku tak tahu sampai bila renovation untuk church ini sebab macam lama saja renovation dibuat tak siap siap. Cantik church ini dah macam palace tapi waktu ini nasib aku tak baik sebab sejurus saja aku keluar van untuk ke church, terus bag, handfon dan tangan aku ditimpa tahi burung. Kawasan ini berangin dan banyak burung beterbangan so jaga jaga ye. No entry fee.


4) Central Post Office




Bertentangan dengan church, boleh lintas jalan untuk ke Central Post Office dan senibina bangunan ini memang menarik. No entry fee boleh masuk dalam sebab dalam lagi cantik.


5)Hard Rock Cafe



Bandar HCM ini dekat dekat saja dan bangunan cantik cantik pon berdekatan dan walking distance. Cuma kena hati hati waktu melintaslah sebab sana banyak motor. Hard Rock Cafe ini kami tak beli apa pon just bergambar depan giant guitar saja.


6) Starbucks




Cantik sangat Starbucks HCM sebab besar, lapang dan tak packed. So kami pon lepakla sini sementara menunggu hujan reda. Starbucks bersebelahan saja dengan M Plaza dan Hard Rock Store.


7) Ben Thanh



Kalau waktu siang korang boleh shopping dalam Ben Thanh sebab sini murah dan banyak pilihan. Tapi jangan sesat ye sebab sini banyak entrance dan kawasan ini besar. Boleh baca sini untuk lebih detail.


8) Malaysian Street




Ok bila malam korang boleh shopping di Malaysian Street atau Ben Thanh Night Market sebab malam bangunan Ben Thanh tutup so peniaga akan menjual di luar pulak. Macam macam yang dijual antaranya makanan, pakaian, beg dll. Peniaga sini pon pandai tarik customer dengan ayat ayat melayu yang manis. Kat sini korang boleh beli kopi vietnam, bingka ubi, banh mi dan kacang teratai. Kat sini pon boleh shopping siti khadijah, naelofar, ariani, duck tapi semua imitation sajalah. Kalau korang nak yang lebih kualiti boleh beli di Kedai Rohani Collection kualiti hampir sama dengan yang asal dan memang sedap pakai. Rohani Collection memang betul betul sebelah hotel kami Hotel AEM.


9) Massage



OK malam terakhir kami di HCM, aku dan kakak aku pergi massage sebab penat 3 hari berjalan. Nasib baik tingkat bawah hotel kami ada servis massage so kami pon cubalah. Aku buat massage kaki manakala kakak aku ambil pakej kaki dan badan. Memang sedap dan berbaloi. Haha tempat baring dia pon terlindung dari orang ramai, ada langsir yang menghadang.


10) Independence Palace



Independance Palace ini kami tak sempat singgah tapi kami lalu saja so tak surelah boleh masuk ke tak. Cantik bangunannya.


11) Coconut Candy Dat Duo




Coconut Cady Workshop terletak agak jauh dari HCM so untuk ke sana kami ambil pakej Bismillah. Pakej ini bawak sekali ke Mekong Delta dan tempat tempat lain areanya.


12) Mekong River




Aktiviti yang paling suka adalah naik sampan 2km sepanjang Mekong River. Walaupun hujan rintik rintik tetap kami gagahkan juga untuk naik sampan despite kawasannya sangat licin. Boleh baca entri ini untuk lebih detail.


13) Chu Chi Tunnel




Chu Chi Tunnel ini antara tempat yang korang wajib pergi kalau dah ke HCM sebab inilah landmark Vetnam dan banyak sejarah yang kita boleh belajar dari zaman penjajah contoh macam cara mereka survive, sembunyi, masak dll, Lebih kurang 2 jam perjalanan ke Chu Chi Tunnel dan again kami ambil pakej Bismillah untuk ke sana. Boleh baca sini untuk lagi detail mengenai Chu Chi Tunnel.





Kat atas antara itinerary kami bersama Bismillah Tours, tour guide speaks english well. So korang boleh tanya macam macam kat dia. Boleh check out FB Bismillah Tours dan office nya hanya terletak di Malaysian Street saja so boleh walk in di sana. Selain pakej ke sana, ada banyak lagi pakej lain contoh pakej ke Dalat, Hanoi dan semua yang dalam Vietnam.

Kat bawah aku senaraikan budget kami kat sana 4H 3M per pax

Flight Return = RM376.15 (makan/luggage/insurances)
Pakej Bismillah (Chu Chi Tunnel & Mekong) = RM105
Transportation around HCM (Grab) = RM30
Transportation to KLIA return = RM40
Simcard vinaphone = RM18
Miscellaneous = RM75
Makan = RM100
Hotel = RM150

Total = RM900

Rasanya boleh kurang lagi kalau korang jenis yang tak makan beriya, kat HCM boleh terima RM so aku tukar duit RM300 bersamaan 1,664,000 VND dan RM200 aku bawak duit Malaysia. So total dalam RM1400 aku habiskan termasuk shopping ke sana.
Thanks for reading. Pen Off :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes