Assalamualaikum
Hari ketiga di HCM pon kami perlu bangun awal pagi untuk pergi ke Chu Chi Tunnel yang mengambil masa 2 jam ke sana, kali ini kami menaiki van Bismillah Tour disebabkan pengunjung tak ramai. Tapi sebelum sampai ke Chu Chi Tunnel, kami dibawa ke Linda nak shopping baju, blouse, baju kurung, seluar dll. Linda ada 4 tingkat so kami perlu naik tingkat atas dulu sebab paling murah adalah di tingkat atas sekali then turun setiap tingkat. Nasib baik 4 tingkat kalaulah 6 tingkat mesti setiap tingkat kami borong. Lepas tu barulah sampai di Chu Chi Tunnel.
CHU CHI TUNNEL
Kawasan Chu Chi Tunnel ni memang besar dan luas, setiap port tour guide kami akan ceritakan serba ringkas mengenai sejarah di sini. Sebelum sampai ke Chu Chi Tunnel kami perlu jalan di laluan bawah ini jauh jugalah.

Tempat pertama kami singgah di kawasan air bawah ini. Air ini adalah tempat di mana helikopter yang membawa askar akan turunkan askar dari atas ke dalam sungai ni, so dia main campak saja dari atas tanpa mendarat.
tempat askar diturunkan |
Chu Chi Tunne l ni memang luas dan dalam dah macam kawasan semut dah |
Kemudian, kami singgah di tempat famous ini dibawah. Ini adalah antara tempat persembunyian askar vietnam waktu dulu. Sangat sempit dan kecil ruangnya. Nak masuk pon boleh tapi kami tak masuk pon. Seluruh laluan Chu Chi Tunnel ini sudah ditutup di bawah melainkan beberapa tempat saja untuk tujuan sejarah. Kat sini memang ramai gila caucasian yang datang dari setiap pelusuk negara.
![]() |
cara mereka bersembunyi |
![]() |
yang ni antara perangkap2 yang digunakan oleh askar vietnam untuk menyerang askar amerika |
Kat bawah ini pula macam busut kan tapi sebenarnya inilah tempat askar vietnam bernafas dan melihat sasaran mereka. Btw saiz badan rakyat vietnam memang jenis kecil sebab tu mereka designed tunnel tu betul betul ikut badan mereka taklah seperti badan US yang sasa.
tempat sasaran |
Bagi sesiapa yang ingin rasai pengalaman melalui lorong Chu Chi korang boleh masuk tunnel bawah ini. Tak lama pon tapi memang kecik ruangnya dan kita perlu menunduk. Bila keluar saja terus berpeluh peluh sebab kawasan bawah agak panas dan sesak tapi oklah untuk pengalaman baru.
![]() |
sebelum masuk tunnel |
Lepas habis kami melawat satu kawasan Chu Chi Tunnel, kami dibawa untuk menjamu selera makanan ruji rakyat vietnam iaitu Ubi Kayu bersama kacang/gula. Sebelum tu kami basuh tangan dulu di bawah ini. Sangat sejuk airnya.
![]() |
basuh tangan dan muka dulu |
Cara masak rakyat Vietnam pada zaman dulu sangat kreatif kerana untuk mengelakkan daripada askar US ternampak asap semasa mereka masak, so vietnamese akan masak pada waktu pukul awal pagi sebab waktu awal pagi kan cuaca akan ada kabus, so asap yang mereka masak tu askar US akan ingat yang itu sekadar kabus pagi. Satu lagi mereka akan masak dalam timbunan kayu dan daun di bawah ini untuk kurangkan bau dan kabus.
![]() |
masak di dalam tanah |
So inilah makanan harian mereka. sedap sebab kami lapar sangat so habiskan semua. selain itu kami dihidangkan juga dengan air teh |
![]() |
bergambar bersama replika presiden Vietnam |
Sebelum balik kami tengok dulu video selama 20 minit untuk lebih faham mengenai peperangan ini. Tapi tak sampai 20min kami dah bla dah sebab mengantuk dan lapar.
![]() |
dah macam wayang lama lama pulak |
NOTRE DAME CATHEDRAL CHURCH
Selepas berakhirnya lawatan ke Chu Chi Tunnel, kami minta van drebar untuk drop kami di Pink Church yang famous di HCM. Church ni masih lagi renovation tapi rekabentuk nya cantik seperti palace.
SAIGON CENTRAL POST OFFICE
Then, bertentangan dengan Notre Dame Church, kami crossed jalan untuk ke Central Post Office. 2 tempat ini memang menjadi tumpuan pelancong. Unlike church, Central Post Office pelawat boleh masuk dan boleh pos poskad kepada yang tersayang.
interior design pon cantik |
Lepas habis melawat tu kami jalan jalan Hard Rock Cafe yang akan aku publish next entry.
Thanks for reading. Pen off :)