Quantcast
Channel: ! acuyuhan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Tip Hilangkan Parut dengan Bio Oil

$
0
0

Assalamualaikum

Dulu, aku dah share mengenai Tip Terkena Air Panas berdasarkan pengalaman sebenar aku dalam merawat tangan yang terkena air panas 2 tahun lepas. Itula pertama kali aku kena air panas yang teruk selama ini kalau kena minyak panas atau air panas pon just percikan saja dan senang saja hilang. Tapi 2 tahun lepas kena air panas memang teruk hampir seluruh tangan kiri aku kena. First perkara yang aku risau adalah parut. Yes parut boleh katakan semua orang tak suka parut. Parut jerawat pon tak suka inikan pula parut kat tempat lain kan tambahan pula dekat tangan, tempat yang orang boleh nampak kan. Kali ini aku nak share pula cara hilangkan parut.


Gambar 2 tahun lepas, time ini dah sembuh, luka dah kering dan bermulalah proses nak pudarkan parut.


Tip Hilangkan Parut


1) LUKA KERING
Pertama sekali mestilah luka tu dah sepenuhnya kering sebab perlu diingatkan semua produk hilangkan parut hanya untuk external use. Kalau nak tahu cara nak sembuhkan tangan tu boleh refer entri aku tip terkena air panas


2) BELI PRODUK UNTUK PARUT
Pergi mana mana farmasi beli produk hilangkan parut. Banyak sangat jenis ada yang jenis krim, minyak dan gel. Sebelum beli, aku dah compare kan semua produk dan aku rasa produk yang patut aku beli adalah Bio Oil sebab Bio Oil adalah World's Leading Scar and Strecth Mark Product. Sejujurnya aku tak pernah terfikir nak beli Bio Oil sehinggalah terjadinya kejadian air panas tu.


3) DISIPLIN
Bagi aku semua produk yang kita guna pon tak kisahla perncuci muka ke ubat jerawat ke, kalau nak berkesan memang kena pakai selalu dan berterusan. Begitu juga dengan nak hilangkan parut. Kalau dah pakai seminggu sekali macammana nak nampak hasilkan. Apa kata kita jadikan amalan tu seperti amalan wajib kita seperti gosok gigi. Mesti kita akan istiqamah selalu. 


4) 2 KALI SEHARI 
Cara penggunaan Bio Oil ni dah memang ada di packaging nya. Perlu apply 2 kali sehari untuk kesan yang efektif. Senang saja tak susah pon dalam kes aku ini aku pakai sebelum pergi kerja dan sebelum tidur. Masa nak bersiap siap nak pergi kerja tu boleh terus sapu bio oil, dan sebelum tidur tu lepas gosok gigi dan basuh muka boleh sapu bio oil lagi.


5)URUT dan NIAT
Masa tengah sapu itu, digalakkan kita urutkan sekali dekat parut parut tu supaya cepat meresap dan sel sel lebih aktif untuk memudarkan warna parut tu. Sambil sambil gosok gosok tu bolehla niat sekali dalam hati supaya mudah mudahan parut aku ni warnanya sekata dengan kulit, sebab Allah kan maha mendengar insyAllah dia akan perkenankan permintaan kita jika kita berusaha.




Pengalaman aku guna BIO OIL

1) CEPAT MERESAP. Bagi aku yang pertama kali guna Bio Oil ni, aku rasa kandungan Bio Oil agak berminyak tapi sekejap saja minyaknya sebab cepat saja bio oil meresap dalam kulit. Memang tak akan rasa melekit.


2) BERPATUTAN. Time aku tengah survey produk untuk parut ni aku rasa Bio Oil yang paling berbaloi sebab besar dan harga tak mahal sangat. Aku beli 60ml harga RM30 lebih berbanding dengan krim lain yang kuantiti sikit tapi harga mahal dahla time tu aku tak dapat gaji pertama lagi tau, dengan dah banyak habis beli ubat dan perkakas untuk rawat tangan ni. 


3) JIMAT. Disebabkan bio oil ni berminyak dan cepat serap so kita hanya perlu titik kan 2 atau 3 kali saja sebab dah boleh cover satu tangan tu. Memang jimat dan 1 botol 60ml aku beli tahan lebih kurang 8 bulan walaupun aku guna setiap hari 2 kali sapu even aku guna dekat tempat lain juga. 


4)BAU SEDAP. Bau bio oil ini memang segar dan sedap, dia tak wangi tapi baunya boleh diterima sebab bio oil ini mengandungi Pucellion Oil.


5) BERKESAN. Ini yang paling penting sebab ianya memang berkesan. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kesabaran aku serta keyakinan aku pada Allah, parut di tangan aku dah sekata dalam masa 2 - 3 bulan saja. Aku start sapu daripada bulan September 2016 dan bulan Disember 2016 warna dah sekata. Memang happy sangat, aku tak perasan tau perubahan ni sehinggalah roommate aku tegur. 


6) PARUT BARU DAN PARUT LAMA. Selain aku sapu di tangan, aku juga sapu dekat parut di tempat lain. Apa yang aku boleh katakan keberkesanan Bio Oil lebih cepat berkesan pada parut baru berbanding parut lama. Parut lama tetap juga hilang tapi ambil masa lebih lama berbanding parut yang baru kena. Contohnya parut lama aku hilang dalam masa 3 - 5 bulan tapi parut baru aku just ambil masa 3 bulan untuk hilang. So kesimpulannya, bila ada parut baru muncul cepat cepatlah sapu Bio Oil supaya lebih cepat hilang. 


Alhamdulillah dah kembali asal warna kulit


Tak silap aku Bio Oil dah ada packaging baru untuk 25ml, 125ml dan 200ml. Sekarang ni aku dah guna botol kedua Bio Oil sebab disamping untuk parut, kulit tak sekata dan stretch marks, Bio Oil juga berfungsi untuk menganjalkan kulit.
Kita berusaha tapi Tuhan yang menyembuhkan ye :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

Trending Articles


Presence Quotes – Positive Quotes


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Love Quotes Tagalog


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


5 Tagalog Relationship Rules


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.