Assalamualaikum
Sebenarnya kami adik beradik dah lama plan nak makan seafood ramai ramai satu family. Mula mula plan nak makan dekat Aniq Steamboat tapi memandangkan tempat tu selalu penuh dan kami pula cuti tak ada yang sama. So kami pon pakat nak buat sendiri SHELL OUT, kumpul duit dan masak ramai ramai, barulah puas hati sikitkan sebab kami semua jenis yang pemakan dan memang suka makanan laut terutamanya mak ayah aku. Memang puas hati tengok mak ayah makan. Cuti New Year lepas kami buat since aku dengan kakak pun balik. Tapi sayangnya abang aku dan kakak ipar serta anak buah tak dapat join sebab ada kenduri di Perak. Khamis sebelum tu dua orang kakak aku dah beli siap siap barang masak semua kemudian Ahad pagi lepas makan pagi baru kami 4 beradik perempuan tungkus lumus didapur.
Kakak first memang bahagian masak, dia yang masak kuah sambal, akak kedua pula incharge siang seafood dan masak kerapu masak stim memandangkan suaminya gout tak boleh makan seafood (tapi makan saja sebab sedap kan), akak ketiga pula memang incharge bahagian basuh semua seafood, sayur dan rebus. Aku macam biasalah bila semua kakak buat kerja yang bongsu mestilah potong potong dan basuh pinggan saja. Penat wei basuh pinggan sebab bermacam macam periuk besen guna, memang lenjan. Nasib baik sangat sebab udang galah kami tak beli tapi abang ipar yang pergi memancing udang galah. Abang ipar seorang lagi pula bahagian dekorasi, dorang yang cedok nasi, hias dan susun semua, beli lapik kertas dan plastik.
Resepi Shell Out makan untuk 10 orang. Resepi ambil daripadaBlog Masam Manis. Resepi asal makan untuk 4 orang tapi memandangkan kami makan untuk 10 orang so kami double kan semua bahan bahan sukatan masak.
Makanan Laut
Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Ikan kerapu (optional)
Sukatan makanan laut ini ikut suka asalkan cukup untuk makan 10 orang dan yang penting mesti cukup dengan kuahnya. Makanan laut semua kana basuh dan garas bersih bersih sebab kita nak gaul dengan kuah kan. Dalam satu periuk besar, didihkan air bersama garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Rebus sekejap saja macam celur.. sebab makanan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje sebab nanti nak masak lagi dalam kuah nanti. Dah masak angkat dan ketepikan.
Bahan Sayur-sayuran
Jagung manis - potong 3
Jagung sayur - potong 2
Brocoli - di potong kecil
Kentang (kami beli siap siap yang potato wedges frozen)
Carot - hiris bulat
Bunga kubis - potong kecil
Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran. Jagung rebus sampai empuk dan potato wedges frozen goreng saja.
Bahan Rempah
Bahan A (kisar)
40 tangkai cili kering - buang biji dan rendam lembut
4 labu bawang besar
30 ulas bawang merah
4 labu bawang putih ( 20 ulas )
2 inc halia
2 inc belacan
2 gengam udang kering - rendam lembut
Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus
Bahan B (tumis)
12 ulas bawang putih - di hiris halus
12 ulas bawang merah - di hiris halus
2 inc halia - di hiris halus
10 tangkai daun kari - daunnya sahaja
20 biji cili padi - di hiris halus
4 batang serai - di titik
Minyak untuk menumis
2 sudu besar butter / margerine
Bahan C (perasa)
6 sudu besar serbuk kari ikan
6 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos ikan
2 sudu teh serbuk lada hitam
2 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa
1) Panaskan minyak bersama butter dalam kuali. Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
2) Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
3) Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C ) Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula. Kemudian baru masukkan garam (berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin)
4) Biarkan kuah merenih sebentar. Angkat dan ketepikan.
5) Dalam satu kuali lain, cedok 1 senduk besar kuah sambal tadi dan masuk dalam kuali. Panaskan semula (pasang api) dan masukkan bahan bahan seafood tadi satu persatu, masak sebentar ~ contoh masak ketam dulu, angkat dan ambil lagi 1 senduk besar sambal dan masukkan udang pula dan seterusnya. Yang pasti seafood yang bercengkerang seperti kupang, kerang, lala kami gaul last sekali sebab makanan laut yang ada cengkerang ini akan keluarkan air dia sendiri.
6) Untuk udang galah, kami tak rebus sebab tak sedap kalau rebus. Tapi kami goreng sehingga udang bertukar warna.
7) Jangan lupa goreng sekali dengan sesungut udang tu, sedap tau isi tu. Kemudian baru gaul dengan sambal.
8) Untuk sayur sayuran kami tak gaul pon sekali dengan kuah sebab tak berapa nak cukup kuah. Kami celur saja then susun masa hidang nanti.
Nasi Jagung
8 cawan beras
3/4 cup butter
2 cawan jagung
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk menanak nasi
Cuci beras bersih. Masukkan beras, air secukupnya untuk menanak nasi, butter, jagung dan garam secukupnya ke dalam periuk dan masak seperti biasa. Bila dah masak gemburkan dengan senduk dan boleh hidang. Nak hidangkan nasi sukat nasi dalam mangkuk kecil.
Memang puas hati sangat makan, kami pula memang lapar bertukang di dapur. Last last nasi tak sentuh sangat meratah saja semua. Makanan yang kami hidang ini pon takterabih, nasib baiklah petang tu ada sepupu datang ziarah so kami pon hidang shell out sajalah sebab banyak lagikan. Malam tu pula kami makan lagi shell out. Boleh katakan dapat makan untuk lunch dan dinner. Memang sedap dan puas hati. Total semua bahan bahan shell out ni RM260++ share 4 beradik. Ok sangat. Mula mula ingat nak buat 2 kuah satu lagi butter milk tapi takut tak dapat sambutan sebab takut muak kan. Disebabkan banyak nasi lebih, esoknya Isnin kami buat nasi goreng.
Ikan kerapu lupa nak snap gambar, resepi boleh google sebab senang saja nak buat kerapu stim.
Thanks for Read. Pen off :)