Assalamualaikum
Akhirnya sampai ke final part of Langkawi iaitu aku nak tunjukkan dimana kami bermalam untuk 2 malam ini. Kami bermalam di Eagle Bay Hotel. Bagi aku, oklah hotel ini, bayaran disekalikan dengan sarapan pagi. Entri ini tak ada apa sangat cuma lebih kepada review tempat penginapan kami.
Kami ambil bilik untuk 2 orang, disebabkan kami 3 orang so kami minta extra bed. Extra bed pon selesa.
![]() |
toilet |
![]() |
pool |
![]() |
depan entrance |
Ok malam terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuantan, kami makan makan di area Dataran Lang. Dapat juga pergi Dataran Lang nak bergambar dengan simbol Langkawi ini. Tapi terkilan juga sebab tak dapat pergi waktu siang, dapat tengok lebih jelas. Maklumlah guna kamera handphone memang tak cantiklah time malam.

Aku tak dapat nak concludekan berapa budget aku untuk trip ini since kami pergi satu bas dan guna tour guide. Cuma boleh simpulkan yang kami bayar RM320 seorang termasuk penginapan, pengangkutan bas pergi balik Kuantan ke Langkawi, tambang feri dan bayaran tour guide. Banyak juga aku habiskan nak nak bila shopping coklat, berebut rebut orang.
Next time rasa nak pergi lagi tapi nak pergi sendiri sebab banyak lagi tempat best di Langkawi antranya 3D Museum, Underwater world dan juga yang paling terkilan bila tak dapat pergi tempat sejarah Langkawi padahal dah pergi Langkawi. Agak rugilah kan sebab pergi Langkawi pertama kali tapi tak pergi tempat sejarah Mahsuri unless kalau dah pergi banyak kali.
Thanks for Read. Have a Nice Day :)