Assalamualaikum
Selepas ke Kilim, kami menuju ke Panorama Langkawi untuk naik Cable Car, pergi Langkawi tak sah tak naik Cable Car kan. Last naik cable car masa di Genting dulu, tapi rasanya lagi mencabar di Langkawi ini sebab lebih lama dan tinggi. Bayaran tiket RM30 termasuk SkyDome, SkyCab dan SkyTrex. Tapi kami sempat masuk SkyDome dan SkyCab saja sebab tak sempat nak pergi SkyTrex. Terdapat juga SkyBridge iaitu tarikan terbaru Langkawi, tapi harga tiket lainlah.
![]() |
tiket |
![]() |
otw nak ke stesen cable car |
Memang ramai sangat pelancong menunggu untuk naik cable car. Sebelum naik cable car, kita akan masuk SkyDome dulu, SkyDome ini tak ada apa sangat, macam kau duduk tengok roller coaster 3D konon konon bagi gambaran dan tak naklah buat kita rasa penat sangat menunggu lama. Lepas tu baru masuk SkyCab (Cable Car). Ada yang glass bottom cable car, tapi tu harga lainlah. SkyTrex itu aku tak tahu naik kat mana, mungkin kat atas, mungkin kat bawah sebab tak jumpa.
![]() |
sejam menunggu |
Akhirnya dapat naik cable car.
Cable Car ini akan berhenti 2 kali iaitu di Platform 2 dan Platform 3 (last) untuk pengunjung bergambar. Tapi kami just turun di Platform last sebab nak kejar masa lagipon platform last lagi cantik. Kalau turun platform 2, dikhuatiri takut next cable car yang pergi platform 3 tak ada kosong, so agak makan masa juga nak menunggu nak ke next platform. Dekat Platform 3 lah ada SkyBridge, siapa yang sanggup berjalan kaki di puncak tinggi ini bolehlah try.
![]() |
SkyBridge |
Time kami naik atas, cuaca ok lagi tapi bila dah bergambar semua kat atas, angin dah mula kencang, awan dah gelap dan hujan mula menitik. Terus kami beratur tunggu cable car nak turun bawah. Takut juga kan, boleh stuck kat atas kalau cuaca tak ok sebab sekarang ini Langkawi kerap hujan.
![]() |
tengok, awan dah mula gelap |
![]() |
selfie di atas puncak |
Macam biasa, nak feeling korean boleh kuncikan mangga di sini. Mahal juga tengok satu mangga sampai mencecah RM30.
![]() |
Love Lock |
Tak sabar nak habis tulis trip Langkawi ini. Pen Off :)